Tahun ini dah masuk 57 tahun Negara kita mencapai
kemerdekaan, 51 tahun pembentukkan Malaysia. Jika umpama usia manusia, sudah pastilah sudah
begitu matang dan dewasa bukan lagi seperti keanak-anakkan tetapi sudah boleh
dihormati dan dipandang tinggi.
Kemajuan ekonomi dan pembangunan fizikal memanglah ketara
hasil dari kesungguhan rakyat dan sumbangan semua pihak. Begitu juga kemajuan
pendidkan dikalangan rakyat tidak dapat dinafikan. Akan tetapi satu aspek yang
masih belum selesai ternyata merupakan satu cabaran yang kadangkala mampu
membakar sensitiviti sesetengah pihak dan jika tidak ditangani dengan baik
mampu membawa natijah yang buruk.
Dalam tempuh beberapa minggu sahaja, apa yang saya maksudkan
itu dapat dilihat berlaku.
Perebutan hak penjagaan anak, akibat ibu-bapa bertukar
agama, anak mahu tukar agama kerana mahu berkahwin lain agama, perebutan mayat
ekoran pertikaian agama terakhir si mati, semua ini sedang berlaku di hadapan
kita hari ini.
Mungkin sebelum merdeka, kalau pun ada (saya tiada ketika
itu) kes-kes seumpama ini berlaku rasanya ia begitu kecil dan tidaklah ke
peringkat memamah perasaan dan sensitiviti. Satu kes yang kita ingat yang
melibatkan pertukaran agama diwaktu penjajah sehingga mencetuskan huru-hara
adalah kes Natrah pada awal tahun 1950.
Mengapa berleluasa sangat kes-kes seumpama ini kebelakangan
ini? Mengapa tiada ada satu formula penyelsaian yang boleh diperkenalkan bagi
mengelakkan perkara-perkara seumpama ini?
Suka tak suka Malaysia adalah sebuah Negara Islam. Suka tak
suka Malaysia adalah satu-satu Negara yang punya dwi sistem perundangan satu
untuk masyarakat sivil dan satu khas untuk orang-orang Islam, dan ini bukan
merupakan amalan baru akan tetapi telah wujud sejak zaman awal penjajahan
British dahulu.
Bagi saya semuanya berbalik kepada semangat toleransi, tolak
ansur yang wujud sejak pra kemerdekaan sehingga memungkinkan orang-orang Melayu
Islam, penduduk asal bumi Tanah Melayu membuka kewarganegaraan kepada
kawan-kawan mereka yang bermastautin di sini khasnya orang-orang Cina dan
India.
Bukan hanya orang Melayu yakni penduduk asal, tetapi orang-orang
Cina dan India juga diberi peluang menjadi warganegara kepada Negara ini,
berkongsi satu bumi dengan orang-orang Melayu. Pengorbanan orang-orang Melayu
itu sekadar bersyarat bahawa agama mereka yakni Islam dan bangsa mereka yakni
Melayu dan kemudiannya dipanjangkan menjadi Bumiputera, dihormati, diakui dan
diberi tempat keistimewaannya dalam Perlembagaan. Institusi Raja-raja Melayu
kekal sebagai payung di negeri-negeri dan di Persekutuan dan Majlis-majlis
Agama Negeri-negeri kekal sebagai institusi menjaga kepentingan agama Islam
seluruh Negara.
Walaupun demikian orang-orang Cina dan India pula diberi hak
mengamalkan budaya dan kepercayaan mereka secara bebas, tidak seperti di
beberapa Negara jiran dan diberi pula kesitimewaan membelajar dan mengamalkan bahasa
ibunda masing-masing melalui sekolah-sekolah jenis kebangsaan.
Selalu bila kita menulis begini aka nada pengritik yang
mnegatakan kita mempromosi agenda atau propaganda Umno dan seumpamanya. Bagi
saya ini fakta sejarah, tidak ada kena mengena dengan Umno atau sesiapa tetapi
inilah yang dipersetujui asalnya oleh sebahagian besar datuk-nenek dan moyang
kita dahulu.
