Di ambang 1 Syawal iaitu Hari Raya Eidul Fitri sudah
semestinya umat Islam sibuk membuat persediaan menghadapi hari kemenangan itu.
Selain mempertingkatkan ibadah kerana berada pada 10 malam terkahir iaitu
tempoh pelepasan dari azab api neraka, persiapan baju Raya, kuih dan lain-lain
juga sedang sibuk diatur.
Cumanya setiap kali mahu Raya juga maka ketika itulah kita
juga didedahkan dengan kemalangan-kemalangan berpunca dari permainan bungapi
dan mercun.
Contohnya dalam NST hari ini:
KOTA BARU: A 22-year-old man may probably lose sight in the
right eye while a 15-year-old female student suffered serious injuries to the
thighs in two separate firecracker explosions today.
Mohd Azril Norahaidi,
22, from Kampung Gaung here seriously injured his right eye when 20 ball
firecrackers, which were set to dry a zinc roof at his father's home in Kampung
Paloh, Pasir Mas, exploded at about 11am.
Kita seolah tidak berdaya mengatasi masalah ini sedangkan
yang anehnya Kerajaan Malayasia telah mengharamkan pengimportan bungapi dan
mercun sejak tahun 90an lagi iaitu selepas tragedy letupan kilang bungapi
Bright Sparklers di Sungai Buloh tahun 1991!!!
Ini bermakna tidak ada mana-mana syarikat atau individu
dibenarkan memohon lesen impot barangan ini. Lantas bagaimana kalau sudah ada
pengharaman seumpama itu, masih ada anak-anak termasuk orang dewasa yang
tercedera akibat bermain bungapi dan mercun ini???
Beberapa hari lalu dilaporkan para penguatkuasa DBKL
dibelasah oleh beberapa individu yang menjual bungapi dan mercun di Jalan
Masjid India secara haram.
Siapa yang bersalah dalam hal ini?
Dalam Harian Metro semalam dilaporkan warga Malaysia sanggup
menyeludup masuk bungapi dan mercun dari Thailand kerana ia membawa pulangan
yang lumayan. Seorang penyeludup dilaporkan berkata bahawa penyelusdup
kecil-kecilan dipanggil “semut” manakala yang besar dipanggil “tauke kapal”!
Tidurkah para pegawai dan agensi penguatkuasa kita di
sempadan?!
Kalau bungapi dan mercun dengan mudah diseludup masuk,
bagaimana agaknya senjatapi dan dadah???
Pihak kerajaan perlu tegas mengatasi masalah kelonggaran
ini. Jika ada sehingga peringkat “tauke kapal” sudah pasti ada elemen rasuah
yang terlibat di sempadan masuk Negara kita. Janganlah kerana mahu senang
secara haram, akibatnya barang haram ini bolos masuk dan anak-anak bangsa
kemalangan secara sia-sia.
Pengharaman ini mesti dituruti dengan penguatkuasaan yang
ketat, jika bolos serupa ini, lebi baik kita benarkan sahaja pengimportan bahan
ini sekurang-kurangnya kerajaan dapat pungut duti impot dan cukai!
No comments:
Post a Comment