Jawatan politik biasanya dimenangi melalui pemilihan dalam
parti. Seorang menjadi pemimpin parti apabila ahli-ahli parti atau perwakilan
parti berkenaan memberikan mandat kepadanya. Dalam erti kata lain sebagaimana
wakil rakyat yang diberi mandat oleh rakyat, pemimpin parti politik juga
memegang ,mandat melalui kepercayaan ahli-ahli para perwakilan partinya.
Saya terpanggil untuk memberikan komen dalam blog saya ini
apabila melihat seakan ada suatu trend yang kurang sihat berlaku dalam politik Negara
kita. Ia menjadi kurang sihat apabila kewibawaan seseorang yang berjawatan
melalui mandat ahli partinya dipertikaikan apabila beliau bersuara.
Bukan mahu terbabit dengan isi yang dipertikaikan tetapi
saya lebih berminat kepada soal prinsip. Mengapa apabila seorang Timbalan
Presiden parti bersuara, ,ereka yang tidak senang dengan suaranya itu
mempertikaikan sehingga mencabar kewibawaan.
Bila agaknya seorang Presiden atau Timbalan Presiden parti
boleh bersuara atau memberi ulasan? Setelah bermesyuarat jawatankuasa tertinggi
parti?
Banyak sangat melatah nampaknya dalam politik kita
kebelakangna ini.
Dan dalam kekalutan itu seorang Setiausaha Agung pula dengan
selamba “bermandat” pula memberi ulasan mengkritik Timbalan Presiden yang bukan
dari partinya! Yang kita tahu jawatan Setiausaha Agung parti bukan jawatan yang
dipilih oleh perwakilan kecuali ditunjuk oleh Presiden parti, boleh pula dia
gunakan jawatannya itu untuk mengulas dan mengkritik seorang yang dipilih
perwakilan?!
Bagi saya Sdr Azmin Ali selaku Timbalan Presiden partinya “has
every right” untuk membuat ulasan dan komentar atas kapasiti jawatannya,
kalaulah kenyataannya itu tergelincir dari landasan partinya, biarlah
pemimpinnya dalam hal ini Presiden parti yang menegur, bukankah molek dan lancer
kalau begitu.
Tiada yang”malaikat” dalam parti politik, semuanya boleh
bersuara ditegur dan menegur, memberi komen dan dikomen.“Move on” lah banyak lagi kerja lain.
No comments:
Post a Comment