Tahun 2017 baru sahaja melangkah
masuk yang pastinya menjanjikan seribu satu kemungkinan dengan izin dan
ketentuan Allah swt. 2017 gagah melangkah masuk meninggalkan 2016 yang sungguh
bersejarah dan bermakna.
Sekurang-kurangnya bagi PAS saya mengira
2016 merupakan tahun yang paling mencabar buat Parti Islam ini sepanjang lebih
60 tahun usianya.
PAS melalui cabaran dalaman
terbesarnya semasa menghadapi Muktamar Pemilihannya pada tahun 2015. Muktamar
yang diadakan di Kuala Selangor itu telah melihat pertandingan paling sengit dalam
sejarah PAS sehingga semua jawatan tertinggi dalam parti ditandingi.
Sebagaimana yang semua ketahui
bahang panas pemilihan pucuk pimpinan dalam PAS itu dimuktamadkan dengan
kemahuan para perwakilan apabila Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang
dikekalkan sebagai Presiden dengan lebih 70 peratus sokongan diikuti Dato Tuan
Ibrahim Tuan Man sebagai Timbalan dan Ustaz Idris Ahmad, Ustaz Dato Nik Amar
dan Dato Hj Iskandar masing-masing sebagai Naib-naib Presiden.
Keputusan muktamar lazimnya buat
PAS diterima dengan hati terbuka dan masing-masing yang kalah dan menang
bertaut kembali demi kepentingan perjuangan dan jemaah.
Ini walaubagaimanapun tidak
berlaku ketika itu apabila pemuka-pemuka yang kalah bertindak mengkhianati perjuangan
dan menubuhkan parti baru demi agenda peribadi.
Tindakan luarbiasa itu dianggap
sesetengah pihak khasnya para penganalisa sebagai paku terakhir buat keranda
PAS. Ramai meramal konon-kononnya pemberontakkan terhadap PAS, dengan terjun
keluar ahli-ahlinya ke parti baru itu bakal melumpuh dan menamatkan riwayat
PAS.
Ramai yang percaya ketika itu.
Kerana itu 2016 penting buat PAS.
Jika PAS bakal lumpuh dan tamat riwayatnya, maka 2016 adalah tahun bersejarah
persemadian PAS.
Jelas PAS bukan perjuangan
peribadi mana-mana individua atau kelompok. PAS adalah sebuah gerakan Islam,
kekuatannya pada dasar dan aqidah perjuangannya. Perjuangannya tidak akan
terkubur atau tidak mampu terpadam walaupun berlaku pengkhianatan atau
permberontakkan dalaman sesengit mana pun.
2015 sekerat dua bekas
pimpinannya berserta penyokong masing-masing telah mengkhianati PAS dengan
nafsu dan angan-angan besar mahu menggantikan PAS, tetapi apa yang berlaku pada
2016 api perjuangan PAS bukannya malap, malah sebaliknya menjadi makin marak
dan panas menyala.
Dalam tempuh yang sangat singkat
semua kawasan-kawasan PAS yang terjejas dengan pemberontakkan pimpinannya telah
berjaya dipulihkan dan hari ini masing-masing berdiri tegap dan teguh dengan
giat membuka dan menubuhkan cawangan-cawangan baru. Kehlian PAS pun semakin
mencacak naik pada tahun 2016.
Ternyata pengalaman luas dan
bacaan politik yang tajam yang dimiliki Tuan Guru Presiden PAS berserta pasukan
saf kepimpinan barunya berjaya mengemudi bahtera PAS menjadi parti yang semakin
disegani dan diberi perhatian.
Jika sebelumya ada yang
menjangkakan PAS akan lumpuh, ternyata mereka semua tersasar jauh dan tersilap.
Malahan 2016 PAS semakin mantap
dan terkehadapan dalam mencetuskan isu-isu besar sehingga ianya meniti hangat dibibir
masyarakat dan rakyat.
“Budaya Politik Matang dan
Sejahtera” yang diperkenalkan PAS berjaya melontarkan PAS sebagai sebuah
gerakan Islam dan parti politik yang semakin disenangi ramai dan malah
hujah-hujah dan pandangan pimpinan PAS khasnya wakil-wakil rakyat di Parlimen
dan Dewan-dewan Negeri serta di majlis-majlis forum tempatan dan antarabangsa
semakin diberi perhatian kerana kematangan dan maklumatnya.
Tiada lagi suara ahli-ahli
Parlimen PAS yang celupar, terpekik-lolong dan biadap sebaliknya setiap yang
bangun berhujah, pandangannya diberi perhatian dan dihormati, mencerminkan
akhlak dan keperibadian sebenar wakil yang mewakili suara gerakan Islam.
RUU355 turut meletakkan PAS
sebagai sebuah gerakan Islam yang serius dan tiada kompromi dalam menjuarai tuntutan
perjuangan Islam. Masyarakat Malaysia khasnya rakyat yang beragama Islam
melihat kesungguhan PAS itu dalam berjuang memperkasakan syariat Islam,
walaupun dikritik dan dibenci pihak tertentu yang berkepentingan dan
pihak-pihak minoriti yang tidak toleran.
Demi Islam PAS sanggup
berkerjasama dengan sesiapa pun, suatu pendirian yang jelas dan konsisten yang
sangat dihormati rakyat jelata.
2016 juga menyaksikan PAS
terserlah dalam platform antarabangsa. PAS dilihat ke hadapan khasnya dalam isu
penderitaan dan penindasan kaum Rohingya di Myanmar serta dalam isu Syria.
Disaat pihak lain sibuk
berangan-angan merampas kerusi PAS dan negeri PAS, ahli-ahli dan pimpinan PAS
terjun kepangkuan masyarakat, prihatin pada nasib dan kebajikan rakyat dengan
mendengar suara dan rintihan mereka dalam pelbagai forum disamping memberi
khidmat dan menyalurkan bantuan.
Sesungguhnya rakyat Malaysia
melihat semua ini, dan dengan kematangan dan kemampuan berfikir mereka,
insyallah mereka tahu siapa pilihan mereka apabila tiba Pilihanraya Umum nanti.
Tidak dinafikan mereka akan lebih
condong dan cenderong pada kelompok yang serius dan istiqamah dalam pernjuangan
mereka, dan setakat ini, dengan 2016 sebagai bukti, tiada yang menepati
kriteria ini melainkan PAS.
2016 tahun yang didakwa sesetengah
penganalisa sebagai tahun PAS akan lumpuh dan terkubur kononnya dengan
penubuhan Pan dan putusnya hubungan politik dengan DAP ternyata satu retorik
kosong.
PAS malah memposisikan dirinya
semakin relevan dan diperlukan rakyat dan mana sahaja parti politik yang sedar
akan kekuatan dan kemampuannya. Ini bukan omong kosong tetapi satu fakta yang
sukar disangkal.
Seorang penganalisa veteran
akhbar harian The Star, Joceline Tan dalam satu tulisannya memberikan
kesimpulan terbaik buat PAS. Katanya:
“PAS masih kekal sebagai sebuah parti Melayu yang perlu diberi
perhatian. Ia mempunyai kekuatan besar dari kalangan ulamak dan profesional
yang muda dan istiqamah yang bakal membentuk masadepan partinya dan malah
mungkin juga negara.”
2016 telah melihat PAS
mengukuhkan kedudukannya dan tidak mustahil 2017 pula ia akan melonjak lebih
jauh ke hadapan dengan komitmen dan dokongan ahli-ahlinya yang lebih 1 juta
orang itu.
Selamat Tahun baru Masehi 2017 roslansms@gmail.com
No comments:
Post a Comment