Monday, June 15, 2009

Jika terbukti SIS bermasalah terhadap Islam, ambil tindakan.
Apa masalahnya?

Gerakan Islam di Malaysia bukan tak kenal “Sisters in Islam”. NGO ini rata-rata tidak membela dan mempertahankan Islam sebaliknya lebih ghairah membawa pendekatan yang disadur dengan fahama liberal yang melampau sehingga Islam dipadankan menurut selera dan kemahuan zaman.

Pada bulan Jun 2005 saya membuat posting berikut di blog ini:


APABILA SI JAHIL TURUT BERBICARA TENTANG ISLAM

Sebaik sahaja Mahkamah Tinggi Syariah di Kuantan menjatuhkan hukuman sebat 6 kali dan denda RM5000 tiap-tiap seorang ke atas 2 orang peminum arak yang didapati bersalah, seluruh akhbar media perdana sebagaimana biasa mensasikan keputusan tersebut.Ada yang mempertikaikannya dan tidak kurang juga yang menyokong.

Blog Jeff Ooi umpamanya secara berseloroh mengulas dengan tajuk:

No it neednt be in Kelantan/ Ia tidak semestinya berlaku di Kelantan

Menurut Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Dr Ismail Ibrahim pihak akhbar tidak sepatutnya mensasikan hukuman ini kerana ianya seolah-olah memberikan gambaran bahawa perundangan Islam itu zalim.Yang paling menarik adalah ulasan Sisters in Islam. Menurut pengurus programnya Masjaliza Hamzah sebagaimana yang dilaporkan di dalam THE STAR:

The Quran did not spell out a punishment for the consumption of intoxicants either in private or in public. By making public consumption of alcohol an offence under the Syariah Criminal Offences Act, the government has criminalized what is deemed a personal sin.

Quran tidak menjelaskan darihal hukuman ke atas peminum arak samada dalam majlis tertutup ataupun terbuka. Dengan meletakkan perbuatan meminum arak di khalayak sebagai satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah kerajaan sebenarnya telah meletakkan sebagai jenayah satu yang sebenarnya sekadar kesalahan (dosa) peribadi.

Apabila mereka yang jahil darihal Islam turut mahu berbahas dan memperkatakan darihal Islam, ketika itulah sebenarnya Islam akan dihina dan dipandang rendah Islam tidak pernah melarang kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat namun apabila yang mahu kita ulas itu adalah soal hukum dan perundangan kita seharusnya memiliki atapun menguasai ilmu berkenaannya.Dalam ilmu dan bidang apa sekalipun demikianlah baisanya disiplinnya.

Sumber hukum di dalam Islam adalah berpandukan al Quran, Hadis, Qias dan Ijmak. Memahami hukum dan perundangan Islam menuntut penguasaan terhadap kempat-empat sumber ini, itullah disiplinnya.Apabila Masjaliza berhujah yang Quran tidak menjelaskan darihal hukuman yang sepatutnya dikenakan terhadap peminum arak, beliau seolah-olah menolak sumber hukum Islam yang lain. Disinilah bukti kurangnya penguasaan ilmu Masjaliza sedangkan beliau mewakili NGO yang acapkali mahu sahaja mengeluarkan ulasan berkenaan Islam.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz pernah berkata:

Barangsiapa melakukan suatu pekerjaan tanpa ilmu pengetahuan tentang itu maka apa yang dia rusak lebih banyak daripada apa yang dia perbaiki.

Manakala Khalifah Abu Bakar ra pula pernah berkata:

Langit mana yang melindungi diriku dan bumi mana yang akan menjadi tempat pijakkanku, kalau aku mengatakan sesuatu yang tidak kuketahui.

Saya sendiri bukanlah pakar tentang hukum dan perundangan Islam namun tahu bahawa ayat-ayat yang mengharamkan arak memang jelas samada dalam al Quran maupun Hadis. Hukuman ke atas pesalah arak ini walaubagaimanapun tidak dihuraikan dalam al Quran kecuali dalam amalan Rasulullah saw sendiri.

