Thursday, May 30, 2024

Subur industri judi di Malaysia

Sebelum ini kita dengar syarikat operator nombor ramalan (NFO) iaitu Sports Toto Bhd melaporkan ia memperolehi keuntungan bersih sebanyak RM68.5 juta bagi tempoh suku ketiganya berakhir 31 Mac 2024.

Walaupun empat buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis tidak lagi memberi lesen premis bagi syarikat perjudian ini beroperasi atas alasan judi itu suatu kemungkaran besar, namun ia tetap mampu mencatat keuntungan dan memberi laba pada para pemegang sahamnya dalam operasinya di negeri-negeri lain.

Terbaru menurut The Edge Malaysia (28 Mei 2024) sebuah lagi NFO iaitu Magnum Berhad pula melaporkan syarikatnya memperolehi keuntungan bersih RM25.99 juta bagi suku pertama 2024, iaitu kenaikkan 64.71% berbanding RM15.78 juta suku yang sama tahun lepas. ( Itu baru 3 bulan belum 12 bulan)

Bermakna industri maksiat ini terus maju dan  berkembang bawah pemerintahan Kerajaan madani pimpinan PM ke 10. Oleh kerana Kerajaan ini tidak berhasrat mengekang atau menyekat aktiviti NFO ini tidak seperti empat negeri Melayu yang lain, wajarlah ia memikirkan untuk menaikkan cukai ke atas syarikat-syarikat NFO ini, jangan ia bersenang-senang terus mencuri keuntungan di atas nestapa dan kesusahan kaki-kaki judi.

Ada penganalisa mengatakan bahawa NFO ini terpaksa dilindungi (jangan dibebankan dengan cukai) kerana kononnya mahu menghalang aktiviti perjudian tidak berlesen.

Sepatutunya sebagai sebuah negara Islam industri yang diharamkan syarak ini dan dipersetujui bukan budaya mana-mana kaum di Malaysia, disekat demi melindungi masyarakat. Kesan judi diketahui adalah penyakit sosial yang mudarat sehingga mampu meroboh dan memecahbelahkan institusi keluarga, mendedahkan rakyat pada hutang dan kemuflisan.

Dalam waktu yang sama penguatkuasaan terhadap aktivit judi haram termasuk yang atas talian perlu dipertingkatkan. Hukuman ke tas pesalah juga ditambah.

Jika tidak, Kerajaan madani ini akan terbit sebagai Kerajaan yang menjadikan Malaysia walaupun sebuah negara Islam, tetapi subur dan berkembang industri judinya yang jika bertaraf NFO berlesen, adalah halal di mata Kerajaan.

Allah SWT berfirman maksudnya:

".............Makanlah olehmu dari rezeki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kamu kepada Nya. (Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) asalah Tuhan Yang Maha Pengampun" (Saba: 15)



Tuesday, May 28, 2024

Tuntut tutup premis judi di kawasan anda

Judi haram hukumnya buat umat Islam. Atas pertanggungjawaban memelihara kepentingan umat Islam kerajaan negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis tidak lagi meluluskan lesen premis untuk operasi syarikat-syarikat judi ini.

Walau tidak lagi berniaga di 4 negeri salah sebuah syarkat operasi judi, Sports Toto Bhd terus kaut keuntungan. Untuk 3Q24 atau suku ketiga berakhir 31 Mac 2024, syarikat ini mengisytiharkan keuntungan bersih RM68.5 juta.

Umat Melayu Islam di negeri-negeri lain perlu menuntut hak mereka di negeri-negeri yang masih "menghalalkan" operasi judi ini. Paling kurang jika kita berada di kawasan PBT yang majoriti Muslim contohnya di Sabak Bernam atau Lenggong atau atau Lipis, bolehlah selaku pembayar hasil kita kemukakan petisyen kepada pihak PBT agar menutup juga premis-premis ini. 

Gabungkan suara pembayar hasil melalui JK Penduduk, Masjid, Surau, PIBG, KRT, NGO, Persatuan Kebajikan, Belia dan seumpamanya. 

Kita kemukakan petisyen secara sivil biar pihak PBT dengar suara pembayar hasilnya dikalangan umat Melau Islam.

Masing-masing perlu ambil inisiatif dan berusaha. Ini hak kita dan kita mahu suara kita diambil kira selaku pembayar hasil.

Tak bolehkah rakyat bertanya?

Kenyataan SPRM bahawa kerajaan Selangor tidak salah dalam memberikan kontrak DRT kepada syarikat milik suami Hannah Yeoh seorang Menteri Pusat dan bekas Speaker DUN Selangor hangat dipertikai di media sosial.

