Syukur diketika ini bantuan dari berbagai sumber turun mencurah-curah ke negeri-negeri dilanda banjir khasnya ke negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Semoga ianya terus digerakkan demi meringankan bebanan dan kesengsaraan yang ditanggung oleh saudara-saudara kita disana lantaran musibah yang menimpa mereka.
Sewajarnya juga pemimpin-pemimpin turut memberi tumpuan
kepada bencana ini. Setiap kekuatan dan tenaga yang ada di peringkat kerajaan
Persekutuan dan negeri-negeri harus dikerah dan disalurkan ke kawasan-kawasan malang ini.

Pada hari Jumaat ini masjid-masjid seluruh Negara difahamkan
bakal mengadakan solat hajat, ini satu bukti bahawa kita boleh bersatu disaat
krisis. Kita batalkan semua program hiburan kerana simpati di atas kesusahan sesama
warga Malaysia, syabas.
Disamping mempertingkatkan bantuan dan pertolongan ke
kawasan-kawasan terjejas, tautan kita pada Allah swt jangan sekali-kali kita
putuskan. Teruslah memohon kasih sayang dan pertolongan Nya. Saya mahu
berkongsi tweet dari YB Ustaz Nik Mohamad Abduh, ahli Parlimen Pasir Mas, yang
kawasannya turut terjejas dengan bencana ini:
“Kunci bencana banjir kini di tangan Empunya hujan. Anak
kuncinya adalah doa. Walau sejuta tangan menghulur bantuan, jangan dihilang anak kunci itu”
Dalam suasana penuh mencabar ini sama-samalah kita genggam
kuat anak kunci itu.
No comments:
Post a Comment