Diriwayatkan daripada Husain bin al-Munzir bahawa ketika Saidina Ali ditugaskan oleh Saidina Uthman untuk menghukum sebat ke atas al-Walid bin Uqbah, beliau berkata yang maksudnya :

Rasulullah s.a.w. telah menghukum sebanyak 40 kali sebatan begitu juga Saidina Abu Bakar tetapi Saidina Umar menghukum sebanyak lapan puluh kali semuanya adalah sunnah yang ini aku lebih sukai.

Janganlah kita menyalahgunakan platform yang ada untuk memperlekeh dan menghina Islam yang dianuti oleh jutaan insan dalam dunia ini. Rujuklah pada yang pakar dan berhujahlah berdasarkan fakta, kalau perundangan dan hukum Islam yang mahu diulas maka kembalilah kepada sumbernya, jangan ikut akal dan emosi sendiri.

Kesimpulannya eloklah direnungi tulisan Dr Yusuf Qardawi yang berbunyi:

Sesungguhnya ilmu pengetahuan mesti didahulukan atas amal perbuatan, karena ilmu pengetahuanlah yang mampu membedakan antara yang haq dan yang bathil dalam keyakinan umat manusia, antara yang benar dan yang salah di dalam perkataan mereka, antara perbuatan-perbuatan yang disunatkan dan yang bid ah dalam ibadah, antara yang benar dan yang tidak benar di dalam melakukan muamalah, antara tindakan yang halal dan tindakan yang haram, antara yang terpuji dan yang hina di dalam akhlak manusia; antara ukuran yang diterima dan ukuran yang ditolak; antara perbuatan dan perkataan yang bisa diterima dan yang tidak dapat diterima.

Kemudian pada 17 November 2006 posting berikut:

Siapa dibelakang Sisters in Islam?

Siang tadi semasa sesi perbahasan Perhimpnan Agung Umno, seorang perwakilan dari Pulau Pinang, Shahbudin Yahya telah mendedahkan darihal komplot beberapa NGO yang bergerak sehingga mengancam kedudukan Islam dalam negara.Antara NGO yang didedahkan oleh wakil Umno Pulalu Pinang itu adalah:Pusat KOMAS, Sisters in Islam dan Penang Global Ethics Project

Menurut wakil Umno itu lagi NGO-NGO ini mendapat sokongan dari sebuah badan antarabangsa iaitu Konrad Adenauer Foundation yang mempunyai pejabat cawangan di sini.Shahbudin telah menunjukkan kepada para perwakilan beberapa produk badan ini termasuklah buku dan VCD yang katanya mempromosi konsep liberalisma dan pluralisma dalam beragama. Kata beliau ini bermakna Malaysia sekarang menerima ancaman terhadap kestabilan Islam bukan hanya dari dalam (iaitu kalangan orang-orang Melayu Islam sendiri) tetapi juga melalui kerjasama sistematik dari badan-badan luar.

Kata beliau lagi Sisters in Islam contohnya selama ini menumpukan kegiatannya kepada melemahkan system kehakiman mahkamah syariah bagi menimbulkan keraguan dikalangan masyrakat Islam agar menolak system kehakima syariah.Sesungguhnya protes terhadap tindak-tanduk Sisters in Islam ini telah lama disurakan oleh badan-badan dan gerakan Islam, tetapi tidak diberi perhatian oleh mana-mana pihak.

Malahan penubuhan apa yang dikatakan IFC itu pun menerima sokongan dan galakkan kuat dari SIS.Cumanya apa yang wakil Pulau Pinang itu tidak sedar adalah apabila beliau mendedahkan darihal kegiatan SIS ini beliau menyinggung dua orang besar dalam Dewan Merdeka PWTC itu iaitu Presiden partinya serta Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia.

Kenapa?

