Wednesday, March 09, 2011

PAS pertahan haram judi Umno tolak

Keputusan kerajaan Kelantan mengharamkan lesen premis judi yang terletak di bawah kuasa PBT telah dilakukan sejak lebih 20 tahun lalu ketika menang dalam Pilihanraya Umum 1990. Lesen perjudian dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kewangan, dengan lesen berkenaan pengusaha terpaksa mendapatkan pula lesen premis perniagaan bagi menjalankan perniagaannya itu.

Kerajaan negeri Kelantan memperkenalkan pengharaman berkenaan selaras dengan hukum Islam.

Terbaru terdapat insiden dimana premis perniagaan didapati menjual tiket loteri “Bigsweep” iaitu suatu loteri perjudian di Kota Bharu. Pihak penguatkuasa MPKB-BI bertindak merampas loteri berkenaan dan mengeluarkan saman.

Insiden ini telah mencetuskan kontroversi khasnya dikalangan pimpinan MCA dan DAP. Bagi pemimpin yang bukan Islam memanglah lumrah bagi mereka membantah dan mempertahankan kegiatan haram itu walaupun ada juga dikalangan mereka yang menyokong.

Masalahnya apabila orang Melayu Islam, apalagi pemimpin kanan Negara bertindak menyokong aktiviti haram ini. Kenyataan Timbalan Presiden Umno yang juga TPM yang terbit dalam akhbar tempatan hari ini sangat malang buat Islam.

“We leave it to non-Muslims to evaluate PAS’ attitude on the matter but this reflects the party’s attitude towards non-Muslims,”

PAS berkuasa di Kelantan pada tahun 1990 dahulu dan Kelantan sebagaimana umum mengetahui majoriti penduduknya lebih 90% adalah Muslim. Menjadi tanggungjawab pemimpin Muslim menjaga maslahah dan kepentingan rakyat khasnya yang majoriti. Islam mengharamkan judi, dengan kuasa yang ada padanya kerajaan negeri mampu melaksanakan pengharaman ityu dan ia dilaksanakan.

Sepatutnya Muhyuddin menyojkong tindakan ini dan tidak mengeruhkan suasana. Sepatutnya negeri-negeri lain khasnya yang majoriti Melayu di bawah anungan Umno turut sama melaksanakan pengharaman ini kalaulah benar kita memperjuangkan Islam.

Rakyat bukan Islam di Kelantan telah pun diberikan penerangan lebih 20 tahun lalu ketika pengharaman ini dibuat. Judi ini merosakkan masyarakat dan institusi keluarga, bukan hanya orang Islam tetapi semua rakyat. Sesuatu yang merosakkan tidak harus mempunyai nilai hak, sebagaimana dadah yang merosakkan tidak diberikan hak kepada sesiapa untuk menuntutnya.

PAS perlu tegas mempertahankan perkara ini. Biar Islam nampak konsisten dan teguh dalam hal ini, biar kita dihormati kerana berpegang pada prinsip walaupun pemimpin Umno curang dan sesat.

2 comments:

Unknown said...

salam..linkkan blog sy http://addin77.blogspot.com.,blog tuan dh dilinkkan..t.kasih

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum. Setelah banyak kali saya mengunjungi blog Saudara, memang saya tertanya-tanya kenapa saudara tidak mengemaskini blog saudara. Agak hairan bagi saya kerana sebelum ini saudara tidak begitu.

Tertanya juga adakah saudara tidak sihat atau ada perkara-perkara yang memberi masalah kepada saudara sehingga saudara tidak mengemaskini blog saudara.

Saya juga terfikir adakah saudara terikut-ikut dengan kebanyakan bloger pro PR yang juga seolah lesu dalam mengemaskini blog mereka.

Kini Alhamdulillah, saya telah dapat mengikuti kembali posting saudara dan terasa seronok benar dengan posting-posting saudara.

Untuk makluman, blog saudaralah yang pertama sekali saya kunjungi dan dari blog saudaralah saya mengenali blog-blog lain khususnya MSO, Nik Abduh dan banyak lagi.

Tambahan pula, kedudukan saudara sebagai Ketua Penerangan PAS Selangor, maka blog saudara harus aktif.

saya juga mengalu-alukan andai saudara menyiarkan tulisan saudara dalam Siasah kerana dengan keadaan saya maka saya boleh membacanya tanpa mencari bantuan orang. Lambat dua minggu pun tak apa.

Terima kasih dan tahniah buat Saudara Roslan.