Mahkmah Rayuan baru sahaja memutuskan bahawa hak penjagaan
anak-anak Izwan Abdullah yang dahulunya dikenali sebagai NViran, iaitu Nur
Nabila @ V. Sharmila, 9 tahun, dan Nabil @ V. Mithran, enam tahun diberikan kepada
bekas isterinya S.Deepa.
Pada bulan April tahun yang sama Mahkamah Syariah telah
memerintahkan agar hak penjagaan anak-anak berkenaan diberikan kepada Izwan,
namun bekas isterinya yang kekal menganut agama Hindu telah membuat permohonan
di Mahkamah Tinggi yang telah campuratangan dalam keputusan Mahkamah Syariah
dengan memberikan hak penjagaan itu sebalikya kepada S.Deepa.
Isunya anak-anak berkenaan, yang masih belum dewasa telah di
“Islamkan” secara paksa oleh Izwan.
Sekali lagi rakyat Malaysia terkedu dan tergamam dengan keputusan
seumpama ini.
Kita menghormati sistem perundangan dalam Negara kita.
Keputusan ini bermakna anak-anak Izwan akan kekal bersama ibunya S.Deepa
sehinggalah mencapai umur dewasa. Apabila dewasa mereka nanti punya hak untuk
memilih agama mana yang mahu mereka ikuti. Islam seperti ayah mereka atau kekal
Hindu seperti ibu mereka.
Yang menjadi persoalan adalah, apakah jaminan bahawa
anak-anak ini selama di bawah penjagaan ibu mereka nanti tidak akan diasuh
membenci ayahnya dan sekaligus membenci Islam?
Anak-anak yang tidak berdosa ini pasti selama berada di
bawah penjagaan ibunya akan dibesarkan dalam suasana kepercayaan ibunya. Di
bawa ke Kuil, meraikan perayaan Hindu, memakan dan meminum makanan dan minuman
yang dibenarkan agama Hindu.
Pada pandangan saya sudah pasti selama tempoh umur mereka
sehingga mencapai dewasa, sudah semestinya minda mereka cenderung dan
dipengaruhi dengan kecenderungan dan pengaruh ibunya.
Dalam hal ini kita lihat keadilan yang cuba diberikan oleh
mahkamah punya kemungkinan tercemar dengan pengaruh satu pihak.
Justeru apabila mencapai umur dewasa, mahukah anak-anak ini
nanti ikut kepercayaan ayahnya yang telah Islam?
Kerana itu, pihak berkuasa termasuklah ahli-ahli Parlimen
kita perlu memikirkan bagaimana keadilan sebenar-benarnya dapat diberikan dalam
kes-kes seumpama ini. Jika kita perlu pinda peraturan kita pinda. Kita sedar banyak lagi kes-kes seperti ini akan berlaku
kerana hakikat masyarakat majmuk yang kita warisi, namun demi memberikan
keadilan pada semua pihak, minda anak-anak ini dalam kes-kes seumpama ini janganlah
dibiarkan dipengaurhi oleh satu pihak sahaja.
Bagi saya dalam kes-kes seumpama ini jika berlaku,
sewajarnya hak penjagaan anak-anak itu diberikan kepada pihak ketiga,
sebaik-baiknya pihak kerajaan sendiri samada melalui jabatan kebajikan atau
mana-mana pihak yang sesuai.
Biar anak-anak ini membesar dalam suasana bebas, dengan hak
melawat diberikan kepada kedua-dua ibu-bapa.
Mereka kekal begitu iaitu dalam penjagaan pihak ketiga
sehinggalah dewasa dan apabila dewasa dibawa kembali ke mahkamah untuk mereka
putuskan mahu mengikuti agama mana.
Perkara ini perlu difikirkan secara serius kerana ianya jika
tidak dirawat dengan sempurna boleh membawa kepada suasana tegang dan sengketa
yang memanjang.
Biarlah keadilan benar-benar dilihat dan tampak adil.
4 comments:
dalam mahkamah syariah, kalau hak jagaan diberi kpd ibu, maka ayah berhak mendapat hak bermalam dan melawat anak-anak, bergantung kpd rundingan. tapi tak tahu pulak ttg mahkamah sivil, adakah ayah tidak dapat berjumpa langsung dgn anak atau tidak ada rundingan dibenarkan antara ibu dan ayah tentang hak2 lawatan dan bermalam.
Bapaknya pujuklah emaknya peluk islam.....
Malaysia kan sebuah negara islam..
kenapa nak di yatim piatu kan anak tersebut dibawah jagaan pihak ketiga..apa point hak penjagaan anak dapat pd si ibu..izwan tiada pendapatan kah..atau apa..
Post a Comment