Friday, January 07, 2011

Rakyat Selangor tidak akan diamkan tindakan diluar batasan demokrasi

Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang semalam mengeluarkan kenyataan bahawa kemelut perlantikan Setiausaha Kerajaan negeri Selangor, Khusrin Munawi, yang memintas hak kerajaan negeri sebagai suatu usaha yang tidak bertamadun dan di luar batas demokrasi.

Tambah Tuan Guru rampasan ini jugalah yang mereka telah lakukan di negeri Perak dengan menjadikan rakyat sebagai pertaruhannya.

Saya kira perkembangan ini sesuatu yang amat memalukan dan kerja-kerja jahat pihak Pusat menampakkan betapa mereka terus berusaha membelakangkan demokrasi demi memanjangkan nafsu politik mereka untuk merampas kuasa dari kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat.

Meletakkan seorang Setiausaha Kerajaan yang diragui kesetiannya serta mempunyai rekod yang tidak pernah baik dengan pentadbiran negeri sudah pastilah suatu perancangan jahat untuk menggagalkan kelnacaran pentadbiran kerajaan negeri.
Pusat sering menekankan darihal KPI dan integirit kononnya, tetapi mengapa dalam hal pemilihan Setiasauha Kerajaan Negeri di Selangor ini, calon-calon yang memiliki KPI yang lebih cemerlang, prestasi kerja yang baik, berkaliber dan komitmen kerja yang tinggi dikesampingkan dan yang dipilih adalah seorang yang corot kedudukannya?!

Khusrin dijangka menjadi duri dalam daging pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Kerajaan Negeri perlulah mewujudkan suatu mekanisma bagi memastikan beliau tidak diberikan ruang untuk menganggu dan mengacau aspirasi dan kehendak rakyat dan kerajaan negeri.
Rakyat Selangor kita yakin akan terus menghukum BN dalam PRU askan datang ini lantaran kerja-kerja jahat mereka itu.

2 comments:

Anonymous said...

Mereka2 yang membuat bising pasal isu perlantikan Dato' SS dan ketuanan Melayu seperti NGO Melayu dan Orang Besar Daerah tertentu, sememangnya sengaja buat kacau bilau agar imej pentadbiran Kerajaan Selangor sekarang dilihat seperti kucar kacir..macam orang besar daerah, salah seorang memang dah kaya..tuan tanah kedaung sekitar Kemensah Hulu kelang...kalau dikatakan fanatik ketuanan melayu, ada juga tanah2 diorang yang disub-con kepada bukan melayu...hipokrit punyer...tapi yakinlah, kalau x ada kerajaan Pakatan Rakyat sekarang ini, maka banyak kes-kes kerajaan negeri sebelum ini yang Rakyat Selangor tak tahu...kita harus bersyukur dengan kerajaan negeri sekarang...mungkin ada kelemahan tertentu...tapi masih banyak lagi ruang untuk memperbaikinya..sebagai rakyat Selangor, Pakatan Rakyat patut diberi peluang untuk memerintah kerajaan negeri dan pusat pada masa-masa akan datang kerana BN bukanlah parti yang 'maksum'...

Anonymous said...

Terdapat segelintir peg. kerajaan negeri yang mempengerusikan atau terlibat dalam mesyuarat tertentu di SUK S.Alam begitu berani mencampurkan unsur politik dan mengutuk Exco tertentu yang mungkin x sebulu dgn diorg, kalau di mesyuarat kerajaan negeri sebelum ini angkat muke pun x berani, lawan sikit akan ditukar atau diberi 'penyapu', sekarang ni berani pulak, harap pemimpin Pakatan Rakyat tengok2kan pegawai atau kakitangan yang x setia pada kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat Selangor...