Terdapat beberapa larangan dan peraturan yang diperkenalkan
dalam Negara ini yang kalau kita perhatikan tidak diindah atau dipedulikan oleh
orang ramai. Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah ke sesuatu yang serius yang
apabila tidak dipatuhi memungkinkan berlaku mudarat yang besar ke atas diri dan
masyarakat.
Lantas pihak bertanggungjawab sesungguhnya perlu lebih
serius dan kuat dalam aspek penguatkuasaan demi melindungi kepentingan ramai.
Di Australia, mahkamah tertingginya baru sahaja menolak
bantahan syarikat-syarikat pengeluar rokok terhadap peraturan baru yang mahu
diperkenalkan oleh pihak berkuasanya iaitu melarang syarikat-syarikat pengeluar
rokok dari memperagakan logo masing-masing di kotak rokok keluaran mereka.
Menurut peraturan itu kotak-kotak rokok di Australia kelak akan hanya
mempamirkan gambara seperti berikut, tanpa sebarang logo pengeluarnya (selain
hanya nama jenama):
Agak-agak bila Malaysia mahu ikut jejak langkah Negara berkenaan?
Hari ini walaupun pelbagai larangan untuk mengawal tabiat
buruk ini di Malaysia kesannya dingin. Bersepah masih merokok di Komplek Beli
Belah malah Hospital dan pejabat kerajaan sedangkan kempen besar-besaran telah
dilancar (termasuk di masjid).Berubahlah!
No comments:
Post a Comment