Kadangkala apa yang dikatakan sesungguhnya bertentangan dengan fakta dan malah prinsip perjuangan tetapi demi mahu popular demi mahu dilihat “jaguh” demi mahu dilihat “terbuka” konon-kononnya, ada pemimpin yang sanggup begitu.
Isu bekas Setiuasaha Parti Kominis Malaya atau mendiang Chin
Peng, yang meninggal dunia pada tanggal 16 September baru-baru ini di Bangkok
terus hangat dipermainkan. Upacara menghormati mayat mendiang dihadiri oleh
beberapa pemimpin politik Malaysia termasuklah dari PAS. Dan dalam Negara pemimpin-pemimpin
politik yang bermain atas sentimen semasa, menuntut agar abu mayat mendiang
dibenarkan dibawa kembali ke tanah air untuk dimakamkan di kampong kelahirannya
di Perak. Tuntutan ini turut disuarakan oleh satu dua pemimpin PAS.
Bagi yang berjuang atas landasan sosialisma, nasionalisma
atau apa sahaja, jika mereka simpati pada mendiang Chin Peng dan PKM kita
mungkin boleh faham, tetapi apabila pemimpin gerakan Islam turut memberikan sentimen
yang sama, kita jadi bimbang dan malahan kesal, bagaimana boleh jadi begini.
Mengapa harus kita tiba-tiba simpati pada mereka yang pada
asasnya berjuang mewujudkan sebuah Negara komunisma mirip Kominis Cina?
Bukankah pejuang-pejuang Islam di merata dunia bangkit mempertahankan tanahair
mereka dari dinodai oleh anasir yang berjuang ideologi sesat ini? Ketika
Mujahideen Afghanistan berjuang menentang regim Babrak Karmal dan kemudiannya
Najibullah Amin yang merupakan boneka Soviet Rusia yang kominis itu, kita di
sini bangkit menyokong, menghantar dana dan bantuan malah ada yang lolos masuk
ke sana berjuang bersama mereka.
Elok sahaja pemimpin nombor satu kominis di Malaysia mati,
kita tiba-tiba beria-ia simpati, sewenang-wenang mengampunkan segala dosanya termasuklah
membunuh ribuan anggota keselamatan dan orang awam tidak termasuk harta benda.
Tidak cukup dengan serangan dan tindakan gurila di hutan PKM
yang dikepalai mendiang Chin Peng ketika itu turut mahu mencetuskan huru-hara
di bandar. Terakhir kalau kita sudah lupa pada tahun 1975 pengganas PKM telah
melontarkan bom tangan ke Kem Pasukan Polis Hutan (PPH) di Jalan Pekeliling,
Kuala Lumpur (berhampiran pejabat Harakah hari ini) membunuh dua anggota yang
sedang berbaris dan mencederakan 41 yang lain.
Sebelum itu 6 Jun 1974 Ketua Polis Negara Allahyarham Tan
Sri Abd Rahman Hashim ditembak mati di Kuala Lumpur dan kemudiannya 13 November
1975 Ketua Polis Perak Tan Sri Khoo Chong Kong ditembak mati di Ipoh, Perak.
Kedua-dua kejadian dilakukan oleh pengganas PKM yang
diketuai Chin Peng.
Kalau pun kita mahu meraih populariti, terfikirkah kita akan
perasaan balu dan anak-anak serta kaum keluarga ribuan mereka yang terkorban
itu akibat keganasan parti “haram” yang diketuai mendiang Chin Peng? Apa
istimewa dan hebat sangat ketua pengganas ini sehingga kita mahu menyanjung
beliau dan acap kali seakan tiada perkara besar yang lebih penting melainkan
meratib nama beliau?!
Ya mungkin kita tidak menganuti ideologi sesat itu tetapi
sekadar simpati atas dasar perikemanusiaan, tetapi sebagai seorang pejuang
Islam lupakah kita bahawa kita ditarbiah bahawa cenderung (sudah semestinya
termasuklah simpati) pada yang zalim akan mengakibatkan kita nanti disambar api
neraka. Atau kita yakin bahawa mendiang Chin Peng terkecuali dari peraturan
ini?!
Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dalam Kuliah Jumaatnya di Masjid Rusila pada 4 April 2008 ada
menyatakan:
Ada manusia yang
menerima akidah secara membuta tuli bukan secara mengkaji. Adakala mereka
berhujah berdasarkan pegangan nenek moyang semata-mata tanpa mengkaji sumber
yang benar dari satu masa ke satu masa mengikut perkembangan. Penyelewengan
boleh berubah cara dan ikutan. Ini dibuktikan dengan kenyataan Allah dalam
surah az-Zukhruf, ayat 22:
“Bahkan mereka itu
berkata, “sesungguhnya kami mendapati datuk nenek moyang kami menurut satu
jalan agama dan sesungguhnya kami beroleh petunjuk menurut jejak langkah mereka
sahaja.”
Kadang-kadang, mereka
tidak kenal fahaman-fahaman baru kerana namanya tidak pernah disebut dalam
kitab-kitab zaman dahulu. Ini kerana fahaman-fahaman baru ini tidak ada pada zaman
pengarang kitab-kitab ini. Namun al-Quran dan hadis Nabi Muhammad tetap
mendedahkan secara teliti sebagai bekalan umat Islam.
Isu akidah tidak boleh
dicuba-cuba atau diagak-agak. Ia tidak boleh dipilih sesuka hati kerana ia
bergantung pada nasib yang memerlukan petunjuk Allah dan wahyunya. Ia juga
menentukan nasib mereka di akhirat sama ada ke syurga atau negara. Ia adalah
keputusan yang tidak boleh dipertikai dan diminta supaya kembali ke dunia.
Mudah-mudahan, Allah
mengurniakan iman dan kekuatannya serta bersikap yang tegas pada
perkara-perkara yang bercanggah dengan iman. Fahaman yang bercanggah meliputi
fahaman yang pupus, yang masih berselerakan dalam masyarakat atau yang bakal
tercetus. Semoga Allah memelihara umat Islam daripada fitnah di dunia, di alam
kubur dan hari kebangkitan semula.
Dalam kehangatan isu Chin Peng ini kita terbaca ada mereka
yang tegar mendukung fahaman anutan Chin Peng itu cuba berhujah mempertahankan
dasar perjuangan mereka. Saya terbaca dalam satu blog pro kominis menulis:
Sebuah dokumen yang
dikeluarkan oleh PKM pada 29 April 1985 menyebut:
Dasar PKM ialah
menghormati kebebasan rakyat semua bangsa untuk menganut agama. Kepercayaan
agama di kalangan massa mempunyai punca masyarakatnya yang mendalam. Kebebasan
ini mesti dihormati. Hak penganut agama bagi melakukan kegiatan agama harus
dibela. Dasar parti kita ini ditegakkan di atas dasar asas pandangan ilmiah
Marxis yang kukuh. Dasar ini sekali-kali bukanlah satu siasat.
Dalam masalah agama,
anggota PKM mengikuti garis massa parti dan menyertai kegiatan agama massa
bangsanya sendiri. Komander dan perajurit Tentera Rakyat Malaya pula mempunyai
kebebasan melakukan kegiatan agama dan beramal ibadat.
Apakah sebenarnya asas pandangan ilmiah MARX terhadap agama?
Karl Marx yang diagungkan oleh PKM dan mereka yang mendukung perjuangannya ada menyatakan
dalam manuskripnya:
Religious suffering
is, at one and the same time, the expression of real suffering and a protest
against real suffering. Religion is the sigh of the oppressed creature, the
heart of a heartless world, and the soul of soulless conditions. It is the
opium of the people.
The abolition of
religion as the illusory happiness of the people is the demand for their real
happiness. To call on them to give up their illusions about their condition is
to call on them to give up a condition that requires illusions. The criticism
of religion is, therefore, in embryo, the criticism of that vale of tears of
which religion is the halo.
