Gambar “simple” ini telah “viral” dan dimuat turun dengan
begitu meluas terutama di media sosial dan menerima banyak reaksi dari pelbagai
pihak. Sekali imbas ia sekadar menunjukkan seorang yang berusia lengkap
berpakaian Melayu dan kain pelikat, berkopian putih sedang sedia menaiki
basikal di perkarangan sebuah masjid.
Lihat lebih teliti, individu berkenaan sebenarnya adalah YAB
Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato Ahmad Yakob atau Ustaz Mat.
Salah seorang yang telah memberi reaksi positif terhadap
gambar berkenaan adalah bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin. Melalui
facebook nya DrMAZA.com beliau menyebut:
Saya suka melihat gambar YAB MB Kelantan ini. Ia mempunyai
banyak mesej yang menarik untuk ditafsirkan. Secara umumnya ia memberikan
gambaran kesederhanaan cara hidup seorang pemimpin yang masih lagi ke masjid
bersolat jamaah dengan 'basikal orang kampung'.
Gambar seperti ini lebih diminati rakyat dari gambar para
pemimpin atau para isteri pemimpin yang menunjuk-nunjuk kemewahan kepada
rakyat.
Setakat saya menulis ini posting Dr Maza di atas telah
menerima 37,876 likes dan 1,130 komen.
Antara komen yang menarik perhatian saya adalah dari Tan Tar
yang menyebut: “Ini orang banyak baik, jujur dan sabar. Personal experience. Lim
Xilvre pula memberi komen: “dia layak mendapat segala kemudahan sebagai seorang
Menteri Besar tetapi memilih untuk sederhana, syabas role model untuk dirujuk
kepada yang seangkatan”, Dan Jay Ace pula “Kualiti yang macam ni patut ada pada
semua pemimpin terutamanya yang nak jadi calon PM”.
Ternyata rakyat dewasa ini kagum bukan apabila melihat pemimpin
mereka menaiki kereta mewah dan mahal, atau berpakaian berjenama atau
dikelilingi pengawal dan seumpamanya. Rakyat dewasa ini sesungguhnya lebih kagum
apabila melihat pemimpin mereka macam biasa-biasa, ringkasnya macam mereka. Macam
gambar Ustaz Mat di atas.
Rata-rata Ustaz Mat semakin menonjol keperibadiannya
kebelakangan ini. Bermula dengan mengambil-alih tempat Tok Guru Nik Abd Aziz
sebagai MB Kelantan sehinggalah kesungguhannya mahu membawa ketengah sehingga
ke peringkat Parlimen, undang-undang Hudud di Kelantan dan kini dengan gambar
ini yang menyingkap kepada rakyat kesederhanaan beliau.
Bagi saya Ustaz Mat semakin mendapat tempat dan semakin
dihormati pada pandangan masyarakat.
Kerana itu saya hairan apabila diberitahu baru-baru ini
UMCEDEL atau University Malaya Centre of Democracy and Elections telah
mengeluarkan satu kajian iaitu selepas 12 bulan PRU 13 bertajuk “Isu dan
kecenderungan rakyat” yang sangat negatif terhadap Kelantan di bawah Ustaz Mat.
Kononnya setelah 12 bulan kepimpinan baru di Kelantan seakan sudah tidak ada
aura sebagaimana kepimpinan yang lalu. Seolah selepas Tok Guru Nik Abd Aziz,
Kelantan sudah tawar dan besar kemungkinan akan mengikuti jejak Kedah iaitu
jatuh ke tangan BN!
Ternyata kajian berkenaan tidak mencerminkan keadaan sebenar
persepsi rakyat kini terhadap Kelantan di bawah Ustaz Mat. Kalau UMCEDEL boleh
cungkil contohnya reaksi komen yang diberi dalam FB Dr Maza sahaja, mereka akan
dapati betapa melesetnya kajian mereka itu.
Walaubagaimanapun, bairlah UMCEDEL dengan kajian mereka. Apa
pun saya melihat Tok Guru Nik Abd Aziz telah berjaya menyusun kabinet
penggantinya dengan baik. Rakyat Kelantan kini tidak merasakan vakum setelah
Tok Guru melepaskan jawatannya sebaliknya merasakan suatu kesinambungan sedang
berlangsung, Tok Guru diganti dengan kepimpinan yang setaraf dengannnya malah tidak
mustahil lebih baik dengan izin Allah swt.
Bertuahlah rakyat Kelantan, semoga mereka terus membangun
bersama Islam sampai bila-bila.
No comments:
Post a Comment