PAS Selangor mengutuk serangan "bacul" ke atas gereja-gereja
Kami menerima berita berkenaan serangan ke atas beberapa buah gereja termasuk di Selangor dengan perasaan penuh sedih dan dukacita.
Serangan seumpama ini tidak pernah berlaku dalam negara kita dan ianya langsung tidak mencerminkan adat, budaya dan kepercayaan mana-mana rakyat Malaysia.
PAS Selangor melahirkan rasa simpati kepada gereja-gereja yang terbabit dan mohon agar ahli-ahli PAS di negeri ini agar bersabar dan mendoakan keselamatan negeri ini. Dalam pada itu PAS Selangor memberi amaran agar jangan ada mana-mana pihak yang mahu mewujudkan keadaan huru-hara dan mengekspolitasi suasana yang tenang dan bertamaddun dalam negara kita khasnya di negeri Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.
6 comments:
Memang betul, perkara seperti ini tak pernah berlaku tetapi dalam sejarah kita tak penggunaan perkataan Allah olih kristian juga tak pernah berlaku.
sapa la punya angkara tuuu
Assalamu alaikum. Sebenarnya ketika saya masih dalam belasan tahun yakni dalam dekad 80-an, memang ada tiga masjid dibakar di Pahang. Di Selangor pula, kita mungkin boleh mencari peristiwa yang berlaku di Kerling yang melibatkan kuil Hindu. Saya memang pasti dengan peristiwa-peristiwa tersebut cuma butirannya tak mampu saya berikan kerana tidak menyimpan keratan akhbar mengenainya. Sebagai ingatan, cukup-cukuplah tu, jangan kerana matlamat jijik tertentu lantas usaha generasi terdahulu dari kaum Melayu, Cina dan India yang beragama Islam, Kristian, Hindu, Budha nak kita musnahkan. Kalau niat anda memang begitu , anda memang khianat. Kami seluruh rakyat Malaysia tidak akan memaafkannya. Terima kasih.
Memang orang yang waras tidak akan setuju dengan perbuatan membakar gereja ini. Saya boleh agak betapa sakitnya hati penganut ugama kristian bila ini berlaku. Tetapi begitulah jugalah , malah lebeh lagi, betapa sakitnya hati orang Islam apabila Allah di samakan dengan the father, the son and the holy ghost.
PAS: RANJAU SEBUAH PERJUANGAN
Firman Allah maksudnya “APAKAH KAMU INGAT AKU JADIKAN KAMU SIA-SIA,DAN KAMU TIDAK AKAN KEMBALI KEPADAKU”
Bukan mudah mentadbir sebuah kerajaan islam.Banyak dugaan dan perancangan jahat parti lawan bersilih ganti.
Kemenangan hari ini hasil dari benih pengorbanan yang ditanam oleh pejuang terdahulu.Bukan enteng harga sebuah perjuangan.Apatah lagi bila berjuang dilandasan Pas yang serba kekurangan.
Kini kita bermegah kerana Pas mengetuai 2 buah kerajaan iaitu Kelantan dan Kedah.Pas juga menjadi rakan kongsi kerajaan di Selangor dan P Pinang.
Sebelum tahun 1990, Pas sinonim dengan 1001 susah,payah,derita,ditekan,dihina dll.Tiada istimewanya Pas kecuali LILLAHI TAALA.Kerja baik di dunia dengan balasan di akhirat…itulah Pas.
Ya! Benar Pas ingin tubuh sebuah kerajaan islam.Soalnya bila? Arwah Nik Abdullah Arshad (ayahanda Nik Amar) pernah berkata kepada anak muridnya Hj Sulaiman Tapang “zaman kita ni hanya untuk tebas hutan ASSABIYAH dan tanam benih islam,buat laluan untuk pemimpin akan datang”
Pak Nik lah seorang pejuang kental,seluruh jiwa diwakaf untuk perjuangan Pas.Usahkan solat,makan minum tak pernah sendirian,mesti berjemaah.Paknik Lah kenal erti bersendirian tatkala dijemput menjadi ‘tetamu’ ISA selama 2 tahun.
Bahana kezaliman BN sangat dahsyat.Masyarakat terpaksa menjauhkan diri dari Pas kerana ancaman dan ugutan.Gerakan Pas bergerak melalui institusi agama seperti warga pondok.Berapa ramai Ulama pondok menjadi mangsa ISA kerana menyokong Pas secara terbuka.
ALFATIHAH ! Semoga Allah merahmati arwah Hj Yaacob Berangan ( ayahanda TMB),Hj Omar Wakaf Bharu,Hj Hassan Lemal dan Paknik Lah ( ayahanda Nik Amar).ISA bukan pembunuh jiwa mereka.Semangat mereka tidak pernah luntur untuk melihat Islam ditegakkan melalui siasah.
Turut bergerak mewarnai lukisan perjuangan Pas ialah arwah Hj Musa Yahya ( ayahanda Husam),Pakcu Hasan Lemal ( Tok Wali Hasan),arwah Hj Lah ( Lubok Tapah),arwah Hj Atiqullah ( ayahanda Baihaki),arwah Hj abd Rahman ( ayahanda Latiff KP)
bersambung di cilipadi007.blogspot
salam hormat !
Dipetik salah satu ayat SMS yang masuk kehandset saya yang berbunyi lebih kurang begini "umno bakar gereja untuk dharuratkan kerajaan Selangor".Persoalannya adakah logik diakal kita jika selangor berjaya didharuratkan maka yang akan dapat labanya ialah Umno/bn?
kemungkinan ada benarnya jika kita perhatikan sejarah Kerajaan Pas Kelantan telah berjaya didharuratkan pada hujung tahun 70an berikutan rusuhan jalanan dari rakyat jelata kemudian daripada itu kerajaan UmnoBn telah dapat memerintah kembali kerajaan Kelantan.
Isunya yang diputarkan diwaktu itu ialah tanah simpanan balak hutan telah tergadai ketangan orang negara asing. Berpunca daripada itu jugalah hari ini kerajaan pas kelantan sekarang telah didakwa olih syarikat pembalakan tersebut dan mahkamah telah memutuskan supaya kerajaan kelantan membayar puluhan juta ringgit sebagai ganti rugi.
Dari sejarah inilah agaknya ramai dikalangan peramal politik membuat andaian sememangnya umnolah yang menjadi dalang disebalik isu kebakaran gereja pada hari ini kerana berdasarkan umno yang agak pakar mengambil peluang untuk menangguk diair keruh...fikir fikirkan!ulasan selanjutnya ada didalam http://berkatilah.blogspot.com
Post a Comment