Pagi tadi kita dikejutkan dengan berita kematian Almarhum
Ustaz Dato Abu Bakar Chik, AJK PAS Pusat, bekas ahli EXCO Kerajaan Terengganu,
bekas Ketua Pemuda PAS Pusat, dalam kemalangan jalanraya. Almarhum dilaporkan
hadir dalam program Pemuda di Selangor pada sebelah malamnya. Semoga Allah swt
mencucri rahmat ke atas roh Almarhum.

Mahkamah yang bersidang dengan 7 panel itu memutuskan
demikian dengan keputusan 4 menyokong dan 3 menentang.
Ini bermakna akhbar berkenaan perlu mematuhi larangan pihak
KDN dan tidak sekali-kali menggunakan kalimah Allah dalam keluaran akhbarnya.
Sesungguhnya keputusan mahkamah di Malaysia, akan pasti ada
yang kelihatan memihak satu pihak da nada yang kelihatan tidak. Mereka yang
menang akan bergembira dan menyangkakan bahawa mahkamah memihak mereka, begitu
juga yang kalah akan kecewa dan menyangkakan yang mahkamah tidak memihak
mereka.

Mungkin itu hak kita, selagi mana ianya tidak melanggar
undang-undang, contohnya menghina mahkamah.
Masalahnya, ada yang terlalu biadap di dalam penilaian
terhadap keputusan mahkamah sehingga mencetuskan pula kemarahan pihak lain
apabila sensitiviti pihak lain itu dipijak dan dicaci secara terbuka. Inilah
punca-punca yang akan membawa kepada perbalahan dan konflik yang lebih tegang
dan rumit dalam masyarakat kita. (Contoh sila lihat petikan ulasan dari pembaca
laman web yang saya petik ini)
Septutnya orang-orang besar agama yang dalam pertikaian
meredakan perasaan penganut masing-masing. Bukankah agama mengajar kita
berlapang dada, berkasih-kasihan.
Saya khuatir jika sikap buruk ini tidak ditangani, ia akan
membusung kepada sesuatu yang lebih buruk dan merugikan kita semua.
1 comment:
sudah lama perkara yang berkaitan dengan hukum hukum Islam tidak diberi perhatian yang cukup berkesan jadi ada pihak yang diam diam ambil kesempatan
Post a Comment