Beliau mencadangkan Pulau Pinang diletakkan di bawah
pentadbiran Wilayah Persekutuan sebagaimana Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Alasan beliau kononnya dengan cara itu kerajaan Persekutuan dapat
menawarkan rumah mampu milik kepada rakyat Pulau Pinang khususnya orang-orang
Melayu memandangkan harga rumah di sana hari ini mencacak naik dan di luar
kemampuan ramai.
Sudah pastilah DAP yang paling berang dengan cadangan
berkenaan memendangkan mereka kini memerintah kerajaan negeri.
Biarlah cadangan dan penolakkan cadangan itu dibahaskan
khasnya sesama rakyat Pulau Pinang.
Cumanya hari ini pun tidak seperti negeri-negeri lain yang
beraja, terdapat beberapa urusan Pulau Pinang terletak di luar bidangkuasa
negeri. Umpamanya urusan agama terletak di bawah Yang Dipertuan Agong.
Dan dari segi sejarah pula Pulau Pinang dan Melaka selain
Singapura di zaman British, oleh kerana masing-masing negeri tidak beraja, di
letakkan terus di bawah pentadbiran penjajah British sebagai gagasan
Negeri-negeri Selat atau Straits Settlement.
Dan lebih jauh lagi, negeri Kedah sehingga kini masih
dianggap sebagai pemilik Pulau Pinang dengan kerajaan negeri masih membayar
sewa ke kerajaan negeri Kedah.
Samada cadangan ini boleh menjadi kenyataan terlalu sukar
dibayangkan, tetapi ia tetap satu isu menarik dan harus diberi opsyen kepada
rakyat Pulau Pinang untuk memikirkan.
DAP pun tidaklah perlu terlalu kalut, bukankah mereka dengan
rakan-rakan mensasarkan menguasai Putrajaya dalam PRU akan datang. Jika boleh
berlaku Pulau Pinang diserap di bawah Wilayah Persekutuan, mereka juga kerajaan
Persekutuan nanti, bukan begitu?
No comments:
Post a Comment