Tidak salah rakyat bersuara dan memberi pandangan kerana mereka merasakan bagaikan ada  sesuatu yang tidak kena dalam pemberian kontrak ini. Kemusykilan rakyat perlu diurus dengan akauntabiliti, penjelasan yang menyeluruh perlulah diberikan, jika perlu siasat maka siasatlah tetapi jangan dibalas dengan ugutan dan ancaman. Ini Malaysia bukan Korea Utara. Kita kan sebuah negara bebas dengan hak asasi dan kebebasan bersuara rakyat terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam akhbar The Star hari ini Presiden Transparency International Malaysia TI-M mendakwa kontrak ini bercanggah dengan prinsip Pakatan Harapan sendiri yang menentang proses rundingan terus apalagi jika rundingan melibatkan syarikat yang punya hubungan dengan seorang menteri.

Menurut Dr Muhammad Mohan percanggahan kepentingan boleh membangkitkan pelbagai pertuduhan serius dan mencetuskan persepsi negatif dikalangan rakyat.

Tambah Mohan terdapat potensi percanggahan kepentingan kerana Yeoh seorang mentrri dari parti yang sama dengan Menteri Pengangkutan Anthony Loke. Agensi yang turut terlibat dalam memberi kelulusan pada projek ini adalah APAD yang terletak bawah Kementerian Pengangkutan.

Rakyat mahukan penjelasan yang telus,, bukankah kerajaan ini memperjuangkan good governance kerana mahu bertanggungjawab pada rakyat?

Penerapan tata kelola pemerintahan yang baik atau good governance membawa kepada terselenggaranya negara yang menjunjung kepentingan rakyat.

Rakyat bertanya. Jawablah dengan sempurna.



Monday, May 27, 2024

Malu pada yang lemah penguasaan Bahasa Melayu nya

Ismail Nuh Cui Wei berasal dari Negara Cina. Beliau tiba di Malaysia tahun 1995 dan belajar di Universiti Sultan Zainal.Abidin. Setelah dua tahun di sini beliau fasih berbahasa Melayu, lulilus ijazah M.A dan mampu menulis dan bertutur bahasa Arab.

Kini beliau isteri dan dua orang anak 16 dan 20 tahun bermastautin di Malaysia.

Kata Nuh beliau selesa dan tidak rasa asing tinggal di sini malah menganggap dirinya sebagai orang Malaysia.

Warga Cina pun berbangga dengan bahasa dan budaya negara kita dan dalam tempoh 2 tahun boleh fasih menguasai bahasa kebangsaan kita.

Kita di Malaysia mahkamah perlu ada penterjrmah kerana ada warga kita yang tidak fasih dan tidak faham bahasa Melayu.

Di Parlimen pun ada sesetengah ahli Parlimen lemah penguasaan bahasa Melayunya.

Dimana silapnya tu?

(rujukan: Akhabr The Star 27 Mei 2024)



Friday, May 24, 2024

Rugi Starbucks di Malaysia

The Edge melaporkan:

"Berjaya Food Bhd (KL:BJFOOD) or BFood incurred a net loss of RM29.76 million for the third quarter ended March 31, 2024 (3QFY2024), its second straight quarterly loss amid lower revenue because of an ongoing boycott of its franchised coffee chain Starbucks Malaysia over the current Middle East conflict."

Berjaya Food pemilik francais Starbucks Malaysia melaporkan kerugian RM29.76juta bagi suku berakhir 31 Mac 2024, kerugian dua suku berturut-turut. Sedangkan suku yang sama tahun 2023 ia mencatatkan keuntungan RM15.94 juta.

Starbucks yang berpusat dj Seattle Amerika Syarikat diboikot seluruh dunia, buakan hanya Malaysia, kerana syarikat multinasional ini dikatakan bersimpati dengan regim haram Zionis Israel dalam konflik di Gaza.

Jangan pandang kecil kuasa membeli rakyat Malaysia. Boikot ini adalah hak pengguna, hak rakyat. Mereka yang bersimpati dengan perjuangan rakyat Palestin berhak memilih memboikot atau menyokong mana-mana perniagaan atau institusi. Ini sumbangan paling sivil dan kecil yang mampu mereka lakukan.

Hak ini perlu dihormati semua.

