Akhbar The Star hari ini melaporkan darihal tindakan seorang
aktivis masyarakat Hishamuddin Rais yang telah mengibarkan bendera “Sang Saka
Malaysia” yang dianggapnya sebagai bendera sebenar Negara dan sebaliknya
menghina Jalur Gemilang yang didakwanya bendera palsu Negara. (Orang yang sama
menyokong penggulingan kerajaan sah Morsi di Mesir)
Beliau dilaporkan melakukan demikian dimalam sambutan Hari
Kebangsaan di Dataran Merdeka.
Secara peribadi saya merasakan tindakan sedemikian sangat
bertentangan dengan semangat dan penerimaan rakyat jelata terhadap perjuangan
kemerdekaan Negara dan apa yang telah dibina selama ini oleh semua kita sejak
dari datuk nenek kita dahulu.
Apa rasionalnya mahu tukar “Jalur Gemilang” ini dan
dikembalikans esuatu yang saya kira Hishamuddin pun tak pasti kesahihannya.
Banyak lagi perkara yang boleh kita ketengahkan sebagai
perjuangan tetapi tindakan seumpama ini boleh dikira biadap dan mengenepikan
apa yang telah kita terima bersama sejak zaman berzaman.
Sesungguhnya dari rekod sejarah bendera Malaysia yang ada,
sebelumnya Persekutuan Malaya, telah dicipta oleh anak tempatan berdasarkan
pemerahan akal fikiran dan idea banyak pihak termasuklah Raja-raja Melayu,
pimpinan Negara pra Merdeka dan rakyat tempatan sendiri.
373 cadangan telah dikemukakan rakyat tempatan dari pelbagai
keturunan dan kedudukan dan akhirnya 3 telah disenari pendek pada tahun 1949.
Satu jawatankuasa khas telah dibentuk yang turut dianggotai Menteri-menteri
Besar (termasuklah Dato Onn ketika itu MB Johor) yang kemudiannya mengemukakan
cadangan kepada “Federal Legislative Council” atau Majlis Perundangan
Persekutuan dan kemudiannya diperkenankan oleh Raja-raja Melayu.
Pada tanggal 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Selangor, di
Kuala Lumpur, bendera berkenaan telah dinaikkan buat pertama kalinya disaksikan
oleh Raja-raja Melayu.
On 19th April 1950, with advice from the Federal Legislative
Council and upon the agreement from the Royal Federation of Malaya, the
Malaysian flag was chosen to represent the Federated Malaya.
Originally, crescent and star were in white, however with
the advice from Sultan of Kedah, along with remaining Rulers’, the white is to
be replaced with the yellow, to symbolically represent Royal sovereign.It was the first time Federation of Malaya flag was raised in an official procession, which was organized by the British High Commission on the 26th May 1950, within the confines of the Sultan Selangor’s palace that was attended by the D.Y.M.M Raja-Raja Melayu and the royal officers of King George VI.
At 9:38 am, the Federation of Malaya flag was raised by Sir
Henry Gurney (British High Commissioner in Malaya) on behalf of statesmen.It
was from that moment, Federation of Malaya had its very own flag,proudly stood
for a new country that is united.
Bendera inilah pada malan 31 Ogos 1957 telah dikibarkan
mengantikan “Union Jack” dan hari ini setelah dikemaskini dan diperbaiki, “Jalur
Gemilang” berkibar sebagai panji-panji Negara yang kita kasihi.Ini bukan soal politik Umno atau PAS, BN atau PR, ini soal jati diri dan patrotisma terhadap Negara oleh rakyat Malaysia keseluruhannya.
Saya secara peribadi tidak boleh terima cadangan Hishamuddin
Rais itu, dan wajarlah jika da peraturan dan undang-undang, beliau diambil
tindakan kerana menghina panji kebangaan Negara.
Sementara itu PAS sendiri pernah aktif terlibat dalam Parlimen
penggal pertama 1959, apabila berbahas menetapkan “bunga kebangsaan” Negara
pada 20 Jun 1961. Dalam “Memoir Khatijah Sidek” (Ketua Kaum Ibu Umno yang
kemudiannya menjadi ahli Parlimen wanita pertama dari PAS) , beliau menulis
bahawa PAS mencadangkan bunga orkid Kinta sebagai bunga Kebangsaan, tetapi
ditolak. “Bunga Raya” telah diterima sebagai bunga kebangsaan.
Ini menujukkan sebagaimana bendera Malaysia, bunga
kebangsaan juga melalui proses penyertaan rakyat dalam memutus dan menerima
yang terbaik dari kalangan cadangan yang ada.
Oleh itu wajarlah kita menerima apa yang telah diputuskan
oleh mereka yang terdahulu dari kita dengan hati yang terbuka. Jangan jadi
pencetus “porak-peranda” sedangkan hidup kita sendiri pun kelihatan kusut dan
tidak terurus .
4 comments:
jangan terlalu bangga sangat dengan bendera patut padan sudahlah itu hanya satu lambang ciptaan manusia yang Allah cipta tak ramai yang bersemangat nak pertahankan
Bendera ini menjadi lambing atau symbol perjuangan manusia sejak zaman berzaman. Dari para Nabi sehingga para sahabat dan Negara-Negara malah di Hari Akhirat pun kita akan menurut panji-panji yang ditentukan.
kalau hidup didunya ikut perintah Allah sudah tentu diakhirat akan bersama kumpulan yang diredoi Allah. tak ramai manusia yng tunduk dengan perintah Allah tapi ramai tunduk kat benda lain masa didunya ni
Kalau sang saka Malaysia yang dipegang oleh hishamudin rais itu warnanya hijau putih, sampai kiamat pun saya tak setuju dengan abg lan.... He..he...
Post a Comment