Criticism has plucked
the imaginary flowers on the chain not in order that man shall continue to bear
that chain without fantasy or consolation, but so that he shall throw off the
chain and pluck the living flower. The criticism of religion disillusions man,
so that he will think, act, and fashion his reality like a man who has
discarded his illusions and regained his senses, so that he will move around
himself as his own true Sun. Religion is only the illusory Sun which revolves
around man as long as he does not revolve around himself. (Kar Marx :Critique
of Hegel's Philosophy of Right)
Agama itu candu buat rakyat. Itulah fahaman Marx.
Menghapuskan agama itulah sebenarnya hakikat kebahagian kerana agama dilihat
mengongkong rakyat dengan pelbagai ketrbatasan. Agama itu sebenarnya sekadar
khayalan yang melekakan. Rakyat perlu dipisahkan dari agama…..itulah pandangan
ilmiah MARX terhadap agama. Bayangkan apa terjadi kiranya kita bebas Merdeka
bawah PKM!!!
Vladimir Lenin seorang lagi pemimpin komunis Rusia yang
disanjung PKM dan semua penganut ideologi komunsima pula pernah menulis:
Religion is the opium
of the people: this saying of Marx is the cornerstone of the entire ideology of
Marxism about religion. All modern religions and churches, all and of every kind
of religious organizations are always considered by Marxism as the organs of
bourgeois reaction, used for the protection of the exploitation and the
stupefaction of the working class (About the attitude of the working party
toward the religion)
Lenin menegaskan bahawa ungkapan “Agama itu adalah candu buat
rakyat” merupakan asas penting keseluruhan fahaman MARXISMA terhadap agama.
Lalu kita yang Islam ini boleh senang-senang pandang sebelah mata, dan hari ini
mahu menyanjung pejuang nombor satu ideologi ini, subhanallah.
Dr Amini Amir Abdullah (UPM) menulis:
Fahaman komunis
berkait rapat dengan atheisme iaitu satu fahaman yang tidak mempercayai
kewujudan Tuhan atau kuasa agung. Golongan ini juga dikenali sebagai golongan
mulhid. Bahkan boleh dikatakan benar juga bahawa atheisme berkait rapat dengan
sekularisme. Ramai manusia sekarang ini mengaku mereka tidak bertuhan dan ada
juga yang mengaku sebagai free thinker. Kemerbahayaan atheisme sudah mula
menapak. 15% penduduk dunia dikatakan berfahaman atheis. Orang atheis tidak
percayakan kewujudan Tuhan. Dalam konteks Malaysia, orang atheis tidak layak
untuk menjadi warganegara negara ini kerana berlawanan dengan semangat dan
falsafah Rukun Negara yang menyatakan kepercayaan kepada Tuhan sebagai tunggak
utamanya.
Fahaman komunis juga
percaya bahawa kehidupan tidak berkait dengan kerohanian dan keagamaan.
Justeru, mereka berpegang kepada fahaman materialisme bahawa material itu
menentukan segala-galanya dan agama tidak mempunyai signifikan dalam kehidupan.
Komunisme juga menafikan hak milik individu dalam sesebua Negara berkaitan
dengan aset, harta, tanah, bangunan dan seumpamanya. Mereka menyatakan bahawa
dalam sesebuah negara, semua elemen ini adalah milik negara ataupun pemerintah.
Pihak komunis juga
percaya bahawa semua hasil bumi dan sumber-sumber alam dalam sesebuah negara
adalah hak milik negara dan bukannya individu. Komunisme juga
mengagung-agungkan teori Lenin mengenai gaji bahawa seseorang boleh berusaha
mencari duit mengikut kemampuannya tetapi mesti diagihkan kepada mereka yang
memerlukan. Mereka juga mengagung-agungkan prinsip Machiavelli iaitu ‘matlamat
menghalalkan cara’.
