Saturday, June 06, 2009

Muktamar PAS telah bersuara

Alhmadulillah perwakilan PAS telah membuat keputusan. Pastinya tidak memuaskan hati semua tetapi yang pentingnya itulah keputusan jemaah. Dan sebagai anggota jemaah kita sewajarnya terima dan berikan wala’.

Tahniah kepada yang menang semoga anda semua terus bekerja bagi memartabatkan agenda dan dasar Islam yang sama-sama kita perjuangkan. Kepada yang tewas, terimalah dengan hati yang terbuka apa pun sebagaimana yang saya sebutkan sebelum ini kita bertanding bukannnya untuk membunuh sesama kita, kita bertanding dikalangan para sahabat untuk diputuskan juga oleh para sahabat belaka iaitu yang terbaik dikalangan yang baik-baik.

Semoga Allah swt membantu perjuangan kita dan meneguhkan pendirian dan kesatuan kita.

Allahuakbar.

18 comments:

rem said...

hidup pas!
and now the work begins.

sembang haroki said...

kenyataan husam selepaskeputusan amat merbehaya dalam kehidupan berjamaah islamiyyah. kata beliau "Menurut beliau, beberapa orang pimpinan yang menang turut mempunyai pandangan politik yang selari dengan beliau. Ketika ditanya oleh wartawan tentang apa yang akan beliau lakukan selepas ini, beliau berkata akan terus membantu di dalam membina parti dengan idea-idea beliau."
sember: http://muktamar55.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=222:husam-mahu-pas-ganti-bn-pimpin-negara&catid=37:muktamar-penuh&Itemid=65

memamg dalam pas wujud madrasah fikriyyah yang berbilang. mungkin wujud kutlah?
perhambat husam keluar dari pas!!!!

guane ghamok ustaz harun taib?????

BunG said...

Allahuakbar, tahniah! muktamar telah bersuara... pengundi PRU 13 belum lagi. Teruskan kempen tuan.....

Kak Milah said...

Ya tahniah kepada yang berjaya.

Yang kalah terima dengan hati terbuka.

Saya harap yang menang akan menjalankan amanah dengan baik.

Don't quiet2 ngorat UMNO Ok?

Belajarlah dari kesilapan. Ini peluang Allah beri untuk membetulkan kesilapan lampau.

Semoga PAS terus maju dan diterima oleh seluruh rakyat Mesia.

Allah kareem

Anonymous said...

Alhamdulillah...kemenangan Ust Nasha melegakan....

Afyan said...

Apabila tidak pandai menari, dikatakan lantai tinggi rendah ...

Jika tadi keputusan sebaliknya, tentulah lain pula bunyinya.

Sang Kelana said...

Salam Abg.Roslan,

tiada ke mana-mana laman web yang menyediakan video rakaman penuh perjalanan muktamar? kalaumasa muktamar 54 dulu, terengganukini ada menyediakan videonya. Kami yang di luar negara ni susah juga nak mengikuti secara langsung..pada sesiapa yang tahu tolong ya..

Anonymous said...

Manek Urai nanti petunjuk kuatnya PAS selepas muktamar, dah ada orang kat Kelantan hilang semangat.

Orang Machang

Anonymous said...

Tahniah Ust Nasa

poksu said...

Salam hormat !

Sehari dua ini suasana masih lagi dengan demam akan keputusan pemilihan pucuk pimpanan Pas Pusat,walaupun keputusan telah diketahui umum namun tumpuan bagi jawatan yang dipertandiingan lebih mendapat perhatian ramai terutama untuk jawatan Tim.President dan juga para Naib.

Sebagai respon kepada keputusan ini saya sebagai pemerhati dari luar lingkungan muktamar melihat tidak ada perpecahan akan berlaku diantara mana mana kumpulan atau pun kem masing masing,ini adalah kerana sikap wala' pemimpinan tetap utuh hasil pentarbiahan yang ditanam sejak sekian lama kepada setiap ahli mahu pun kepada para perwakilan itu sendiri.

Walaupun sebelum ini telah timbul beberapa percanggahan pendapat diantara satu sama lain ini tidal bermakna kem kem ini tidak bolih untuk duduk bersama dan bersatu kembali bagi mengukuhkan gerakan untuk menghadapi lawan politik sebenar (UBN).

Namun demikian sebagai memberi sedikit respon akan keputusan ini maka disana kita melihat terdapat isu isu yang menyebabkan bolih mempengaruhi perwakilan terutamanya pernah sebelum ini dikatakan jawatan nombor dua parti mestilah dikalangan ulama" dan ada juga pendapat mengatakan bagi sesiapa yang kuat berkempen pada kebiasaannya akan kalah.