Terus zahirkan hak anda demi Palestin



Thursday, May 23, 2024

MEMELIHARA AQIDAH ANAK-ANAK KETIKA KONFLIK ANTARA IBU-BAPA

Ramai yang terperanjat, marah dan kecewa apabila minggu lepas, Mahkamah Persekutuan Putrajaya menolak permohonan Majlis Agama Islam Perlis (MAIPS) dan tiga yang lain termasuk Mufti Perlis untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan sebelumnya yang telah membatalkan pengislaman ketiga-tiga anak Nagashwaran (yang memeluk Islam) dan Loh Siew Hong (tidak Islam) Dengan keputusan itu ketiga-tiga anak berkenaan, dua kembar perempuan berusia 16 tahun dan seorang lelaki berusia 13 tahun yang kini di bawah penjagaan ibunya yang tidak Islam, kekal dalam agama asal mereka yakni Hindu.

Isu ini menjadi sensitif apabila ketiga-tiga anak berkenaan difahamkan ketika di Islamkan oleh bapanya, telah diserahkan kepada seorang bernama Ustazah Nazirah Kumari di Bayan Lepas. Ustazah Nazirah telah membimbing dan memberi pengetahuan dan pendidikan agama kepada anak-anak ini sehingga mereka faham dan telah mengamalkan Islam sebaiknya.

Kedua-dua anak perempuan berkenaan difahamkan boleh menghafaz sebahagian al Quran manakala anak lelaki pula pernah menang pertandingan muazzin. Sudah pastilah apabila anak-anak yang telah aqil baligh mengikut hukum Islam ini diputuskan kembali ke agama asal mereka, hati dan perasaan masyarakat Islam yang prihatin akan terganggu.

Namun demikian sebagai warganegara Malaysia yang menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang, kita terpaksa menerima keputusan mahkamah ini kerana ia diputuskan berdasarkan undang-udang dan peraturan yang sedia ada dan terpakai.

Apa yang boleh kita lakukan adalah menuntut agar usaha diambil oleh pihak bertanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan agar boleh menjamin perkara atau insiden seumpama ini,


sehingga anak-anak yang Muslim hilang status Islamnya, dapat dielakkan dari berulang.

Islam adalah Agama Persekutuan dan Raja-raja Melayu merupakan payung yang melindungi umat Islam dan kepentingan mereka. Justeru usaha proaktif perlu diambil agar insiden yang melibatkan pertelingkahan suami-isteri, yang membawa sehingga bertukar-tukar agama anak-anaknya dilindungi. Insiden seperti ini sering sahaja menarik perhatian masyarakat dan jika dibiarkan boleh mencetuskan ketegangan. Malang anak-anak yang tidak berdosa menjadi mangsa pertikaian ibu-bapa mereka.

Apa pun jika ia berkait dan melibatkan Islam, perlu ada perlindungan khas undang-undang demi memberi penghormatan pada Islam sebagai agama Persekutuan dan kedudukan Raja-raja Melayu yang memeliharanya. Sangat janggal apabila Mufti yang merupakan Penasihat Agama kepada Raja-raja Melayu, yakni payung Islam negerinya dinafikan hak dalam pertikain melibatkan kepentingan Agama Islam. 

Dalam ruangan kecil ini saya menyarankan supaya undang-undang digubal agar apabila sahaja berlaku pertikian seumpama ini dan anak-anak bawah umur menjadi rebutan, anak-anak itu perlulah diserahkan ke pihak berkuasa, contohnya Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk dilindungi. Biar ibu-bapa naik turun mahkamah tetapi anak-anak ini khasnya yang telah Islam wajar dilindungi oleh pihak berkuasa, sebaiknya bawah perintah Yang Dipertuan Agong atau Sultan dan Yang Dipertua Negeri.

Biar emosi dan kebajikan anak-anak ini terpelihara dan Islam dilindungi sehinggalah anak-anak ini mencapai umur 18 tahun untuk mereka sendiri memutuskan kedudukan mereka tanpa dipengerahui sesiapa. Sementara dalam jagaan jabatan, ibu-bapa yang berbalah bolehlah diberikan hak lawatan tetapi anak-anak itu kekal di bawah jagaan pihak berkuasa sehingga mereka mencapai “age of majority” yakni 18 tahun.

Semoga semua pihak yang berwajib dan berkepentingan ambil serius perkara ini agar kemuliaan Islam dalam negara kita terpelihara dan demikian juga kedudukan Raja-raja Melayu yang kita kasihi.


Sunday, May 19, 2024

Selamatkah Umno selepas 78 tahun?

Peganalisis politik Joceline Tan dalam ruangannya "Analysis" dalam akhbar Sunday Star hari ini memberikan analisa yang tepat berkenaan kedudukan Umno hari ini. Mungkin ia sukar diterima sesetengah kawan- kawan dalam Umno, tetapi itulah realitiny

Umno yang tinggal 26 kerusi Parlimen atau cuma 11.8% penguasaan di Parlimen (paling buruk dalam sejarah 78 tahunnya), lebih kecil dari PAS, PKR dan DAP. Ia bukanlah lagi Umno semasa saat gemilangnya dulu di zaman Tunku, Tun Razak, Tun Hussien atau Tun Mahathir.