Abdul Qadir Djaelani (ahli DPR Pepublik Indonesia) dalam
kertasnya bertajuk “Komunisma musuh Islam sepanjang sejarah” diterbitkan oleh
Yayasan Pengkajian Islam Madinah Munawarrah 17 Mei 2000 menulis:
Dari uraian yang cukup
panjang, tergambar dengan jelas bahwa Komunisme/Marxisme-Leninisme adalah
sistem ideologi yang disusun asal jadi, sehingga unsur-unsurnya saling bertentangan
satu dengan yang lainnya. Akibatnya, penerapan Komunisme di negara-negara
Komunis, bukan saja gagal dalam mewujudkan "syurga di dunia",
"masyarakat sama-rasa sama-rata", tetapi malah membawa malapetaka:
pembunuhan, kerja paksa, ketakutan dan kelaparan.
Selanjutnya, secara
pasti Komunisme/Marxisme-Leninisme di semua dimensi bertentangan diametral
dengan Islam. Karenanya sikap dan rasa permusuhan antara kaum Komunis dengan
umat Islam berjalan di sepanjang sejarah tanpa henti. (sila rujuk – http://serbasejarah.files.wordpress.com/2010/02/komunisme-musuh-islam-sepanjang-sejarah.pdf
Berbalik kepada pengalaman di Afghanistan, semasa
pemerintahan regim boneka komunis Rusia, Najibullah Amin di Afghanistan (yang
akhirnya digulingkan oleh puak Mujahideen Afghanistan) , demi meraih sokongan
rakyat, beliau telah mengisytiharkan Afghanistan sebagain sebuah Negara Islam
pada tahun 1990 dengan memasukkan dalam Artikel 1 perlembagaan Negara tersebut
bahawa “Afghanistan adalah sebuah Negara Islam”. Namun Mujahideen Afghanistan
tidak dapat menerimanya kerana Najibullah terus dianggap seorang komunis.
Apa berlaku pada Najibullah? :
Najibullah was at the UN compound when the Taliban soldiers
came for him on 27 September 1996. He was castrated before the Taliban dragged
him to death behind a truck in the streets. His blood-soaked body was hung from
a traffic light. (Najibullah mati ditangan Mujahideen pada 27 September 1996,
dibunuh sebagai pengkhianat dan komunis).
Oleh itu kesimpulannya, saya merasakan tidak ada sebab
walaupun kononnya atas dasar simpati, orang yang berjuang atas dasar Islam
apalagi pemimpinnya meraikan tuntutan mendiang Chin Peng ini.
Biarlah abunya bertaburan di bumi Siam, dan semoga begitulah
juga bertaburan pupus dan hilang fahaman anti Islam yang zalim ini di tanahair
kita. Tutuplah bab Chin Peng dan PKM, bangkitlah kembali memperjuangkan Islam
sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan PAS.
Wallahualam.TAMBAHAN: (dizaman PKM aktif, Timbalan Presiden PAS menegaskan PAS menentang dan menolak komunisma ....... dizaman PKM dah mati lain pula)
Dalam perbahasan parlimen yang berlangsung pada 23 April 1960, Zulkifli Muhammad menegaskan bahawa perjuangan PAS menentang keras fahaman dan gerakan komunis yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam (Parlimentary Debates, 23 April 1960: 411). Pada 25 April 1960, beliau bukan sahaja mengkritik tindakan seorang menteri kabinet yang menuduh PAS cuba melengah-lengahkan undang-undang pencegahan komunis, bahkan menyindir menteri tersebut yang dilihat cuba menonjolkan semangat keislamannya (Parlimentary Debates, 23 April 1960: 491).
1 comment:
apa saja fahaman selain Islam tidak diterima oleh orang yang beriman kepada Allah.Islam agama yang mengajar cara hidup yang diredoi oleh Allah didunya ini.britis bawa apa ramai tak pertikai macamlah britis tu baik sangat dalam halus menyesatkan akidah umat Islam yang tak kuat iman.dulu dulu orang ramai tak kisah apa muslihat britis jajah negara ni sekarang sudah nampak terang disekeliling kita betapa ramai orang Islam tapi longgar iman.tak perlu sibuk sangat pasal cinpeng tu sudah berlalu era itu
Post a Comment