Kerana anak dan isteri mereka iaitu Nori Abdullah adalah seorang aktivis SIS. Beliau sering mengikuti program, anjuran SIS. Kalau benar SIS mengancam kestabilan Islam maka Menteri Keselamatan Dalam Negeri perlu menyiasat, barangkali SIS lebih merbahaya dari KMM dan Nori pula lebih merbahaya dari Nik Adli?!!

Sebagai bukti kuatnya hubungan antara Nori dan SIS terutama terajunya Zainah Anwar berikut saya perturunkan sedutan dari sebuah artikel yang terbit dalam THE NEW YORK TIMES pada 19 Febuari 2006 lalu:

A model progressive Muslim country, Ms. Zainah observed, cannot show the world that it makes laws that discriminate against women and that allows its religious authorities to snatch away the body of a dead man from his grieving Hindu family.As Ms. Zainah, a graduate of the Fletcher School of Law and Diplomacy at Tufts University, goes into battle, she holds some formidable cards. Chief among them are candor, not caring what others think and a refusal to be intimidated. She has not married, and said, I dont want to be a slave to a man.Another advantage: Ms. Zainah is close to two progressive women with powerful connections, Marina Mahathir, the daughter of the former prime minister, and Nori Abdullah, the daughter of the current prime minister. He gets an earful from her, Ms. Zainah said, referring to Mr. Abdullah and his daughter.

Zainah dilaporkan menyebut bahawa Abdullah (Perdana Menteri) akan mendengar cakap Nori dan Zainah mempunyai hubungan rapat dengan Nori!Saya tidak pasti tetapi semasa ucapan penggulungan Dollah lewat petang tadi saya tidak pula mendengar Abdullah menyentuh atau mengulas isu ini, bermakna luahan hati wakil Pulau Pinang itu yang lebih dari 10 minit tidak mendapat perhatian Presiden dan pimpinan parti.

Sementara itu memandangkan nama Konrad-Adenauer Foundation ini telah pun disebut saya fikir eloklah pihak Kementerian Keselamatan dalam Negeri dan mungkin JAKIM juga tinjau-tinjau sedikit aktivitinya. Untuk rekod, Timbalan Perdana Menteri pun pernah sebelum ini memberi ucap utama dalam sebuah forum anjuran badan yang berpusat di Jerman ini.

Kalau kita lihat badan ini turut menerbitkan beberapa buku berkenaan Islam dalam bahasa Melayu yang saya tidak pasti adakah JAKIM dan pihak yang berwajib maklum ataupun tidak, antaranya berjudul:Makalah Penentu Tentang Hubungan Antara Syariah Dengan Falsafah,Demokrasi dalam Al-Quran, Hadis, & Tradisi,Islam Tunduk Menyerah

Saya mengambil inisiatif untuk menulis berkenaan SIS dan KAF ini kerana ianya dibangkitkan oleh wakil Umno dalam Perhimpunan Agung Umno. Kiranya dibangkit oleh wakil NGO Islam atau PAS sudah pasti ianya tidak perlu diberi perhatian, tetapi ini dibongkar oleh forum tertinggi dalam Umno, takkanlah pihak berkuasa TUTUP SEBELAH MATA juga?!Kalau benar Umno serius dalam memelihara Islam, segeralah bertindak dengan menyiasat badan-badan ini tanpa prejudis.

Lantas apabila Mukatamar Tahunan PAS kali ke 55 meluluskan usul berikut tanpa bahas:

"(Muktamar) mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal."Dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya."

Saya secara peribadi tidak nampak apa masalahnya. Anda bagaimana?

14 comments:

Anonymous said...

Saya terkejut khinzir apabila usul sebegini dikemukakan oleh PAS Kawasan Shah Alam, yang YDPkan oleh YB Khalid Samad.

Tambah terkejut khizir yang terkena selsemanya apabila beberapa pemimpin PR rakyat membantah antaranya Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang. Tambahan lagi Ustazah Taresa Kok. (Taresa seorang Aktivis Kristian) selain daripada Khairy Jamaluddin dan Dr. Mahathir.

