Saya petik dari sebuah kertas kerja:
Bulan ramadhan ialah bulan yang mulia dan Allah memilih
bulan ini untuk menjadi sebagai salah satu daripada kurniaan yang berharga
kepada hamba-hamba-Nya. Kita dapat memahami perihal anugerah Allah kepada kita
melalui bulan Ramadhan jika kita mampu memikirkan beberapa persoalan iaitu
apabila Allah ingin memberikan rahmat kepada hamba-hamba-Nya maka apakah Allah
akan mencampakkan rahmat itu dengan begitu saja kepada hamba-hambaNya atau
Allah memberikan kepada mereka PELUANG untuk mendapatkan rahmat-Nya ?
Demikianlah juga apabila Allah ingin mengampunkan dosa
hamba-hambaNya maka apakah Dia akan menghapuskan dosa hamba-hamba itu dengan
begitu sahaja atau Dia (Allah) memberikan PELUANG untuk hamba-hamba Nya itu
mendapatkan keampunan ?
Maka datanglah Ramadhan menjawab semua persoalan ini.
Allah swt berfirman maksudnya : “Bulan Ramadhan, bulan yang
di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan
penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan
yang bathil) ………. (al Baqarah: 185)
Dalam kita menyambut kedatangan bulan yang penuh barakah ini
dilaporkan bahawa Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang sedang
menerimarawatan susulan di Institut Jantung Negara IJN. Saya yakin dan percaya
ramai yang mendoakan agar Tuan Guru yang kita semua sayangi itu akan cepat
sembuh dan dikurniakan kekuatan oleh
Allah swt untuk terus memimpin.
Saya mengaitkan posting saya kali ini dengan Ramadhan dan
keuzuran Tuan Guru kerana saya sedih apabila dalam bulan yang mulia ini ada
juga insan yang Allah swt kurniakan bakat menulis menggunakan bakatnya itu
dengan cara yang sungguh tidak sopan dan malah kelihatan biadap.
Allah kurniakan kita sesuatu bakat, septutnya bakat kurniaan
Allah itu kita gunakan untuk kebaikan, mengajak manusia kepada yang baik dan
mencegah mereka dari yang mungkar. Itulah tanda hamba Allah yang bersyukur,
namun apabila kita mengunakannya bagi tujuan jahat, mengadu-domba, mencetuskan
kekacauan dan kecelaruan, maka kita dikira ingkar dan tidak bersyukur dengan
nikmat Allah.
Seorang penulis veteran yang saya kenali telah menulis
posting berikut :
Di bulan Ramadhan, Allah buka peluang kepada kita untuk mengejar ganjarannya, sebaliknya kenalan saya ini memilih untuk berakhlak buruk, lalu saya mohon agar beliau segera ingat akan pesanan Rasulullah s.a.w:
Peliharalah lidah kita, tulisan kita. Banyakkanlah zikir
dengan memuji Allah, bersalawat ke atas Nabi s.a.w, bercerita tentan
nikmat-nikmat syurga serta lain-lain perkara ma'ruf.
Kita biasa dengan serangan musuh dari pelbagai penjuru tetapi
apabila kawan sendiri mula menyerang jelas ia kini memilih menjadi musuh dan
sudah bosan menjadi kawan.
6 comments:
Sayuti Omar penulis yang syok sendiri....cuba tengok blognya..mana ada org komen..dia tak akan sesekali siarkan komen yang membangkang pendapatnya dalam blog tersebut..
Kalau jumpa sayuti ni suruh dia berenti la menulis..nampak sangat penulis upahan..analisa pun tak pernah tepat..
Tuan,
Apa bezanya dengan serangan-serangan yqng dibuat oleh p3mimpin-pemimpin Pakatan termasuk dari PAS s3ndiri m3minta Najib dan menteri-m3nteri tert3ntu meletak jawatan apabila timbul sesuatu isu?
MSO m3ngenali Presiden PAS jauh lebih lama dari tuan walaupun tuan pe4nah menjadi s3tiausaha politik Presiden PAS.
Kadang-kadang orang PAS ni pelik dan kadang-kadang tak ada beza dengan UMNO. Dia je ada hak dan lesen besau dari " langit ( d3vine rights) nak kritik orang, p3mimpin orang. Orang lain tak boleh langsung nak tegor PAS. Dan yang paling pantang bagi orang PAS bila orang " ulas" pasal Presiden depa. Naik sawan le orang PAS.
MSO ni elok pencen jer.....setuju dgn anom di atas, analisa MSO tak pernah tepat. Dulu beriya-iya menulis mengkritik mengenai baju petak2 merah, tetapi lepas tu buat U-turn....manusia2....Moga2 Allah bukakan pintu hati MSO agar kembali ke jln yg benar
Sdr bat8 untuk makluman saya tidak pernah dilantik menjadi Setpol Presiden. Saya pernah menjadi SU Akhbarnya.
Sdr berhak dengan pandangan sdr termasuklah dalam mahu mempertahankan Sdr MSO.
Kalau ahli berasa tidak apa dan tersengeh bila Presiden mereka diserang......itu ahli yang bermasalah.
Selamat berpuasa dan terima kasih
Bat8 tu memang pembaca setia MSO. Apa Pas buat semua tak kena tapi kalau PKR, semua ok, walaupun memang hampeh. Lihat sendiri pasal pemilihan parti pkr....huhuhuhu....sudah menjadi rahsia umum
Post a Comment