Kelantan akhirnya memutuskan jualan loteri “bigsweep” yang dijual di premis selain premis judi (yang telah pun diharamkan sejak 1990) di negeri Seramvi Mekah itu juga haram. Ini menurut pandangan Penasihat Undang-undang Negeri. Sebelum ini berlaku kontroversi apabila beberapa anggota penguatkuasa MPKB-BI (Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam) merampas tiket-tiket loteri “bigsweep” yang dijual di beberapa premis termasuk kedai buku di negeri berkenaan.
Beberapa kalangan telah membangkitkan adakah tindakan pegawai MPKB-BI itu sah dan malah ia dibincangkan diperingkat Pakatan Rakyat. Akhirnya kerajaan negeri memutuskan melalui kenyataan Tok Guru Menteri Besar bahawa isu teknikal ini akan dirujuk kepada Penasihat Undang-undang Negeri untuk ulasan dan pandangan.
Pandangan yang diberikan: tindakan kerajaan negeri itu sah.
Sesungguhnya tidak sia-sialah slogan Membangun Bersama Islam yang didukung oleh kerajaan negeri sejak PAS kemabli memerintah Kelantan pada tahun 1990 dahulu. Semoga Islam terus menjadi pedoman, naungan dan ikutan kerajaan negeri sehingga ia menjadi kebangaan negeri-negeri lain dan akhirnya menjadi ikutan insyallah.
Benarlah firman Allah swt al Ahzab:36 -
“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.”
An Nisa’ : 65 –
“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.”
Ikhtiar yang diambil untuk menguatkuasakan pengharaman judi seperti di Kelantan ini bukan tugas dan tanggungjawab PAS sahaja, ia tugas dan tanggungjawab semua. Saya kesal apabila ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam respon spontannya terhadap perkembangan ini menyatakan bahawa tindakan Kelantan itu gopoh (hasty).
Tak mengapalah jika MCA atau Karpal yang tidak diberikan hidayah itu membantah tetapi orang Islam mengapa begitu? Fikir-fikirkanlah.
No comments:
Post a Comment