Hari ini ia menjadi rakan kongsi yang kecil dalam kerajaan yang didominasi DAP dan Pakatan Harapan. Umno tidak lagi punya kuasa untuk bersendirian menentukan dasar dan halatuju negara kecualilah dengan sokongan dan lampu hijau PH dan DAP.

Ternyata menurut Joceline akar umbi Umno masih sukar dan tidak boleh menerima kerjasama Umno-DAP ini walaupun Presidennya bersungguh mahu kekalkan.

Menarik menurut beliau lagi anak-anak muda sudah mula meninggalkan Umno, sebagai bukti kebanyakkan cawangan Umno gagal membentuk JK Pemudanya dan ini diakui bekas Ketua Umno Muar, Razali Ibrahim.

Memang PRK KKB baru,-baru ini membutikan undi anak-anak muda masih dibolot dan dimenangi Perikatan Nasional.

Malah semasa PRK KKB cuma 1,900 dari 4,000 ahli Umno berjaya dijejak, kemana pergi yang lain?

Razali turut dipetik Joceline sebagai berkata bahawa Umno perlu berhati-,hati menyerang blok pembangkang kerana ianya rata-rata diwakili Melayu Muslim belaka. Marah ahli-ahli Umno lihat pembangkang sesama Melayu diserang tetapi DAP dipertahankan.

Itulah nasib Umno hari ini, Presidennya ghairah yakin bahawa DAP lah akan memberi nyawa pada Umno sedang ahli-ahli di bawah curiga dan tidak dapat terima.

DAP pun sebenarnya hanya perlukan Umno kerana melihat Umno masih ada sedikit sebanyak.pengaruh dikalangan orang-orang Melayu yang dapat membantu mereka tembus mengaut sokongan orang Melayu. Tetapi masih berpengaruhkah Umno.







Apa pun itulah keadaannya hari ini, Presiden mahu selamatkan diri, Umno sendri belum tentu selamat atau tidak.

Tuesday, May 14, 2024

Perisitwa 13 Mei setelah 55 tahun

Sudah  55 tahun  jarak antara kita dengan Peristiwa Hitam 13 Mei 1969.

20 Mac 1969 Parlimen dan Dewan-dewan Negeri dibubarkan (DUN Kelantan 31 Mac 1969) untuk memberi laluan pada PRU ke 3. Hari mengundi seluruh Semenanjung ditetapkan 10 Mei 1969 (Penamaan calon 5 April 69) , iaitu selepas tempoh kempen 35 hari (dulu tempoh panjang).

Semasa tempuh kempen parti-parti bertanding khasnya pembangkang memainkan isu perkauman, mempertikaikan kontrak sosial selain menyerang kelemahan kerajaan YTM Tunku. Menurut laporan pihak Parti Kominis Malaya (PKM) turut memain peranan menyusup ke dalam parti-parti tertentu untuk membakar lagi api perkauman demi.mencetuskan huru-hara.

Kemuncak ketegangan berlaku apabila keputusan diumumkan.

Perikatan (Umno,MCA, MIC) kekal menang di Parlimen tetapi dengan majoriti yang berkurangan. Di Semenanjung Perikatan menang 74 kerusi, pembangkang di Semenanjung 37 (PAS 12, PPP 4, DAP 13, Gerakan 8).

Yang menjadi cemas adalah di P.Pinang, Perak dan Selangor terutamanya.

Gerakan menang di P.Pinang dengan 16 kerusi Perikatan cuma 4, PSRM 1 dan DAP 3. Di Perak Perikatan 19, PAS 1, PPP 13, DAP 6 dan Gerakan 2 (mujurlan PPP tidak mesra Gerakan dan DAP).

Di Selangor keputusan tergantung apabila Perikatan cuma menang 14 sedangkan DAP 9, Gerakan 4 dan seorang Bebas. Kiranya dapat berpakat DAP, Gerakan dan Bebas dapat bentuk kerajaan dan tumbanglah Perikatan di tangan kerajaan baru Selangor yang didominasi bukan Melayu.

Dalam kekalutan itulah keghairahan pihak yang menang khasnya Gerakan dan DAP teah mencetuskan ketegangan apabila perarakan kemenangan digunakan untuk memprovokasi dan merendah-rendahkan kaum Melayu. Ada satu perarakan di PJ dimana pesertanya membawa penyapu gergasi dengan slogan mahu.menyapu keluar orang Melayu di Selangor.

