Pemuka-pemuka liberal sering memaparkan diri mereka juara
hak asasi.
Piawaian hak asasi bagi mereka adalah hak sama-rata. Tanpa
mengambil kira latarbelakang sejarah dan budaya bagi mereka yang penting hari
ini tiada beza antara setiap individu dari segi hak.
Dan sering yang mencetus kontroversi apabila ia berlaga
dengan hak dan kepentingan Islam.
Islam di Malaysia adalah agama anutan majoriti rakyatnya
sejak beratus tahun lagi.
Yang sedang hangat mendapat liputan dalam media sosial hari
ini adalah isu larangan membawa kek tanpa sijil halal ke restoran makanan
segera Mc Donalds.
Isu ini ternyata telah di “spin” dan ditokok-tambah demi
kepentingan puak-puak liberal yang berkenaan.
Ada dua isu di sini, pertama adalah premis makanan halal dan
kedua premis makanan atau restoran.
Mc Donalds telah memperolehi sijil halal dari JAKIM. Ini
bermakna mereka telah membuat keputusan bahawa premis mereka bagi tujuan
komersil mahu menyajikan makanan dan minuman halal sahaja.
Bukankah itu hak Mc Donalds?
Sebagaimana premis tidak halal berhak menyajikan makanan dan
minuman tidak halal, maka sepatutnya Mc Donalds juga berhak begitu, tidakkah
mempertikaikan polisi Mc Donald situ melanggar hak asasi syarikat berkenaan?
Dan kedua isu premis makanan atau restoran. Apakah puak-puak
liberal ini tidak pernah mendengar terma “no outside food allowed” ataupun “makanan
luar tidak dibenarkan bawa masuk”. Ini istilah biasa yang digunakan secara
universal demi mememlihara hak dan kepentingan komersil satu-satu perniagaan
itu.
Jika ada pelanggan yangtetap mahu membawa masuk makanan luar bagi tujuan khas, umpamanya kek
harijadi, mereka perlu berurusan dengan pihak pengurusan, selagi tidak
melanggar polisi restoran berkenaan.
Dalam kes di Mc Donalds mereka telah membuat polisi bahawa
makanan luar yang mahu dibawa masuk itu mestilah juga halal selaras dengan
kategori premis mereka.
Apa isunya?
Dan hari ini malangnya kerajaan negeri Sarawak dengan rakus
dilaporkan mengarahkan Mc Donalds menurunkan notis yang hanya membenar membawa
masuk kek halal ke premisnya.
Menurut portal FMT semua premis Mc D di Miri telah pun diarahkan
menurunkan notis seumpama itu.
Kononnya Sarawak punya dasar toleran, tidak mau ada paksaan
ke atas rakyatnya.
Tidakkah itu juga satu paksaan dan pelanggaran hak yang ada
pada Mc D?
Kebetulan hari ini portal Malaysiakini pula melaporkan dasar
yang sama rupanya sudah diamalkan di premis Mc D di Singapura yang terlebih
toleran dari Sarawak.
Menurut laporannya:
McDonald's Singapore
requires its customers who celebrate their birthday at its premises to provide
halal certification for cakes brought in, reported Singapore's Channel 8 News.
A McDonald's
spokesperson confirmed the fast food outlet has practised this since obtaining
their halal certification from the Islamic Religious Council of Singapore in
1992.
(Mc D Singapura mensyaratkan pelanggannya yang meraikan
sambutan harijadi mereka di premis Mc D agar menunjukkan sijil halal bagi
kek-kek yang mereka bawa masuk, sebagaimana dilaporkan Channel 8 News
Singapura.
Seorang jurucakap Mc D mengesahkan bahawa restoran makanan
segera berkenaan telah mengamalkan perkara ini sejak ia menerima sijil halal
dari Majlis Agama Islam Singapura pada tahun 1992)
Kerajaan Sarawak patut lebih sensitif terhadap perkara ini
sebelum ghairah mahu tunjuk kononnya liberal dan toleran mereka.
Janganlah mempolitkkan isu agama.
Bagaimana dengan hak umat Islam?
Berauts-ratus malah ribuan premis dan restoran tidak halal
langsung tidak mendapat bantahan umat Islam di Malaysia, tetapi mengapa premis
yang halal mahu diganggu?
Umat Islam Malaysia perlu sensitif perkara ini. Sedikit demi sedikit hak kita dicabar dan dihakis puak-puak liberal pro Barat ini.
No comments:
Post a Comment