Ke mana hala tuju atau tujuan bahtera besar ini?
Mengikut Fasal 7 Perlembagaan PAS, tujuan PAS adalah:
(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah
masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam
dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.(2) Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Ke situlah tujuan bahtera ini iaitu belayar bagi mendakapi
dan memperolehi redha Allah swt. Menutut sesuatu melangkaui tuntutan politik
mana-mana parti lain kerana matlamatnya merentasi sempadan dunia iaitu
sehinggalah ke destinasi muktamad iaitu di akhirat kelak.
Nakhoda yang ada hari ini sebagaimana nakhoda-nakhoda yang
sebelumnya, ribut atau petir, tenang atau suram, ke sanalah dipandunya bahtera
ini, cepat atau lambat namun ke sanalah tujuannya dengan penuh sabar dan
istiqamah.
Bahtera ini tidak akan lari atau terpesong dari hala tuju
yang telah ditetapkan kerana itulah PAS ditubuhkan. Namun kiranya bertukar
tanganlah nakhoda ini dari yang ada ke seseorang yang punya agenda peribadi
atau seseorang yang sanggup menggadaikan cara demi mengejar matlamat yang ada,
sudah tentu tatkala itu bahtera ini akan berubah haluan.
Berbelok ke kiri atau ke kanan ia, mengambil jalan pintas
dan mudah, membelakangkan kaedah dan panduan yang diterima pakai, diketika
itulah bahtera ini akan tersasar dari tujuan asalnya. Segala khazanah ilmu dan
tunjuk ajar akan dikesampingkan.
Bahtera ini biar belayar ikut naluri dan nafsu nakhoda baru,
kalau perlu di tarik ke darat di tariklah ke darat, kalau perlu dijunamkan ke
dasar lautan, dijunamkanlah kerana segala disiplin dan panduan yang diguna
selama ini kononnya merupakan batu penghalang kejayaan.
Saya mengambil mukadimmah sedemikian dalam posting kali ini
kerana seorang pemimpin PAS Pusat telah mengeluarkan kenyataan berikut dalam
sebuah portal berita:
“Sikap yang ditunjukkan Pemuda PAS Pulau Pinang dan kawasan
Permatang Pauh dalam menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh adalah
wajah baharu parti Islam itu sekiranya kumpulan tertentu dipilih dalam muktamar
Jun nanti .”
Beliau menambah:
“Sikap mereka keras dan tidak berhemah. Tiada unsur ingin
berkawan dan tiada kebijaksanaan berpolitik. PAS akan kembali bersendirian,
terpinggir dari politik arus perdana. Ia tanpa sifat keterbukaan dan
menggunakan pendekatan paksa dan ugut,"
Dan katanya lagi:
"Hala tuju PAS, masa depan PAS. Permatang Pauh sebagai
saksinya,"
Rintihan berbunyi serangan Khalid Samad ini bagi saya
serampang yang banyak mata.
Satu dibayangkan bahawa sikap Pemuda PAS Pulau Pinang dan
PAS Permatang Pauh adalah keterlaluan dan ektrim khasnya dalam hubungan bersama
PR
Dua dibayangkan bahawa sikap sebegini iaitu keras dan tidak
berhemah, mengguna pendekatan paksa ugut, adalah sikap yang dianuti oleh mereka
yang berlainan dengan kumpulan beliau dalam PAS yang kononnya lebih terbuka dan
moderat
Tiga dibayangkan jika kumpulan ini yang berlainan dari
kumpulan beliau berupaya menang dalam muktamar Jun ini maka akan kembali
bersendirian, terpinggir dari politik arus perdana.
Saya tidak tahu samada kenyataan Khalid itu melanggar
Peraturan-peratutan pemilihan PAS namun demikian ianya sesuatu yang serius yang
perlu diperjelaskan agar tidak meroskakkan fikiran orang ramai terhadap PAS.
Yang pertama apa yang dilakukan oleh Pemuda PAS Pulau Pinang
dan PAS Permatang Pauh, iaitu kenyataan berhubung sokongan mereka kepada calon
PKR dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh memanglah kelihatan keterlaluan dan
ekstrim, tetapi adakah ianya salah dan melampaui kebebasan bersuara kerana ia
kelihatan mengancam dan tidak menghargai nilai persahabatan dalam PR?
Jika begitu pada perkiraan Khalid, kenapa Khalid tidak tegur
DAP apabila mengeluarkan kenyataan memutuskan hubungan dengan ketua parti
sendiri, dengan Presiden PAS tempuh hari? Tidakkah itu juga keterlaluan dan
ekstrim?
Tidakkah kenyataan mereka itu mungkin bermaksud memulangkan
paku buah keras kepada DAP kawan kita yang tidak “respect” pemimpin nombor satu
kita.
Juga sikap DAP dan PKR yang keras menolak perlaksanaan Hudud
di Kelantan juga satu sikap yang ekstrim dan keterlaluan yang tidak pula
menganggu fikiran Khalid.
Bagi saya mereka punya hak bersuara kerana merekalah akar
umbi kekuatan kita. Masalah bila parti tidak mahu dengar suara akar umbi.
Penyelesaiannya, biarlah pemimpin tertinggi turun dan
berjumpa mereka. Bukankah itu sikap yang “civil” berbanding kenyataan ancaman
Khalid ini? Saya pasti jika Presiden PAS bertemu secara tertutup dengan mereka,
mereka akan berjaya diyakinkan, begitulah sepatutunya pendekatan pemimpin,
bukannya menyerang dan mencantas sebagaimana Khalid.
Seterusnya untuk Khalid melonggokkan sikap dalam hal
spesifik ini dan dikaitkan dengan kumpulan yang berlainan darinya dalam
pemilihan Muktamar nanti adalah bagi saya satu kempen memburuk-burukkan yang
dilakukan secara terang-terangan.
Seolah-olah mereka yang tidak sehaluan dengan beliau, jika
menang, akan menjadikan PAS nanti punya sikap yang ekstrim, terkebelakang dan
lalu terpinggir dari arus perdana politik.
Kerana itulah saya memberikan mukadimmah di atas.
Kita berjuang dalam PAS ini dengan satu tujuan yang jelas.
Untuk itu kita perlukan satu saf kepimpinan yang juga jelas dalam memahami
tujuan itu dan memacu bahtera perjuangan ini teguh sehingga sampai
destinasinya.
Kenyataan Khalid itu mengancam bahawa wajah PAS akan berubah
selepas muktamar jika kumpulan yang selain kumpulan beliau dan nama-nama yang
disebutnya iaitu Dr Dzulkefly Ahmad, Hanipa Maidin, Mujahid Yusof Rawa kalah
dan ditewaskan.
Itu pandangan Khalid.
Bagi saya yang lebih penting PAS perlukan pemimpin yang
sekali-kali tidak akan bertolak-ansur dalam bab prinsip dan akidah perjuangan.
Bahtera perjuangan ini perlu dinakhodai oleh mereka yang sedemikian. Berpegang
teguh pada prinsip dan asas sebenar “tahalu siyasi” dan tidak goyang atau
meminda-minda hukum dan adab perjuangan demi kepetnigan perinadi atau agenda
tertentu.
Maaf Khalid tetapi mungkinkah wajah PAS akan berubah cerah
sekiranya bebas dari anda dan kumpulan anda itu, atau bagaimana?
3 comments:
Alhamdulillah ..pencerahan yang bail
ALLAHUAKBAR
Saya setuju 100% dgn tuan roslan.
👍
Post a Comment