Saturday, March 05, 2011

Roslan SMS Corner kembali dikemaskini........

Maaf sudah lama tidak kemaskini blog ini. Saya ditegur baru-baru ini dalam sebuah program tamrin di Shah Alam oleh seorang Muslimat, mengapa lama tak update? Dan pagi tadi saya menerima panggilan dari seorang pengunjung setia, bertanyakan adakah apa-apa masalah yang menimpa diri saya sehingga tidak mengemaskini blog ini. Saya terharu dan malah nyatakan pada beliau kebetulan memang saya berniat mahu melakukannya mulai hari ini.

Terima kasihlah kepada para pengunjung yang prihatin, samada yang saya kenali mahupun tidak.

Tiada alasan yang kukuh dapat saya berikan selain terlalu tertumpu kepada kerja-kerja lain sehingga tidak terbangkit selera untuk mengemaskini. Mungkin perkembangan sejak kebelakangan ini juga turut menyumbang dalam membunuh keinginan menulis, namun sebenarnya saya mencuri masa juga menulis dan tulisan itu saya sumbangkan kepada sahabat saya Sdr MSO untuk dimuatkan dalam akhbar mingguannya SIASAH. Itupun minggu baru ini saya terlepas “dateline”.

Apa pun hari ini kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melancakan Karnival Sambutan Tiga Tahun kerajaan PR Selangor bertempat di Stadium Melawati Shah Alam.

Telah tiga tahun kerajaan baru Selangor yang dianggotai PAS, PKR dan DAP diberikan amanah memerintah negeri bertuah ini sejak berjaya menumbangkan kerajaan BN diterajui Umno pada 8 Mac 2008 lalu.

Lantas perayaan ini membuatkan saya terpanggil untuk terus menghidupkan kembali blog ini mudah-mudahan apa sahaja sumbangan dapat diberikan dengan harapan kerajaan pilihan rakyat ini akan terus kekal memerintah untuk penggal-penggal seterusnya. Jangan lagi BN dan Umno yang pincang dan tempang itu kembali berkuasa memunahkan negeri ini sebagaimana sebelumnya.

Sekali lagi terima kasih kepada semua pengunjung yang setia insyallah blog ini akan hidup seperti biasa mulai hari ini.

Insyallah saya akan turut memuatkan artikel-artikel saya dalam SIASAH di sini bagi mereka yang tidak dapat memperolehi naskha akhbar berkeaan.

1 comment:

anakzaman said...

Tuan

Tahniah tuan telah memulakan semula blog ini.

Apa yang penting tuan dapat mencatatkan serba ringkas perkembangan kerajaan Selangor.

Kita tidak boleh mengharapkan berita kebaikan kerajaan Selangor melalui media Kerajaan Malaysia.

Sejak memenangi piliharaya hingga sekarang belum ada penyiaran berita kebaikan kerajaan selangor dikeluarakan dan diulas melalui media kerajaan Malaysia.

Dengan mode yang tuan tunjukkan hari ini semuga berterusan sikap ini demi peminat blog tuan.