Sedang saya mengirim “posting” ini CNN dan Al Jazeera sedang menayangkan secara langsung sidang tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang membincangkan isu di Libya.
Keputusannya dengan undian 10 menyokong 0 menentang dan 5 berkecuali (termasuk Jerman), Majlis Keselamatan PBB bersetuju mengenakan larangan zon penerbangan atau “no fly zone” ke atas Libya. Ini bermakna sebarang pesawat samada tentera atau awam tidak dibenarkan terbang di ruang angkasa Libya. Sebarang pelanggaran larangan boleh mengakibatkan PBB melalui Negara-negara tertentu khasnya AS dan Perancis menghantar pesawat tentera masing-masing untuk mengambil tindakan penguatkuasaan termasuk menembak jatuh pesawat berkenaan atau memaksanya turun.
Wakil AS, Susan Rice, yang berucap menyokong cadangan Perancis itu menyebut:
The future of Libya should be decided by the peole of Libya (Masa depan Libya sewajarnya ditentukan oleh rakyat Libya)
Sekali lagi kita menyaksikan campurtangan PBB dan kuasa asing dalam urusan Negara lain. Sememangnya disaat ini simpati dunia adalah terhadap rakyat Libya yang sememangnya ditindas sekian lama oleh regim kuku besi Gadaffi.
Saya yakin ramai yang menyokong keputusan PBB ini demi membela dan mempertahankan nasib rakyat Libya.
Tetapi dalam hal yang lain mengapa hanya Libya? Ketika huru-hara berlaku di Korea Utara, sehingga serangan udara dilancarkan oleh Negara Fasis Kominis itu ke atas Korea Selatan tiada tindakan seperti ini diambil. Apa istimewanya regim Korea Utara berbanding Gadaffi?
Begitu juga kita pernah menyaksikan keganasan regim Kominis Cina terhadap rakyatnya terakhir terhadap kebangkitan pro demokrasi dan sebelumnya penindasan terhadap rakyat Tibet, mengapa tiada sidang tergempar Majlis Keselamatan PBB ketika itu?
Terbaru terdengar keganasan juga berlaku di Saudi, beranikah Perancis dan AS kenakan "No fly zone" di sana?
Ternyata badan dunia ini juga terkadang kelihatan berat sebelah dengan hanya didominasi oleh Negara-negera kuasa besar tertentu yang mahu mencorakkan politik dunia. Pentafsiran dan kemahuan mereka mengatasai dan mendahului pandangan mana-mana pihak lain. Kacaunya dunia!
1 comment:
You can't be drastic with North Korea because they have 11000 missiles aimed at Seoul will will flatten Seoul should USA or Japan try to invade it.
As for China, it does have veto power in the security council, so, duh, the security council is not going to ever sanction China.
As for Libya, the people's uprising does not include fighter jets. A no fly zone only hurts Gaddafi, not the people.
I'm glad that foreign forces are not entering to topple the government in Libya.
Yes, there is double standards in the world. But if you had the means, and if your country is being threatened with violence/terrorist attacks, won't you also pre-empt, even if it means invading?
Post a Comment