Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor taat setia pada Sultan
Menteri Besar Selangor dan barisan EXCO kerajaan negeri Pakatan Rakyat hadir dalam majlis angkat sumpah di Istana Kayangan Shah Alam jam 10.00 pagi tadi.
Langkah untuk hadir majlis Ke Bawah DYMM Tuanku itu mencerminkan betapa kerajaan negeri hormat dan taat setia kepada Sultan Selangor selaku payung dan mahkota negeri. Isu persengketaan adalah antara kerajaan negeri dan KSN, kerajaan Pusat dan Khusrin.
Iktiraf tak iktiraf Khusrin selaku SUK lantikan Pusat adalah hak kerajaan negeri, kerajaan yang mendapat mandate dan kepercayaan dari rakyat Selangor.
Seronok tengok Umno dah pandai mengamalkan politik jalanan, berdemo ke sana ke mari, tak kah itu menjejaskan kehidupan masyarakat, mengancam ketenteraman dan menganggu perniagaan?
1 comment:
InsyaAllah... semua perkara tersebut menambahkan kredit kepada PR untuk mengekal seterusnya menambah kerusi DUN Selangor dimasa PRU13 nanti.
Mereka lupa.. rakyat Selangor telah bertambah celik dalam bidang IT.. segala info semua dicari di internet kerana media massa/cetak perdana tidak lagi dihati mereka.
www.utaraonline.net
Post a Comment