Selangor dilanda konflik.........
Sejauh manakah kebenarannya, belum pasti tetapi angin bertiup kencang di Shah Alam, khabarnya calon kerajaan Pakatan Rakyat Negeri untuk mengisi kekosongan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri telah dikebelakangkan kerana memberi laluan kepada seorang yang lain.
Calon yang diberi keutamaan ini tidak pernah mendapat restu oleh kerajaan negeri malah sepanjang beliau memegang jawatan Pengarah sebuah jabatan, sering berkonflik dengan kerajaan dan pimpinan negeri, sehingga mencetuskan keresahan dan kadang-kala ketegangan.
Sejauh manakah kuasa MB dalam memberi nasihat kepada istana tidak pasti, tetapi apa pun penjawat jawatan awam yang sepatutnya membantu dan melicinkan pentadbiran kerajaan negeri berlandaskan aspirasi kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat, sewajarnya dipilih oleh "government of the day".
Amatlah malang bagi Selangor kiranya calon penjawat awam tertinggi di Selangor ini terdiri dari seorang yang tidak boleh bekerja apalagi berkongsi aspirasi kerajaan negeri. Sesuatu perlu diperbetulkan. Suara rakyat perlu dihormati!
5 comments:
Harap Selangor dapat la SUK yg lebih baik dari dulu
Harap Selangor dapat la SUK yg lebih baik dari dulu
Mohon maaf. Blog ini tidak meluluskan sebarang komen yang berkaitan institusi Istana. harap maklum
Tak Nak Khusrin !!
Assalamu alaikum. Apa nak buat. CEO tentu tahu siapa yang boleh membantunya dalam mentadbir syarikat tapi kalau CEO berkenan suka sedang pengerusi Syarikat tak berkenan susahlah jadinya. Persoalannya pemegang saham menoriti pula cakap banyak cuba menentukan hala tuju syarikat dan mempengaruhi pengerusi.
Patutnya dah jadi pemegang saham nenoriti jagalah elok-elok saham yang ada. Kalau nak lantik CEO sendiri usaha dapatkan saham tambahan agar jadi pemegang saham mejoriti. Jangan kacau pengerusi.
Apa pun Allah bersama kita dan perancangan Allah adalah perancangan yang terbaik.
Post a Comment