Wednesday, December 22, 2010

PAS tidak akan korbankan perjuangan Islam

Berikut adalah laporan dari portal berita Malaysia Insider berhubung isu Negara Islam yang berbangkit ekoran kenyataan beberapa tokoh Pakatan Rakyat semasa dan selepas Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang Ahad lalu:

Sementera itu, Hadi ketika dihubungi semalam pula berkata bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan sesiapa sahaja termasuk Karpal untuk menyelesaikan isu negara Islam.
Tambah Nik Aziz, walaupun negara Islam tidak disebut secara spesifik dalam Perlembagaan Persekutuan, namun sebenarnya ia secara rasmi sudah disebut dalam Artikel 3 tentang kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Walaupun dalam Perlembagaan (Persekutuan) tidak disebut secara spesifik “negara Islam” sebenarnya Artikel 3 tentang kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sudah cukup menjawab.

“Hakikatnya Malaysia sebuah negara yang sah untuk mendukung prinsip politik dan pentadbiran Islam.

“Saya syorkan pakailah tafsir Perlembagaan yang positif, tidak pesimis tentang Islam. Kerana agama persekutuan dalam maksud agama bagi negara, bukan sekadar rasmi malah agama perundangan.

“Maka sewajarnya dalam Perlembagaan itu dijelaskan maksud agama ialah ‘ad-din’, iaitu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh, bukan kepercayaan semata-mata. Bila dimaksudkan sebagai ad-din, ia sudah meletakkan Islam sebagai akidah yang mantap tak boleh dicampur aduk,” katanya.

Oleh kerana itu, katanya, Islam sebagai sistem hidup yang harus dipakai sama dalam urusan politik pemerintahan.


Hakikatnya PAS tidak pernah sekali-kali lesu, menyembunyikan apalagi menguburkan hasratnya untuk berjuang bagi memartabatkan Islam. Dalam kerangka realiti politik di Malaysia hari ini, sesungguhnya tiada halangan ke arahnya walaubagaimanapun ia memerlukan pendekatan berhikmah, ikhlas dan iltizam. PAS dahulu, PAS hari ini dan PAS yang akan datang insyallah akan terus memegang erat cita-cita perjuangannya iaitu:

Memperjuangkan wujudnya dalam Negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hokum-hukumnya menuju keredhaan Allah (Fasal 5 (1) Perlembagaan PAS)

Inilah yang membezakan PAS dengan parti-parti lain termasuklah khasnya Umno.

Selagi PAS terus dipimpin oleh kepimpinan yang meletakkan matlamat ini mengatasi kepentingan peribadi, duniawi, insyallah Islam punya masa depan di Malaysia. Ramai yang terkorban, bermandi darah dan air mata, berkorban harta dan kedudukan demi menegakkan perjuangan suci ini di Malaysia, jangan biarkan pengorbanan itu sekadar sia-sia: “Bergeraklah ke gerbang jasa, kalah menang bukan alasannya, sucikanlah niat di hati, hingga nyata benarnya janji Rabbi....” (petikan lagu tema PAS)

2 comments:

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum. Kedatangan tahun baru hijrah ini benar-benar memberi sinar harapan baru yang begitu jelas cerahnya. Sinaran harapan ini seakan tidak dapat dihalang lagi oleh kabus kepalsuan dan tabir kesombongan UMNO-BN lagi.

Di saat rakyat menanti dengan penuh debar pertembungan Malaysia dan Indonesia 26 Disember ini, tiba-tiba kita dihadiahkan dengan kenyataan yang begitu besar maknanya bagi ahli-ahli PAS khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Kenyataan secara terbuka dan berterus terang pengerusi DAP adalah hadiah tahun baru yang jauh lebih tinggi nilainya dari piala AFF seandainya Malaysia menjadi juara.

Kesedian Karpal dan DAP mempertahankan Islam sebagaimana dalam perlembagaan dan seterusnya membuka pintu rundingan dengan pemimpin tertinggi PAS dan Anwar amat-amat mengharukan saya dan membuat dada sebak ketika mendengarnya. Kita tak pernah termimpi pun sebelum ini yang DAP akan selunak itu apatah lagi Karpal yang terkenal dengan ketegasannya menolak sebuah negara Islam.

Beliau begitu yakin yang isu negara Islam ini boleh dicapai secara konsenses menggambarkan besarnya jiwa Karpal untuk menerima fakta dan hujah. Soal kemudiannya Karpal akan menerima negara Islam sepenuhnya atau tidak bukan persoalan namun kesediaannya untuk berbincang begitu dihargai dan diharap PAS akan menggunakan ruang ini sebaik-baiknya. Bak kata orang, Sampan sudah di air, perahu sudah di tangan, terserah pada kebijaksanaan PAS untuk menggerap peluang untuk dijadikan kenyataan.

Ini juga menunjukkan ta'aluf siasi yang diambil oleh PAS telah menampakkan hasilnya. Tahniah kepada pemimpin dan ahli-ahli PAS kerana di saat kita diasak bertali arus oleh UMNO-BN tiba-tiba Allah menghadiahkan kita Anugerah yang tidak ternilai berbabding dunia dan seisinya iaitu Islam yang boleh diterima oleh rakan-rakan kita yang sebelum ini seolah tidak mungkin dapat dirasai. PAS sedang berada pada landasan yang betul.

Apa pun Malaysia 2 Indonesia 0.

roslan sms said...

Setuju dengan Nor Azman 2-0 :)