2011: Selangor mesti makin berani dan tegas
2011 tiba dalam keadaan Selangor berhadapan dengan krisis terbesar setakat ini dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat yang baru berusia 2 tahun 10 bulan itu, iaitu isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Saya katakan “setakat ini” kerana sejak berjaya menelentangkan Umno dan BN di Selangor, pada PRU lalu, kerajaan ini tidak pernah sunyi dari pelbagai gangguan dan “sabotaj” luar dan dalam.
Kerajaan ini dibina dan dibangkitkan atas runtuhan kerajaan Umno BN melalui mandat besar dan berani dari rakyat Selangor. Umno yang sedang tidur lena dan kekenyangan ketika itu tetiba dikejutkan dari tidur asyik dan menggirukannya, tergamam bangkit terkejut, “kita kalah, kita hilang kuasa, kita bukan MB lagi!”.
Sampai hari ini Umno berterusan menyangkakan apa yang berlaku itu sekadar mimpi ngeri tetapi hakikatnya ia benar, ia laknat yang mereka tanggung lantaran kepincangan dan ketempangan mereka terhadap amanah rakyat selama ini.
Hari ini negeri termaju dan antara terkaya dalam Negara ini mahu digagalkan melalui cara-cara tidak demokratik. Apa sahaja asalkan rebah kerajaan ini dan dapat bangkit dan bernyawa semula ketuanan Umno di bumi Selangor ini.
Kerajaan Selangor terus memikul amanah ini walau kadangkala terpaksa mengheret dirinya melalui pelabagai halangan dan rintangan.
Kita telah menyaksikan penubuhan JKKKP ataupun Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan menyaingi JKKK negeri yang sah untuk kacau ganggu kelicinan pentadbiran negeri peringkat akar umbi. Kita juga berhadapan dengan segelintir kecil pegawai-pegawai kerajaan yang tidak professional, masih bercinta dengan Umno walaupun Umno di Selangor bukan kerajaan lagi.
Seorang Yang Dipertua Majlis Daerah contohnya bertugas seolah Umno masih “Tuan” nya. Segala pandangan dan teguran ahli-ahli majlis daerah berkenaan tidak dipedulikan. Segala kehendak dan kemahuan “Tuan-tuan” Umno nya dipatuhi dan ditaati.
Bagi yang seperti ini 2011 ini sepatutunya MB dan pentadbiran negeri rihatkan sahaja mereka ini. Mereka tidak iktiraf dan hargai kemahuan rakyat, mereka ini adalah duri dalam daging kerajaan pilihan rakyat!
Mana-mana pegawai kerajaan tak kiralah Penghulu, Pegawai Daerah, Yang Dipertua Majlis, Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah (PAID), Pengarah-pengarah yang tidak boleh professional, tidak boleh memisahkan antara ketaatan pada kerajaan yang memerintah dan kasih sayang pada Umno, bolehlah buat pilihan samada mahi berpolitik sepenuh masa atau kekal sebagai seorang kakitangan yang baik.
Selain itu kapitalis air di Selangor turut menunjukkan taring mahu menggagalkan kerajaan negeri. Projek penswastaan air di zaman BN dahulu kini menjadi beban besar pada rakyat. Kerajaan negeri yang prihatin dan berjiwa rakyat ini mahu mengambil-alih pengurusan air di Selanor, tetapi kapitalis air yang tidak bersukur itu mahu menentang dan mencabar.
2011 ini zaman untuk bertegas. Apa sahaja perubahan mesti melalui proses demokrasi, tunggulah pilihanraya mendatang, tetapi di luar tempoh itu ruang dan peluang mesti diberikan kepada kerajaan yang telah diberi mandat. Sebarang gangguan dikira “sabotaj” dan penderhakaan terhadap kerajaan ke Bawah DYMM Tuanku yang diangkat oleh rakyat.
Berbalik kepada isu SUK tadi, saya setuju dengan cadangan beberapa pakar undang-undang bahawa kiranya usaha murni kerajaan negeri iaitu menaikkan pegawai yang paling layak dan berkaliber di Selangor ke jawatan terkanan awam itu berhadapan dengan jalan buntu, maka kerajaan negeri perlu bawa perkara ini ke mahkamah. Inilah kehendak kerajaan dan rakyat negeri ini. Insyallah keadilan akan terserlah di sana nanti.
Semoga Allah membuka jalan, Amin. 2011 kerajaan ini mesti semakin berani dan ke hadapan menggalas kehendak dan amanah rakyat.
4 comments:
Saya tertanya2, adakah menjadi amalan KSN sejak dulu untuk melantik SUK negeri tanpa nerujuk kepada kerajaan negeri ? Adakah ia berlaku di semua negeri di Malaysia ?
Assalamu alaikum. Semakin berat ujian sesuatu kumpulan atau perjuangan maka semakin benarlah perjuangan itu kerana Rasulullah juga menghadapi ujian semakin hari semakin berat.
aku rasa mb khalid ibrahim bukan jenis manusia gila kuasa.
kalau mementingkan diri, tak payah dia bersusah payah menduduki kerusi panas tu.
mb khalid memang dah kaya sebelum menyertai pkr, dan dia akan lebih kaya kalau terus bersama umno-bn.
tapi, dia bukan manusia macam khir toyo berasal dari doktor gigi.
kaya kerana semua orang dah tau.
tentang kes suk ni, harap mb khalid lawan secukup-cukupnya.
kalau najib mau pertahankan putrajaya sampai ke titisan darah yang terakhir.
mb khalid pun harus berbuat demikian juga.
lawan hingga ke mahkamah.
tapi dengan cara sah, ikut perlembagaan.
kalau tak berjaya juga, mb khalid boleh letak jawatan mb tu tanda protes.
dengan cara ini mb khalid akan dipandang lebih mulia dan disegani ramai.
apabila pr menang dalam pru13 sudah pasti jawatan menteri kewangan dalam tangan.
buat sesuatu yang tegas dan berani, mb khalid ya.
rakyat selangor sentiasa berada dibelakangmu.
yang lain tu, kita serah pada allah yang maha kuasa.
Salam, sebenarnya, ramai pegawai kerajaan negeri atau PBT yang berlakon je..mereka ni masih lagi terikut2 masa zaman kerajaan sebelum ni...yang betul2 boleh ikut kerajaan sekarang, kakitangan baru yang diambil selepas MAC 2008...tapi apapun rakyat boleh nampak beza kerajaan dulu dan sekarang...kerajaan negeri sekarang lebih pro rakyat..yg dulu pro kroni ...pakatan rakyat teruskan perjuangan...
Post a Comment