Saya yang juga sebagai seorang peniaga agak kurang bersetuju jika dikatakan faktor kekalahan disebabkan banyak berkempen ini kerana cuba kita lihat sesebuah syarikat yang menjual biskut cekedis yang hanya berharga 30 sen akan tetapi telah mengeluarkan kos kempen dan iklan yang banyak malah disiarkan dikacakan tv hampir lebih 20 kali dalam sehari,jadi jika difikirkan apakah berbaloi?maka dengan itu amat tepatlah langkah Husam yang dilihat begitu ghairah mengadakan sidang media dan sebagainya bagi tujuan mempromosikan hala tuju bawaan politiknya.

Rasionalnya husam ditewaskan ialah mungkin ada yang berpendapat beliau terlalu yakin untuk mengambil tempat umnobn bagi menarajui politik malaysia tanpa perlu diadakan muqabah dengan parti tersebut (umno)dan keyakinan beliau ini banyak disokong olih anak anak muda yang juga mempunyai sifat keghairahan tersebut dan juga disertai olih gaya politik ardogen DSAI.Mungkin kata kata husam jika bermuqabalah akan terjadi seperti kata pepatah "yang dikejar tak dapat,yang dikendong pula akan keciciran".

Manakala kemenangan Ust.Nasa pula membayangkan idea kerajaan perpaduan yang dicetuskan Dato" seri president sendiri itu telah dipersetujui olih sebilangan perwakilan dan juga ahli.Apa pun ada hikmah disebaliknya yang mana disana masih terdapat ketidak ada kesediaan (ready) dalam banyak hal terutama dari segi kerjasama sesama rakan gabungan dalam PR (PKR dan DAP). Semangat setia kawan dalam menentukan kerjasama erat dikalangan anggota sayap parti (kelab penyokong pas)juga perlu diambil kira...jadi fikir betul !

tok iskandar said...

Inilah liciknya UMNO.Nak pecahkan 2tonggak dalam PAS iaitu profesional dan ulama agar saling bercakaran.Misi jangka pendek untuk melumpuhkan jentera pilihanraya PAS di Manek Urai.Misi janga panjang pulak nak pecah belahkan PAS dan Anwar akan dijadikan kambinghitam kerana PAS hancur disebabkan ada orang Anwar dalam PAS.Akhirnya pemimpin-pemimpin UMNO akan bertepuk tangan kerana skrip mereka untuk melumpuhkan Pakatan Rakyat tercapai apabila tercetus konflik di antara PAS dan PKR.
Sekali tengok macam plan Yahudi je.Nak menampakkan UMNO ni sebuah parti yang baik atau One Malaysian,mereka sudi menghulurkan tangan perdamaian kepada PAS dengan helah untuk perpaduan Melayu.Itupun setelah rampas Perak dan aibkan kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Nizar,MB dari PAS yang dilantik oleh rakan-rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat.

abu razeen said...

macai umno yg fitnah mrk terhadap ustaz Nasha gagal tentu ' terkedu'.

macai umno yg adu domba suruh perhambat Husam ( yg disayangi TGNA) pun patut berhentilah kerja sia2 tersebut.

Anonymous said...

Salam...

Amat menyedihkan kerana pimpinan tertinggi -dua tok guru - TGHH & TGNA tidak sependapat dalam perkara yang sangat penting (unity goverment). Carilah jalan kompromi.

Harap perkara ini dapat diselesikan segera.

Kenyataan TGHH banyak dipertikaikan oleh pihak luar. harap dapat lebih berhati2 dalam buat kenyataan.

Sedih bila terbuka banyak kelemahan!

Benci Umno tak sayang PR said...

pada tok iskandar:

"Itupun setelah rampas Perak dan aibkan kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Nizar,MB dari PAS yang dilantik oleh rakan-rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat"

benarkah yg lantik Nizar adalah rakan2 atau sebenarnya Sultan yg memilih dr calon2 yg dikemukakan? Jika tidak masakan DAP mahu memboikot angkat sumpah pada asalnya

Hanz_Azdi said...

keputusan muktamar tu adat ler kan ada menang ada kalah...kempen tak salah juga, masing-2 ada cara sendiri.
Tapi janganlah lupa bahawa TGNA tak sokong idea UG itu, maka adalah hak mereka pemimpin & penyokong PAS & juga PR untuk sama-sama tak suka, tak setuju lalu mempersoal idea, kewajaran UG tu.

Azwan Affendy said...

Sebagai Ketua Penerangan PAS Negeri, saudara disarankan untuk buat Program Dialog berhubung Kerajaan Perpaduan untuk terangkan dan mendapat respon balik dari ahli-ahli. Jangan biarkan ahli termanggu-manggu tidak memahami apa itu Kerajaan Perpaduan.

pria malaya said...

Allahuakbar...jom ke Manik Urai!!!

Afyan said...

Ya, saya setuju untuk penerangan tentang kerajaan perpaduan ini.

Tidak seperti projek 916 dahulu yang amat kabur dan kelam apakah kerajaan yang bakal dibentuk selepas 916.

Kerajaan 916 adalah kerajaan hasil katak-katak yang akan melompat?

Kerajaan 916 adalah kerajaan sekular dengan menjatuhkan sekular yang ada kini?