Semalam semasa bersiar-siar di Kuala Lumpur saya terserempak
dengan rakan lama yang sama-sama ber “blog” sekian lama iaitu “Sang Kelembai”
ataupun Sdr Zaharin Mohd Yasin. Lama saya kira tidak berjumpa dengan beliau,
dipertemukan Allah dalam bulan Ramadhan.
Walaupun kami mungkin berbeza fahaman politik tetapi beliau
sebagaimana beberapa kalangan rakan-rakan blogger kami yang lain tidaklah
ekstrim sehingga tiada ruang untuk bertegur –sapa dan beramah mesra sebagaimana
manusia normal. Malah kami boleh duduk minum teh bersama tanpa perlu
menyinggung atau menyakit-nyakitkan hati, yang penting maruah dan silaturhim
perlu dijaga."Sang Kelembai" |
Memang sebagai blogger “style” penulisan kita mencerminkan
akhlak dan peribadi kita. Ada yang mahu cepat popular lalu meletakkan dirinya
bebas dari sebarang pantang larang, adab dan akhlak, ringan membuahkan
kata-kata kesat, nista malah carutan kerana yang penting orang suka baca dan
aku jadi terkenal.
Ada yang sudi menabur fitnah dan mereka-reka cerita, kerana semata-mata
mahu mengejar “hits” dan mahu jadi jaguh sensasi.
Saya mula ber “blog” pada 20 haribulan Mei 2004 iaitu lebih
8 tahun dahulu dan saya mengenakan disiplin sendiri ke atas diri saya: jangan tabur
fitnah, jangan maki-hamun, jangan lucah dan alhmadulillah walaupun mungkin
tidaklah sepopular mana blog saya ini namun saya mencapai kepuasan di dalam
setiap posting saya dan yang pentingnya saya merasakan yang saya telah
menyumbang ke arah jalan kebaikan dan kebajikan mengharapkan redha Allah swt.
Kita lihat hari ini blogger ada yang diheret ke mahkamah da
nada yang dipenjara gara-gara menyalahi undang-undang, menyinggung perasaan dan
mengaibkan orang.
Kita perlu berani menyatakan kebenaran, berjuang bebaskan
diri dari kepompong kezaliman tapi jangan sekali-kali menabur fitnah dan
menyemarkkan benci dan hasad dengki. Jadilah seorang yang bertanggungjawab,
seorang yang berani kerana Allah dan tidak sekali-kali menulis sehingga
melanggar adab dan peraturan yang diteapkan Nya.
Memang mudah menulis dan menulis mudah menjadi popular,
tetapi bagi saya biarlah juga nanti mudah dan popular di Hari Akhirat.
Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Eidul Fitri Abang
Zaharin dan rakan-rakan blogger yang lain serta seluruh pengunjung blog ini.
No comments:
Post a Comment