Akhirnya orang Melayu bertindak balas lalu meletuskan rusuhan dan pergaduhan kaum terbesar dan paling berdarah dalam sejarah negara kita.

Darurat diisytiharkan dan Parlimen serta Dewan-dewan Negeri digantung, negara diurus oleh Majlis Keselamatan Negara yang dibentuk oleh YDP Agong.

Semoga kita belajar dan bermuhasabah dari peristiwa pahit itu dan jangan sekali- kali izinkan ia diulangi. Bahaya apabila kita lupa sejarah dan asal-usul.



Tuesday, May 07, 2024

GUNA GAMBAR AGONG BERSALAH. KELUAR FATWA WAJIB UNDI CALON TERTENTU BAGAIMANA?

 Akhbar The Star pagi ini melaporkan yang seorang lelaki P.Ramasamy 66 mengaku salah di Mahkamah Majistret di Hulu Selangor bawah Seksyen 4A)1 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 kerana mempamirkan portrait YDP Agong semasa berkempen di PRK KKB.

Beliau dihukum penjara sebulan dan denda RM3000. Gagal bayar denda dipenjara 10 bulan lagi.

Beliau sebelum ini didapati memaparkan gambar YDP Agong bersama bahan kempen, bendera dan kain rentang Pakatan Harapan pada kenderaannya.

Syabas pihak berkuasa keeana pantas bertindak.

Sementara itu bagaimana pula dengan status seorang bekas ADUN Umno dan bekas SETPOL MB Selangor yang dalam.satu rakaman yang tular mendakwa bahawa umat Islam.pengundi di.KKB "wajib" undi Ms Pang dalam PRK ini?

Masih belum diambil tindakan atau kenyataan sebegitu dibenarkan dan tidak merupakan satu kesalahan dalam kempen pilihanraya?



Monday, May 06, 2024

PETUNJUK POSITIF DI KKB SETAKAT INI

Semalam saya berkesempatan turun berkempen di Kuala Kubu Baharu. Pelbagai analisa dan bacaan politik bermain serta berligar di media sosial. Sebahagian besar yang dikatakan pakar dan pengulas difahamkan tidak turun pun kelapangan namun mereka terbit dengan pelbagi ulasan seolah melonggok sama sahaja KKB ini dengan tempat-tempat lain.

Turunlah ke KKB dan rasa sendiri denyut nadi rakyat bagi mengetahui sentimen mereka.

Menarik kerana KKB cuma punya 40,226 orang pengundi berdaftar. Berbanding jirannya Batang Kali 86,282 atau Gombak Setia 88,480, Subang Jaya 111,970 pengundi.

Dari 40,226 pecahan ikut kaum adalah 53.40 Melayu, 30.5% Cina, 15.82% India dan 0.29% lain-lain.

Yang bertanding di KKB adalah PH-DAP yang disokong Umno berhadapn PN-Bersatu serta 2 calon lain. Ternyata persaingan utama adalah antara PH dan PN. Calon PH Pang Sock Tao manakala calon PN Khairul Azhari Saut.

Dari pengalaman saya semalam, para pengundi Melayu rata-rata selesa dan bersedia mengundi calon PN. Saya turut sempat berjumpa mereka yang menyokong dan menganggotai Umno, yang kini sekutu DAP, kelompok ini juga bersedia pangkah PN kali ini. Ternyata ramai yang kecewa dan tidak dapat menerima kerjasama Umno-DAP sedangkan PAS dan Bersatu ditinggalkan.

Kesimpulannya pengundi Melayu lebih cenderung serta menghargai politik penyatuan ummah dan sudah bosan dengan politik eksklusif, mementingkan individu dan kelompok tetapi membelekangkan kepentingan dan masadepan rakyat.

Bacaan saya dilapangan kiranya peratusan keluar mengundi tinggi 11 Mei ini, tidak mustahil DAP dapat ditumbangkan di KKB.




Saturday, May 04, 2024

Bijak dan berhati- hati mengundi di KKB


Kempen PRK Kuala Kubu Baharu sedang rancak menjelang seminggu saja lagi hari mengundi. Sedang saya mahu membuat ulasan ada rakan kirim video ini.

Sdr Pathma bekas Ahli Majlis DAP Kuala Langat yang telah meninggalkan DAP memberi tips pada para pengundi KKB khasnya pengundi Melayu.

Baik video ni dari kita melayan video Mat Taib yang malam tadi mendayu-dayu rayu orang Melayu undi DAP. Sedang masa dia berkuasa dulu, DAP lah parti rasis pemecah belah masyarakat.

Renungkanlah sahabt2 pengundi KKB sekalian.