Syabas pimpinan lantikkan Presiden
Tugas memilih para pembantunya yang bertanggungjawab memperkasa dan menyokongnya dalam menjalankan tugas dan amanahnya sebagai Presiden gerakan Islam terbesar dalam negara telah pun selesai. Begitu juga para perwakilan muktamar baru-baru ini telah pun memutuskan saf kepimpinan yang mereka yakini dapat memimpin jemaah ini, itu pun telah selesai. Kini tugas kita semua adalah bersama memacu jemaah ini agar mampu menyerlahkan Islam sebagai kuasa yang dapat memimpin perubahan di dalam negara tercinta ini.
Semalam Presiden PAS telah mengumumkan beberapa nama yang akan membantu beliau dalam memikul amanah ini. 4 nama akan duduk bersama beliau dan pimpinan lain dalam Dewan Harian PAS Pusat. 4 nama itu memenuhi jawatan-jawatan kritikal di bawah Presiden iaitu Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan dan Pengarah Pilihanraya Pusat.
Veteran dan tokoh kanan PAS, Dato Mustapha Ali, telah dilantik sebagai Setiausaha Agung. Beliau sebelum ini adalah Pengarah Pilihanraya dan Pesuruhjaya PAS Terengganu. Seorang tokoh yang tajam bacaan politiknya dan cukup kaya dengan pengalaman. Sudah pasti pemilihan beliau sangat diyakini Presiden akan mampu membantu beliau dalam urusannya.
Ahli parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli, sekali lagi diberikan amanah untuk memegang jawatan Bendahari Agung. Dr Hatta adalah tokoh yang disenangi ramai, dan saya percaya Presiden mengekalkannya atas kepercayaan yang beliau telah melaksanakan tugasnya dengan baik dan perlu terus begitu demi jemaah.
Ustaz Idris Ahmad, seorang tokoh yang sangat komited pada perjuangan parti, seorang ulamak yang sentiasa berada dimana-mana sahaja demi perjuangan, merupakan pilihan terbaik Presiden sebagai Ketua Penerangan PAS yang baru. Saya yakin dengan latarbelakangnya yang berilmu, taat dan istiqomah dalam perjuangan, urusan penerangan dan dakwah parti Islam akan semakin lancar dan menyerlah.
Manakala Ustaz Dato Abd Halim Abd Rahman, bekas Timbalan MB Kelantan dan ahli parlimen Pengkalan Chepa sebagaimana Dato Pa adalah seorang yang tajam bacaan politiknya dan mahir sangat akan urusan pilihanraya yang diamanahkan kepada beliau itu.
Begitulah pasukan Presiden selain ahli-ahli jawatankuasa tambahan, yang nama-namanya turut diumumkan semalam.
Bagi saya biduk lalu kiambang bertaut. Yang pentingnya mereka yang dilantik membantu Presiden perlu menginsafi dan akur akan peranan mereka. Kita tidak mahu Brutus kita tidak mahu Tuah yang menikam Jebat. Kita mahu satu team pembantu yang akan duduk dan berdiri bersama Presiden. Teringat saya semasa hari terakhir muktamar apabila seorang AJK PAS Pusat bersalaman dan berpelukan dengan saya sambil menyatakan mari kita satukan saf kembali dan terus bekerja untuk Islam. Itulah sepatutnya semangat kita semua kini.
Tuan Guru Presiden berpesan dalam ucapan dasarnya “ Islam Memimpin Perubahan”:
“Marilah kita mengurus kemenangan dan kelemahan kita dengan Islam, supaya Islam yang kita perjuangkan itu mampu dilihat sebagai pemandu dalam segala bentuk amalan kita. Kita ingin memimpin perubahan dalam negara kita dengan Islam. Semua petugas parti perlulah mencari formula dan ruang yang ada untuk menonjolkan kepimpinan Islam dalam segenap segi kehidupan dengan cara yang penuh hikmah dalam menangani harapan rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya serta terus kekal dengan iltizam disiplin yang tinggi supaya tidak goyah oleh perancangan jahat musuh.”
4 comments:
sokong dgn kepimpinan TGHH...
buat para kaki buat kacau tak sudah2 dlm PAS... sudah2 lah tu... nak jadi UMNO ke berperangani mcm dorang?
saya pun nak ambik peluang ucap syabas dan selamat bertugas.
rasannya pengacau dalaman tu, bukan nak berperangai mcm umno atau berperangai macam dia org; depa nampak lebih selsesa dgn PR atau DAP atau Keadilan. Malumlah dah setahun lebih ditarbiyyakan begitu.
mrk mungkin mau UMNO kalau AI masuk UMNO blk. Segalanya ikut AI lah; hero depa.
kelemahan AI langsung tak nampak...
apapun hrpn semoga PAS ada identiti dan jati diri sendiri.
Salam tuan. Saya dapat msg dari kawan2, dalam web ikhwan pun ada keluarkan ttg Ustaz Fathi Yakan yang kembali ke Rahmat Allah sabtu lalu. Tapi saya namapak macam tade apa2 liputan dari pihak harakah mahupun pAS sendiri?
kami pekerja2/petugas2 Pas tunggu kenyataan rasmi Presiden berkaitan UG...!
Post a Comment