Sunday, January 31, 2010

Kerajaan PR Selangor stabil dan terus dihati rakyat

Hari ini 31 Januari 2009 adalah hari terakhir bagi bulan Januari 2010. Sebelum ini seorang blogger yang juga seorang pengkritik dan pemerhati politik yang tersohor telah meramalkan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan jatuh menjelang Januari 2010.

Saya tak pasti apakah akan terjadi pagi ini atau tengahari atau sebelah malam nanti tapi yang pastinya jika mencecah tengah malam hari ini, sekiranya kerajaan PR masih kekal utuh maka ternyata melesetlah ramalan sinujum ahli blogger tadi.

Memang sejak jatuhnya kerajaan PR Perak melalui "politik pintu belakang" mainan Umno dan BN, ramai yang ringan-ringan mulut meramalkan nasib yang sama bakal menimpa Selangor pula. Sedangkan hakikatnya angka-angka yang membentuk kerajaan PR Selangor iaitu PKR 15 (kini 14 setelah "melompatnya" ADUN Pelabuhan Kelang), DAP 13 dan PAS 8 berbanding 20 BN adalah sangat selesa.

Maka dimainkanlah beberapa babak drama untuk mencungkil-cungkil mana tahu kerajaan yang walaupun selesa ini boleh muntah-muntah senak perut dan akhirnya rebah begitu sahaja. Dari kes lembu ke kepala lembu ke kini kepala khinzir, satu demi satu dicetuskan untuk membakar ketegangan entah oleh siapa !?

Kemuncaknya adalah apabila ADUN yang paling malas dan tenat akal dari Pelabuhan Kelang melompat, manalah tahu dengan lompatannya itu akan merobohkan kerajaan pilihan rakyat. Rupanya lompat dari mulut naga masuk sekadar ke loji najis.

Demonstrasi pun berbagai rencam dan gelagat dianjurkan termasuklah terbaru oleh juak-juak Zainal Sakom untuk mempertahankan YBK, jangan lupa demonstrasi oleh kutu-kutu jalanan dan mat-mat rempit mendesak supaya PAS keluar PR di Shah Alam.

Realitinya rakyat di Slangor sudah bosan dengan drama dan politik murahan sebegini.Buktinya mereka tidak sedikit pun ambil peduli apalagi menyambut dan melayan provokasi-provokasi mentah yang berbagai itu. Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya sebagaimana ADUN separuh tiang itu, terjun dan terus tenggelam.

Rakyat mahukan pimpinan baru, rakyat mahukan semangat baru, rakyat mahukan pentadbiran baru kerana itu mereka dengan berani menolak Umno dan BN dalam PRU lalu dan menggantikannya dengan satu gabungan politik baru iaitu PR, kombinasi tiga parti yang lebih meyakinkan mereka iaitu PKR, DAP dan PAS.

Walaupun mereka tahu gabungan ini belum pernah teruja dan diuji, walaupun mereka tahu contohnya PAS dan DAP yang berdekad-dekad usia mereka itu namun tidak pernah bersatu membentuk mana-mana kerajaan sebelum ini, namun angkara kejahatan dan kezaliman UMno dan BN khasnya di Selangor, mereka sudi mencuba.

Setakat ini mandat yang telah diberikan itu kelihatan tepat dan makin meyakinkan. Gandingan kepimpinan ketiga-tiga parti ini di Selangor semakin matang dan mantap. Nasib rakyat semakin terbela, masa depan mereka semakin tampak bercahaya. Jika terus begini insyallah jangankan Januari 2010,malah insyallah sampai ke PRU ke 13 nanti kerajaan ini akan terus kekal di hati rakyat.

Untuk itu semua pihak perlu terus bekerja keras. Ketepikan sebarang perbalahan dan perbezaan kecil-kecil, fikirkan kepentingan rakyat dan negeri.PR Selangor mahu kekal bertahan kerana rakyat sudah serik dengan BN. Pastikan ia kekal begitu.

2 comments:

Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal said...

salam ziarah boleh linkkan blog saya di sini supaya artikel2 dakwah saya dapat disebarkan dengan luas lagi, semoga kerjasama anda di rahmati Allah

http://ustaznoramin.blogspot.com

marhaenr said...

setuju dengan saudara

teruskanlah perjuangan demi rakyat..

minta saudara yang rapat dengan pemimpin2 tertinggi untuk sentiasa mengingatkan kepimpinan agar bekerja keras memartabatkan perjuangan rakyat..

diperingkat akar umbi,memang tak dinafikan ada satu dua perbalahan dan masalah kecil...

tetapi...ia tidak menjadi masalah jika penyelesaian secara berlapang dada di dahulukan...

secara keseluruhannya rakyat peringkat bawahan amat berpuas hati dengan pentadbiran baru PR di selangor..

pengaruh umno sikit demi sedikit beransur hilang...even di kampung2...ramia rakayat yang mula sedar hak mereka dan mula memahami perjuangan PR...

tapi ia tetap bukan lesen untuk kepimpinan atasan duduk selesa...ingat, tidak ada kerajaan tanpa undi rakyat..tiada kempimpinan tanpa ahli bawahan...

teruskan perjuangan