Baru sebentar tadi SPR mengumumkan pertandingan tiga penjuru
untuk PRK Dun Tanjong Datu, Calon BN iaitu balu bekas KM Sarawak, Puan Seri
Jamilah Anu akan ditentang oleh dua calon lain iaitu Rapelson Richard Hamit
dari parti PBDS Baru dan Johny Apu dari parti STAR.
Biarlah proses demokrasi mengambil tempat.
Apa yang saya mahu ketengahkan adalah dari hal salah seorang
calon yang bertanding iaitu calon PBDS Baru, Rapelson Richard Hamit.
Khabarnya dalam PRN Mei 2016 yang lalu beliau bertanding
atas tiket Pan di DUN Gedong
menentang calon BN. Beliau hanya memperolehi 699
undi sedangkan calon BN Mohd Naroden Majais mendapat 4,064 undi.
Tidak sampai 10 bulan calon Pan itu hari ini menjadi calon
PBDS Baru.
Isu lompat melompat parti kebelakangan ini menjadi semakin
lazim seakan bertukar baju.
Sebelum ini kita dengar segerombolan bekas pemimpin PAS yang
kalah dalam pemilihan parti telah keluar parti dan menubuhkan parti baru dengan
menyeret sekali kerusi-kerusi yang mereka menangi atas tiket PAS dulu.
Seorang lagi bekas pemimpin PAS yang pernah diberikan amanah
menjawat jawatan Setiausaha Agung pula lompat dengan kerusi-kerusinya ke PKR.
Sebelum itu beliau Umno.
Minggu hadapan pula khabarnya seorang lagi bekas pemimpin,
bekas Menteri, yang dulunya Umno, kemudian lompat PKR yang pernah kalah dalam
pertandingan PKR dan menubuhkan parti sendiri, akan melompat pula ke DAP.
Begitu rapuh sekali pegangan dan prinsip perjuangan mereka
ini.
Lainlah kalau dipecat dari satu-satu parti.
Kalau prinsip perjuangan pun boleh ditukar ganti apalah yang
boleh diharapkan pada mereka sebagai pemimpin.
Berhati-hatilah dengan mereka yang sebegini.
No comments:
Post a Comment