Berbalik kepada permasalahan asal, kenapa kebelakangan ini
pertikaian melibatkan Islam ini semakin meruncing? Kenapa Islam
Jawapannya kerana kita lupa dan sengaja melupakan fakta
sejarah, letak duduk Negara ini semasa awal-awal Merdeka.
Kita tidak mahu memaksa, tetapi hormatilah apa yang ada.
Janganlah menyerang dan memperlekeh institusi Islam, amalan Islam, hukum Islam.
Terbit dengan kata-kata seolah Islam ini tiada berbudaya, tiada tamaddun.
Selagi kita ada pemikiran seumpama ini, selagi itu kita
tidak dapat bertoleransi sebagaimana datuk-nenek moyang kita dahulu. Dan kita
akan terus memijak dan mencederakan sensitiviti orang lain, akibatnya kita
membakar dendam sesama kita.
Mayat seorang wanita di Pulau Pinang contohnya baru-baru ini
dirampas oleh pihak Jabatan Agama Islam ketika upacara keagamaan sedang
dilangsungkan. Tindakan tersebut khabarnya kerana Jabatan Agama ada bukti yang
si mati telah memeluk Islam sebelum kematiannya.
Tindakan ini membangkitkan kemarahan sesetengah pihak. Kita
tidak sedar sesetengah pihak juga secara senyap mneyokong tindakan ini! Apa
pun, biarlah penyiasatan dibuat. Ada pihak merungut kenapa baru sekarang?
Kenapa tidak sebelum ini?
Masalahnya laporan dibuat, lalu tindakan diambil. Bayangkan
kalau mayat telah ditanam , kemudian satu pihak dapat perintah membongkar kembali
tanah perkuburan untuk ditanam di tanah perkuburan lain, pun nanti aka nada yang
merungut.
Disatu pihak ada yang gembar-gemburkan masalah hak asasi,
kedailan dan seumpamanya. Dalam hal ini biarlah siasatan dilakukan, kemudian
pihak kehakiman memutuskan. Jangalah mengkritik sebelum siasatan selesai kalau
benar kita juasa hak asasi dan keadilan.
Begitu juga dalam kes perkahwinan yang kononnya diganggu
pihak JAIS baru-baru ini. Sehingga atas tekanan kerajaan negeri membuat
keputusan yang terburu-buru. Kenapa juara hak asasi dan keadilan tidak memberi
peluang kepada bapa si wanita berkenaan memberikan pandangan dan versinya?
Berilah keadilan kepada semua pihak, benar perkahwinan itu suci dan penting,
tetapi prosedur dan peraturan, perundangan mestilah dihormati, jika tidak
anarki!
Begitu juga dalam kes melibatkan hak penjagaan anak-anak
sehingga bertindih-tindih bidangkuasa kedua-dua mahkamah sivil dan syariah.
Sebenarnya semua perlu dihormati tetapi apabila kita merendahkan satu mahkamah
atas satu mahkamah yang lain inilah puncanya sedangkan dahulu tidak pernah
begitu.
Apa pun bagi saya proses perundangan, peraturan dan prosedur
yang kita sendiri bina perlu dihormati dan dipatuhi. Baliklah kembali kepada
asal kita, hormat menghormati dan tidak memperlekeh serta memandang rendah
antara satu dan lain.
Berdiri Negara ini atas sikap tolak-ansur, tetapi apabila
sudah tiada begitu, kita merobohkan apa yang kita sendiri bina maka terimalah
akbatnya.
1 comment:
sepatutnya penjajah jahanam britis dihalau bukan dibawa berunding sengaja dibawanya masuk untuk halang tanah melayu jadi negara yang dikuasai sepenuh oleh Islam itu agenda penjajah ajen yahudi.
57 tahun pun berlalu penuh dengan suka duka dan pilu.yang nyata nampaknya tidak ada ketegasan dengan kuasa yang ada itu lah akibatnya sampai isu agama Islam pun ada pihak yang berani perlekehkan.
laungan tak kan melayu hilang didunia hanyalah laungan tapi tak berani nak lawan penjajah.ada kelompok yang berani lawan penjajah dikatakan pengganas.
Post a Comment