Begitulah halnya jika insan bernama Tun Dr Mahathir Mohamad
tiba-tiba keluar kenyataan menyokong perlaksanaan undang-undang Islam atau
Hudud, ianya luar biasa kerana Tun Dr M ini sejak semulajadi lagi antara
penentang kuat perlaksaan sistem perundangan Islam terutama Hudud.
Hari ini dilaporkan dalam akhbar harian berbahasa Inggeris
The Star bahawa Tun menganggap Undang-undang Hudud PAS tidak menepati ajaran
Islam kerana ianya sekadar mainan politik PAS.Di zaman Almarhum Tuan Guru Nik Abd Aziz dahulu, ketika Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah Islam yang memperkenalkan perlaksaan hukum jenayah Islam ke atas para pesalah di negeri itu, Tun lah yang ketika itu PM antara penentang terkuat dan malah telah mengirim sepucuk surat kepada MB Kelantan, mengancam yang kerajaan Persekutuan tidak teraga-agak mengambil tindakan kiranya Kelantan berkeras mahu melaksanakan hukum berkenaan.
Hari ini Enakmen yang sama belum terlaksana lagi, akan
tetapi terdapat usaha untuk memperkenalkan Rang Undang-undang persendirian atau
Private Bill di Parlimen, bagi membuka laluan perlaksanaan hukum berkenaan di
Kelantan setelah sekian lama ia diluluskan oleh DUN Kelantan. Kiranya semua
berjalan lancar rang undang-undang berkenaan bakal dibentangkan oleh Presiden
PAS dalam sidang Dewan Rakyat pada bulan Mei nanti.
Sudah pastilah orang yang paling cemas, marah dan tidak
berpuas-hati dengan perkembangan ini adalah Tun Dr M. Kalau zaman beliau PM
dahulu, beliau secara terbuka menyerang dan memperlekeh usaha PAS itu, hari ini
setelah hampir 12 tahun tidak lagi menjadi PM tentangan beliau tetap kekal sama
sebagaimana mendiang Karpal Singh yang pernah mengungkapkan “Langkah mayat”
beliau terlebih dahulu sebelum Hudud dapat dilaksana. Karpal kekal dengan sikap
sedemikian sehinggalah beliau terkorban dalam kemalangan jalanraya setahun
lepas.
Tun Dr M ternyata telah jauh melampaui masanya.
Zaman orang-orang Melayu Islam menolak sistem perundingan
Islam sudah berlalu. Hari ini rata-rata tanpa mengira fahaman politik,
masyarakat sudah tahu akan keperluan dan tuntutan perlaksanaan hukum Allah ini
sebagai seorang Muslim. Dengan maklumat yang boleh diperolehi dengan mudah hari
ini pendedahan dan pengetahuan masyarakat semakin terbuka Orang yang tidak
sokong PAS pun hari ini sudah semakin akur bahawa ini kewajiban ini jatuah ke
atas setiap Muslim.
Wilayah Aceh di Indonesia sudah memperkenalkan undang-undang
ini begitu juga Negara Brunei Darus Salam yang satu ketika dahulu disebut
sebagai Negara anak didik British yang paling kuat dirantau ini.
Kerana kita semua tahu pendirian Tun Dr M itu khasnya
bekenaan perlaksanana hukum Islam termasuklah Hudud, maka biarlah Tun dengan
pendiriannya yang sudah semakin lapuk dan usang itu.
Sepatutnya Tun ini dibiarkan bersara duduk senyap sebagai
seorang “statesman” atau Negarawan ulung tanpa mencampuri urusan politik.
Tetapi walaupun sudah 12 tahun bersara beliau tetap mahu menonjolkan diri,
degil sebagaimana dahulu juga.
Bagi masyarakat bukan Islam yang menolak Hudud, proses
penerangan pada mereka berterusan, dan malah hakikat bahawa ianya tidak terkena
ke atas mereka sepatutnya memberi kesadaran bahawa perkara ini adalah perkara
dikalangan sesama umat Islam sahaja.
Akan tetapi bagi orang-orang Islam yang menolak, mengkritik
dan memperlekehkan hukum Allah ini seumapama Tun Dr M, sepatutnya diajak
bertaubat dan dipanggil oleh pihak berkuasa agama untuk diberikan counselling.
Oleh itu dah kita tahu begitulah sikap Tun Dr M ini,
penentangannya jelas dan tegas, tak perlulah kita ada apa-apa “engagement” atau
hubungan dengan beliau.
Janganlah dijadikan beliau idola atau juara buat kita yang
berjuang Islam ini.
Sesungguhnya tuntutan untuk menjulang dan melaksanakan hukum
Allah ini jauh lebih penting dan mulia dari berkawan dengan individu seperti Tun Dr M
semata-mata untuk publisiti dan kepentingan politik murahan.
No comments:
Post a Comment