Hukum mereka yang biadap
Kes vandalisma ke atas surau di Seremban mula dibicarakan di Mahkamah Majistret Seremban hari ini dengan tiga tertuduh di hadapkan ke pengadilan. Mereka bertiga dituduh melakukan khianat dengan didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Kes ini mengingatkan kita pada kes khianat ke atas Gereja Metro Turbanaclle di Taman Melawati, KL yang telah dibakar sebelum itu.
Apa pun tidak ada tempat dalam masyarakat kita bagi mereka yang biadap dan tidak menghormati agama atau kepercayaan sesama warga Malaysia. Sebagaimana kita mengutuk serangan ke atas gereja yang dibakar itu, kita juga perlu menzahirkan pendirian yang sama ke atas apa yang berlaku ke atas surau di Taman Pulai Impian, Sikamat, Seremban itu.
Mereka yang bersalah wajar dihukum supaya menjadi pengajaran kepada semua rakyat Malaysia bahawa setiap kita perlu memelihara sensitiviti satu sama lain khasnya dalam hal agama dan kepercayaan masing-masing. Tidak ada sesiapa sekalipun berhak bertindak mengkhianati rumah ibadat mana-mana golongan.
Kita telah bina Negara ini dengan sikap toleransi dan saling faham-memahami, jangan ada sesiapa yang menodai sikap dan budaya itu.
1 comment:
Biadap bukan vandalisma aje.
Tapi juga berpakaian.
Di Seremban (Senawang) ada restoran tom yam (bersebelahan Terachi) berdepan Matahari Heights, pekerja lelakinya (tak pasti tukang masak atau pelayan) pakai baju t-shirt bertulis FUCK YOU.
Apa ni, dia bukannya Mat Rempit.
Taukeynya perhati aje ke?
Tak tegur.
Ramai yang datang bawa keluarga - anak-anak muda lelaki dan perempuan.
Harap Majlis Perbandaran Seremban (MPS) menyiasat.
Jangan kebiadapan ni terus berlaku.
Jangan asyik menyandar, tak buat kerja.
Post a Comment