Wednesday, January 05, 2011

Minyak naik lagi: terima kasih BN!

Penuh ruangan media arus perdana dilimpahi dengan kontroversi perlantikan SUK yang baru di Selangor. Dalam pada itu para spekulator dan para pencetus adu-domba tak henti-henti mahu menangguk di air keroh. Perkataan durhaka dan biadap murah-murah dilontarkan di sini-sana.

Sementara itu bukan hanya rakyat di Selangor malah seluruh Malaysia dihadiahkan dengan kenaikan harga petrol dan minyak tanah mulai tengah malam tadi. Harga petrol RON97 naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter. Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Dis lalu, menjadikan RM2.30 seliter.

Begitulah nasib kita, sorong papan tarik papan jawatan SUK itu hal dan urusan kerajaan, bebanan kenaikan harga minyak ini adalah bebanan hidup yang terpaksa ditanggung suka tak suka oleh keseluruhan rakyat pengguna. Ini bukan sorong papan tarik papan, ini kehendak kerajaan Barisan Nasional yang memerintah di Pusat. Rakyat sedang sibuk mengikis dan mengorek apa sahaja simpanan yang ada menanggung beban sesi sekolah baru, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan hadiah baru ini setelah tak sampai sebulan harga minyak naik.

Maka tanggunglah atas kepala bahu kita bebanan tambahan ihsan dari kerajaan BN.

Rakyat mahu dilekakan dengan isu kontroversi di Selangor, tak sedar rupanya kocek mereka terbakar angkara BN.
Terima kasih BN

2 comments:

Anonymous said...

mcm mana yea dengan penyokong2 bn? setujukah mereka minyak naik harga? gembirakah mereka?

Anonymous said...

mereka akan sentiasa setuju dan gembira dengan apa yg kerajaan lakukan kerana kerajaan itulah pilihan mereka. ;)