Melihat kehadiran puluhan ribu rakyat Kelantan di Padang Perdana, Kota Bharu malam tadi sempena Himpunan Bangkit Pertahan Kelantan ia sesungguhnya beri isyarat jelas kepada 2 kelompok politik.
Pertama buat BN. Zahid Hamidi tegaskan yang Umno kini bersedia menerajui Kelantan. Mungkin setelah peristiwa malam tadi Zahid perlu semak kembali angka-angkanya.
Kelihatan Umno bakal menhgigit jari sekali lagi.
Kedua buat PH yang begitu terpesona dan ghairah dengan dapatan Rafizi Ramli. Kata Rafizi Kelantan akan tumbang dan PAS tidak akan menang satu kerusi pun PRU 14 nanti.
Invoke perlu di "revoke" nampaknya.
Buat mereka ini fahamilah hati dan jiwa rakyat Kelantan.
Mereka kuat berpaut pada agama. PAS memerintah sebagai sebuah kerajaan Islam. Menobat dan memartabatkan Islam.
Rakyat Kelantan sekali-kali tidak akan terlibat dalam meroboh dan memusnahkan sebuah kerajaan Islam. Sebaliknya siapa sahaja mengancam memusnahkan parti dan kerajaan ini akan berhadapan dengan tentangan hebat keturunan dan cucu cicit Tok Janggut ini.
Bangkit pertahankan Kelantan.
No comments:
Post a Comment