Kenapa pemimpin PAS tidak menentang........ terutamanya dari kalagangan PAS KAwasan Shah Alam?????

Sekarang bukan lagi terkejut umpama Khizir yang dah terkena selsema...tetapi dah tak mampun makan dan minum (tunggu untuk dikorbankan) apabila Yang DiPertua Shah Alam, YB. Khalid Samad, beria-ia menyalahkan diri sendiri, akibat usul ini ditentang oleh kawan dalam Pakatan.

Itu cuma sakadar cadangan usul untuk dikaji, jika terbukti haramkan kepada SIS , sebuah NGO yang tak ada kaitan langsung dengan PAS atau mana-mana parti dalam PAKATAN RAKYAT.

Kalaulah berkuasa kita selepas PRU 13 nanti, sudah tentu tak boleh haramkan Judi, Pelacuran, dan pelbagai maksiat yang masih dilaksanakan oleh Umno/BN kerana akan ditentang dan didesak oleh rakan-rakan dalam PAKATAN RAKYAT.

Akan ada kitab lain, untuk dibaca dan diterjemahkan kepada rakyat.

Alahai Si Khalid Samad........ terdaya aku nak memikirnya.

Fir said...

salam,

Ilmu perubatan ini untuk semua orang, tetapi kenapa hanya PARA DOKTOR sahaja yang dibenarkan menjalankan prosedur dan prescribe ubat kepada pesakit?

Fikir-fikirkan lah analogi ini...

apis said...

tuan,
saya mohon copy penulisan tuan tentang Sis ini untuk disebarkan,untuk sama sama menentang bahaya fahaman sis terhadap umat islam..

Anonymous said...

Tuan...

Konrad Adenauer Foundation.. Anwar Ibrahim adalah salah seorang yg menyokong pertubuhan ini..

Anonymous said...

SIS adalah x-factor pertembungan fikrah massa hari ini.

Anonymous said...

kenapa mudah sangat kita mengalah dengan ISU ini,pertahankan sekiranya kita berada di pihak benar,bukanya mudah mengaku kalah bila di desak oleh rakan dalam pakatan,.....apakah kita sanggup mengadai prinsip perjuangan kerana kepentingan politik?
Jangan Double Standard,bila ulama bersuara yang tidak sehauan dengan fikiran dan nafsu kita kita 'PULUN SAKAN' ulama,Tapi bila rakan kita yang sergah sikit saja dah 'tercirit-cirit'.Dimana kelantangan kau selama ini{ydp shah alam}jangan berdolak dalih lagi....
jangan memalukan jemaah dengan alasan terlepas pandang mengenai usul ini.MEMANG kau tak ambil pusing benda-benda macam ni kerana kau asyik dok bantai ulama je....

Anonymous said...

SI KHALID MEMANG 'BIOL'buat malu geng 'Erdogang JE....'

aku bermatian sokong,kau pulak buat onar......aduh pening,tak dapet den nak nolong wehhh!!!

Ibnu Ali said...

DAP dan PKR dibelakang SIS juga.

Anonymous said...

usul hanya untuk siasat SIS...kalau terbukti menyeleweng haramkan...apa masalahnya untuk SIS disiasat???? Bukannya nak haram terus membabi buta...memang patut pun disiasat...BANGANG betul samad ni...nampak takdak pendirian langsung...sama bangang dengan orang yang komen tak setuju SIS diharamkan...takdak pun usul kata "haramkan SIS". usul kata: 1) SIASAT SIS 2)haramkan SIS JIKA TERBUKTI MENYELEWENG...pi sekolah balik belajar bahasa...!!!

mualaf

kabuspagi said...

saya sangat setuju dengan pandangan tuan dan patut di keluarkan di dalam akhbar sinar, harakah dan siasah.. kalau boleh dalam utusan malaysia sekali...

tetapi yang menjadi pelik kenapa Pakatan Rakyat tidak sepakat berkenaan perkara ini.. adakah perkara ini menjadi gambaran kepada kerajaan pakatan rakyat menjelang kemenangannya pada PRU ke-13 - nanti

Kalau isu sis ini tidak dapat kesepakatan, apa lagi isu Negara Islam dan Hukum Hudud...

