Kalau kita lihat mana sahaja hasil kajian sosio politik semasa samada dari pihak pro pembangkang mahupun badan bebas, ternyata salah satu isu yang dikesan, yang sangat menganggu emosi para pengundi selain isu kenaikkan kos hidup dan suasana ekonomi adalah isu rasuah dan penyelewengan kuasa.
Isu kenaikkan kos hidup ini terlalu meruncing kerana ia menganggu kehidupan rakyat dan lebih membimbangkan lagi ia tidak kelihatan boleh banyak berubah melainkan rakyat sendiri bangkit melakukan perubahan. Kemarahan meluap-luap untuk melakukan perubahan secara besar-besaran inilah yang sangat dibimbangi Barisan Nasional.
Tambahan impak atau kesan paling besar isu ini sesungguhnya sangat terasa dikalangan segmen pengundi Melayu khasnya yang berpendapatan sederhana dan rendah termasuklah yang tinggal di bandar dan luar-luar bandar.
Selain isu kos hidup, satu lagi isu besar adalah isu rasuah dan salah guna kuasa. Jika dalam isu kos hidup, rata-rata jari di tuding ke arah BN sebagai punca utamanya, isu rasuah dan penyelwengan kuasa ini pula terbukti tidak hanya terbatas pada BN semata-mata.
Baru-baru ini di Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low mendedahkan sesuatu yang bukan hanya merisau dan membebankan BN dalam menghadapi pilihan raya umum ke 14 ini, ia turut mendedahkan kelemahan blok pembangkang Pakatan Harapan. Menurut Datuk Paul sejumlah 92 tokoh dan pemimpin parti-parti politik sedang disiasat di bawah Akta SPRM 2009 atas pelbagai pertuduhan rasuah antara 2013 dan 2017.
Menurut beliau lagi antara 92 yang dimaksudkan itu, 71 adalah dari Barisan Nasional manakala baki 21 adalah dari Pakatan Harapan iaitu gabungan parti-parti PKR, DAP, Bersatu dan Pan.
Bermakna dalam isu rasuah kedua-dua pihak Barisan Nasional dan Pakatan Harapan tidak terkecuali selain PAS yang langsung tidak disebut.
Jika rasuah merupakan satu isu besar buat para pengundi menjelang PRU ke 14 ini kerana ianya melibatkan integriti dan kewibawaan seseorang pemimpin mahupun partinya, maka sudah pasti rakyat bukan hanya akan menolak BN tetapi juga PH.
Rupa-rupanya sejak memerintah Pulau Pinang dan Selangor, pemimpin-pemimpin dan tokoh PH juga terpalit dengan rasuah dan ini harus diberi perhatian oleh rakyat. Di Pulau Pinang umpamanya Ketua Menteri dan EXCOnya masing-masing menghadapi pertuduhan rasuah di mahkamah belum pun cukup dua penggal berkuasa.
Seorang bekas Pegawai Khas di Pejabat Menteri Besar Selangor yang kini masih aktif berpolitik dalam PKR pernah dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan dua sebatan kerana kesalah menipu. Begitu juga seorang pemimpin AMK PKR di Selangor turut disaisat sebelum ini oleh SPRM kerana meiliki kekayaan luar biasa. Sementara itu seorang anak saudara pemimpin kanan PKR Selangor turut ditahan reman oleh SPRM kerana disiasat dalam kes perlombongan pasir haram di negeri berkenaan.
Wakaupun kes-kes yang disebut Datuk Paul itu masih dalam siasatan SPRM, ternyata dalam isu rasuah dan penyelewengan kuasa, sama sahaja BN dan PH tidak terkecuali dan hakikat ini harus menjadi faktor buat para pengundi sebelum membuang undi dalam PRU ke 14 nanti.
Anehnya PAS satu-satu parti yang terkecuali dari sebarang kes berkaitan dengan SPRM. Ini bukan reka-rekaan tetapi ini hakikat dan rekod yang dibentang membuktikan kebenaran ini. Sudah pasti kenyataan ini meletakkan PAS dan pimpinannya di satu kategori kepimpinan yang penuh berintegriti dan berwibawa berbanding dengan pimpinan parti-parti lain.
Jika rakyat mahukan wakil-wakilnya terdiri dari kalangan mereka yang bersih dan bebas rasuah, berdasarkan pendedahan Datuk Paul ini, PAS lah satu-satunya opsyen yang ada, kerana walaupun memerintah negeri Kelantan sejak 1990 dan bersama dalam kerajaan campuran Selangor sejak 2008, tidak ada seoraang pun pemimpin atau tokoh PAS yang disiasat oleh SPRM.
Dan terbaru jika rakyat juga bimbang pada sebarang bentuk salah guna dan penyelwengan kuasa dalam kerajaan, sebagaimana yang dijuarai BN sebelum ini, maka apa yang hari ini berlaku di Selangor turut perlu diberi perhatian. Menurut pendedahan Pesuruhjaya PAS Selangor Ustaz Sallehin Mukhyi, Menteri Besar PKR di negeri berkenaan telah menahan peruntukkan buat 13 ADUN PAS sejak Januari 2018.
Atas isu politik lantaran keenganan PAS duduk berunding dengan PKR dalam isu pembahagian kerusi di Selangor, maka atas tekanan politik 13 ADUN PAS ini menjadi mangsa dengan dikorban peruntukkan mereka yang bernilai RM800,000 setahun.
Sedangkan umum mengetahui wang peruntukkan ini bukannya untuk belanja peribadi sebaliknya untuk projek-projek dan aktiviti kemasyarakatan yang sepatutnya memberi manfaat dan membantu rakyat.
Akibat mainan politik ini, sejumlah 660, 000 pengundi di kesemua 13 DUN telah dinafikan hak mereka dan ini terutamanya melibatkan 62% daripadanya para pengundi Melayu dari Sabak Bernam hinggalah ke Hulu Selangor dan Sepang.
Para pengundi PRU ke 14 ini perlu membuat keputusan dengan bijak dan penuh hikmah. Tolak mereka yang rasuah dan cenderung menyelah-guna kuasa. Negara dan rakyat memerlukan pemimpin yang berintegriti dan berwibawa untuk memimpin mereka dan membawa negara ke arah kemakmuran dan keadilan buat semua.
Jangan kita terbuai dan terbawa-bawa oleh sentimen kosong yang akhirnya merugikan rakyat dan negara. Semoga Malaysia kekal sejahtera dengan saf kepimpinan yang bersih dan peduli rakyat serta paling penting bertaqwa kepada Allah swt.
No comments:
Post a Comment