Camputangan Raja-raja Melayu dalam isu pertukaran agama
Pada 22 April lepas kabinet baru Najib Tun Razak memutuskan bahawa mana-mana satu pasangan samada suami atau isteri yang bukan Islam yang memeluk Islam dan jika punya anak, maka si anak atau anak-anak kekal menganut agama asal siibu atau bapa sehinggalah mencapai usia dewasa bila mana ia boleh memutuskan sendiri agama pilihannya.
Keputusan ini ternyata sungguh kontroversial, kerana selama ini ia tidak pernah begitu. Selama ini aqidah anak-anak akan turut dengan siibu atau sibapa yang Islam.
Akan tetapi keputusan kabinet ini menunjukkan seolah kerajaan tidak berminat membela atau mempertahankan Islam dan sebaliknya menyerahkan kepada pasangan yang bertikai untuk menyelesaikan sendiri masalah rumahtangga mereka. Benar dari satu sudut kita mahu memberikan keadilan kepada semua dan tidak mahu anak-anak menjadi mangsa krisis ibu-bapa, namun dari satu sudut lain, melalui keputsan ini kita seolah berlepas tangan, kita perjudikan aqidah anak-anak tadi kepada siibu atau sibapa yang tidak Islam.
Bagaimana jika apabila dewasa si anak tadi enggan memeluk Islam dan lebih selesa dengan kepercayaan siibu atau bapanya yang bukan Islam. Siapakah yang bertanggungjawab nanti?
Saya yakin ramai yang bimbang dengan keputusan ini dan ramai yang tidak dapat menerimanya. Kini hairan kenapa kabinet tiba-tiba tergiur ghairah untuk meluluskannya.
Alhamudulillah siang tadi, setelah harapan terhadap Islam terdampar di persimpangan jalan akibat keputusan kabinet itu. Apabila semua kelihatan terbantut dan dunggu dalam mahu menyelesaikannya tiba-tiba pihak istana terpaksa campurtangan.
Persidangan Khas Majlis Raja-raja Melayu yang berlangsung tadi di Istana Negara memutuskan bahawa pandangan Majlis Agama Islam Negeri perlu diperoleh terlebih dahulu berhubung cadangan pindaan undang-undang yang berkaitan penukaran agama dan pindaan kepada undang-undang keluarga Islam (Wilayah Persekutuan). Dengan camputangan Raja-raja Melayu ini juga bermakna apa yang diputsukan oleh kabinet itu tertangguh sehinggalah satu keputusan yang lebiih praktikal dan boleh diterima semua.
Selamatlah Islam dibawah pengawasan Duli-duli Tuanku.
5 comments:
salam.... Yang dok buat dasar pun terberapa nak Islam tu yang jadi celaru
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
tak apalah anony 8;24...yang pentingnya tiada rotan akar pun jadilah...
anak kecil dilahirkan bersih seputih kain,lalu ibubapalah yang mencorakkan warnanya untuk menjadi yahudi mahupun nashoro (maksud hadith)
ujian sebenar tak kira PR atau BN, apakah dgn satu2 tindakan atau cadangan ialah samada Islam atau umat Islam dari segi jangka panjangnya akan bertambah kuat atau sebaliknya. Dalam BN mahupun PR tidak kurang yg fobia dgn Islam.
Waspadalah dgn kelicikan musuh2 Islam dlm pelbagai manifestasi.
umat dan org Islam pula adakah nak tukar ganti Islam dgn apa yg nampak seolah2 kemenangan (khususnya politik) jangka pendek.
Post a Comment