Kucar kacir rasanya negara..

Anonymous said...

Khalid beralasan usul ini terlepas pandang kerana sibuk bermesyuarat.

Setahu akulah........ sebelum usul ini dibawa ke Muktamar (Pusat) usul ini MESTI diterima di peringkat Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Shah Alam terlebih dahulu.

Proses penerimaan usul ini di peringkat mesyuarat agung Kawasan ada 2 macam. 1) DITERIMA DENGAN BAHAS atau 2) DITERIMA TANPA BAHAS.

Samada BAHAS atau TIDAK. Tidak menjadi persoalan, kerana dibentangkan dalam Mesyuarat Agung. Pada masa tu Khalid tidor di-mana???.

Tetapi kalau usul ini tidak dibentangkan kepada mesyuarat agung dan tdak diterima oleh Mesyuarat Agung. Tetapi J/Kuasa Dewan Muslimat Kawasan Shah Alam, saja pandai-pandai buat usul tanpa dikemukakan dalam mesyuarat agung Kawasan. Terus kemukakan usul kepada PUSAT (Muktamar). Ini kesalahan besar. Sebab semua usul mesti dikemukakan kepada mesyuarat dan mendapat kelulusan perwakilan.

Jawapan Khalid semakin merapu..kerana nak jaga undi bukan nak jaga Islam. Awas!!! PAS mula diresapi pengaruh Islam Liberal.

Kalau dalam hal ini.......dah merapu......patutlah Khalid kalah. Menyesal aku mempunyai pemimpin PAS yang sebegini..........

(anak cucu Samad)

Anonymous said...

Tang SIS say setujua sgt dengan tuan. Apa masalahanya?

Konrad ni juga kasik fund dekat Malaysian Institute of Management. Awas.

Yg menyedihkan mutakhir ini, outburst Tok Guru. Walaupun saya menghormati beliau sebelum ini, kebelakangan ini nampak sangat lainnya drp seorang yg pernak kata PAS tak perlu ujud (boleh dibubar) kalau UMNO terima Islam.

Adakah beliau seperti geng Mir Hussin Moussavi yg tak boleh terima kekalahan Husam? Sore loser?

Ataupun adakah beliau sudah terlalu phobia dgn kesah lalu antara UMNO/PAS sehingga taidak lagi nampak ancaman gajah di depan mata?

Apalah sanagt weightage beberapa org yg berjumpa dan menelefon Tok Guru ini berbanding the silent majority Melayu/Islam yg ibarat kata Ron rindu akan perpaduan parti siasah Melayu/Islam?

Atau bab kata bekas Mufti Perlis, sudah dirasuk syaitan kah org yg tak suka tengok sesama Islam/ ahli syshadah bersatu? Bolehkah Nik Aziz bagi satu justifikasi rasional dan emosional bahawa perpecahan lebih baik dari perpaduan?

Kalaulah junjungan besar kita masih ada, tak tahulah apa komen beliau tentang outburst dan obsesi beliau mutakhir ini?

hati said...

klu SIS tak suka dengan cara Islam..kenapa tak keluar saja dari Islam.!

Arsal said...

Nampaknya orang yang membawa usul takut kepada usul sendiri. Peliknya; SIS yang sudah menjadi rahsia umum "bermasalah" dalam pentafsiran "ISLAM" mereka ditakuti oleh YB AP Shah Alam! Kalau begitu, agak-agaknya, bilakah ISLAM akan menjadi dustur Malaysia kalau DAP dan PKR lebih ditakuti dari ALLAH. Agak-agaknya sebab itulah sampai sekarang Selangor belum mengguna pakai Undang0undang Syariah sedia ada, apatah lagi menggubal enakmen baharu!