Baiklah 2010 buat semua
Hari ini 1 Januari 2010, tahun baru masehi, bertambahlah usia dunia, usia kita semua dalam mengharungi kehidupan yang entah bila kesudahannya.
Masing-masing sibuk mencongak dan membikin azam untuk tahun baru ini. Ada yang mahu himpun harta, ada yang mahu kurang berat badan, ada yang mahu berkahwin, merancang anak dan berbagai lagi mengikut ragam dan selera masing-masing.
Dalam pada itu ibu-bapa yang anaknya ke sekolah sedang bergelut menyediakan bahan-bahan persekolahan anak masing-masing, baik sekolah rendah mahupun menengah. Harga barangan yang tidak murah-murah pasti memberi impak ke atas kehidupan masing-masing. Itu belum masuk yuran sekolah, bayaran “tution”, bas sekolah dan lain-lain.
Bagi kakitangan kerajaan ketiadaan bonus dan sekadar saguhati RM500.00 sudah tentulah menyukarkan.
Berbalik kepada isu azam tadi, rupanya banyak azam tahun-tahun yang lalu tidak kesampaian atau tercicir begitu sahaja. Pedulikan, ayuh kita bikin azam baru lagi, itulah kita manusia.
Saya sendiri mendoakan agar tahun ini menjadi lebih baik berbanding tahun-tahun lalu khasnya buat diri dan keluarga saya, sahabat-sahabat dan seluruh kenalan. Lebih besar lagi mudah-mudahan tahun baru ini memulihkan ekonomi negara dan sekaligus kembali memberi keselesaan kepada kehidupan rakyat. Semoga kemiskinan dapat terus dibenteras, semoga negara menjadi aman, tiada lagi jenayah berat, tiada wabak penyakit, dan rakyat dapat hidup dalam sebuah negara yang bebas, telus dan berdaulat.
Semoga Islam terus dijulang. Semoga umat Islam dapat mengembalikan kegemilangan Islam dan menjadi contoh kepada masyarakat lain.
Kalau semua pimpinan Pakatan Rakyat disemua peringkat dapat terus kekal sebagai pemimpin yang cemerlang dan berwibawa khasnya di negeri-negeri yang ia perintah, insyallah PR akan terus disenangi dan diterima rakyat dan semakin teguh tahun 2010 ini.
Bulan Januari 2010 ini, kita di Selangor menjenguk-jenguk juga, mana tahu ramalan tok nujum politik yang kini dalam buangan sendiri, bahawa kerajaan PR Selangor akan jatuh sebagaimana di Perak, bakal berlaku atau sekadar khayalan dab bikin-bikinan semata-mata. Kita tidak mahulah berbesar kepala. Insyallah kita terus berdoa kehadrat Allah swt agar membantu dan menyelamatkan kerajaan negeri PR di Selangor ini. Kalau meleset ramaln ini, janglah ganggu-ganggu lagi.Berilah ruang kepada kami khasnya PKR,DAP dan PAS negeri memimpin dan mentadbir negeri ini menurut kebijaksanaan dan kemampuan kami.
Akhirnya saya berdoa agar PAS Selangor terus teguh bersatu. Tiada lagi sengketa dan perang-perang kecil sesama jemaah. Kita berdiri teguh, wala’pada pimpinan yang satu selagi mana beliau tidak memimpin kita kea rah maksiat. Ayuh kita perteguhkan saf, serang musuh yang satu, bersama mengejar matlamat yang satu, pertahankan aqidah yang satu.
Ya Allah jayakanlah perjuangan kami di tahun 2010 ini.
1 comment:
As-salamualaikum,
Sebagai seorang insan Muslim, baik di mana jua kita berada Kpd Allah swt sahaja kita berserah.
Bersyukur kpd nya atas segala nikmat
Memohon doa restu apabila bala, susah resah menimpa...!!
Allah swt yang maha Suci lagi Maha mengetahui di atas setiap kejadian..!!
Perpaduan se sama Islam.. di tunjuk dgn nyata...berpuluh kali sehari kita mengukap kata dan lebih lima kali sehari kita di ingatkan nya..!!
Ia ini Kalimah Syahadah ini lah titik pertemuan sesama umat Muslim-muslimat di Bumi Allah ini.
Saya Melayu Islam ...mengucap 2 kalimah syahadat....nak petik hadis2 sahih pun tak pandai.Ini kan pula surah Al-Quran..lagi lah saya tak berapa ariff..!!
DAP itu pula dgn anggkuh menidakkan ISLAM..!!
Iraq, Afghanistan , Pakistan dan lain2 negara Islam berjaya di porak perandakan oleh CIA dan rakan2..proxcy nya.
Kafir-kufar tetap tidak akan menyayangi Islam yng Suci.
Maha Suci Allah yang Satu dan Nabi Muhammad Rasul persuruh Nya.!!
Allah Hu Akhbar x3
Post a Comment