Here I freely share my thoughts. Likewise please feel free to comment or criticize.
Tuesday, January 25, 2011
“Sidang DUN gagal” itulah tajuk pilihan Utusan Malaysia hari ini. Berita berkenaan merujuk kepada kegagalan Dewan Selangor semalam mendapatkan majoriti dua pertiga untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959.
Sebagaimana kita ketahui kerajaan negeri Selangor semalam berusaha meminda Perlembagaan Negeri iaitu Perkara 58 Fasal 5 (Bahagian 2) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa DYMM Tuanku Sultan Selangor dan MB Selangor dalam melantik 3 pegawai eksekutif negeri iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri, ketiga-tiga penjawat jawatan ini duduk dalam Mesyuarat EXCO Negeri.
Isu ini berbangkit ekoran perlantikan SUK yang baru iaitu Datuk Khusrin Munawi yang tidak melalui proses amalan biasa sebaliknya dicadang dan dikemukakan terus oleh kerajaan Pusat tanpa berbincang dengan kerajaan negeri yang telah pun mengambil inisiatif menyaring dan mengenal mpasti calon-calon yang paling baik dan layak menjawat jawatan tertinggi awam negeri ini.
Benar sidang DUN gagal meluluskan pindaan ini kerana setelah undian 34 menyokong manakala 20 menolak (satu tidak hadir kerana kerusi Pelabuhan Kelang telah dikosongkan). Kerajaan negeri perlukan sokongan dari sekurang-kurangnya 38 ADUN bermakna kekurangan 4 undi.
Apakah pengajaran dari episod ini?
Umno Selangor tidak mahu kembalikan kuasa Sultan dan rakyat. Umno Selangor hari ini masih pekat dan tebal menyokong cita-cita Tun Dr Mahathir di tahun 1993 lalu yang ghairah menghakis, mengekang dan merampas kuasa Raja-raja Melayu. Di Selangor ketika itu ada seorang pemimpin Umno semasa berbahas di Perhimpunan Agung Umno sehingga menyerang Almarhum Sultan Selangor kononnya membazir dan menghabiskan kewangan negeri. Itulah Umno dahulu dan inilah Umno yang sama yang melaung kononnya mahu berjuang mempertahan kedaulatan Raja-raja Melayu tetapi hakikatnya merekalah penderhaka terbesar.
Hakikatnya Pakatan Rakyat lah walau dihamburkan dengan pelbagai tohmahan yang sesungguhnya berusaha memartabatkan kembali kuasa Sultan dan rakyat tetapi ditolak mentah-mentah oleh Umno dan BN Selangor.
Rakyat Selangor perlu kembalikan Pakatan Rakyat pada PRU akan datang dengan majoriti dua pertiga. Jangan izinkan Umno dan BN menyalahgunakan bilangan kecil mereka untuk menyekat kebangkitan kuasa dan suara rakyat. Tolak terus Umno dan BN di Selangor.
Syabas kerajaan negeri dan MB Tan Sri Kahlid Ibrahim, walau kita gagal kali ini insyallah rakyat Selangor melihat dan tahu menilai, kita akan kembali mengukuhkan kerajaan negeri pada PRU akan datang dengan majority yang lebih besar dan selesa.
Thursday, January 20, 2011
Saya dituduh sabotaj kerajaan Selangor.....
Akhbar The Star hari Selasa lalu menerbitkan penerangan saya berhubung isu disebalik garsipanduan pusat-pusat hiburan di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Berikut adalah keseluruhan laopran yang dikeluarkan akhbar berkenaan:
Councillor: Guideline is to educate entertainment outlets
THE Subang Jaya Municipal Council’s (MPSJ) directive to ban Muslims from working in entertainment outlets serving liquor is merely the local authority’s move to introduce a new guideline to an existing ruling.
MPSJ councillor Roslan Shahir Mohd Shahir said there was an existing Syariah Criminal Enactment since 1995 that prevented Muslims from selling, serving or promoting intoxicating drinks.
“If found guilty, the person can be fined up to RM5,000 or jailed three years. In 2009, the MPSJ’s Licensing Committee set up a sub-committee which I chaired to review the licensing guidelines for entertainment outlets, health outlets and cybercafes,” said Roslan, adding that it is a normal procedure to review council guidelines from time to time.
“Based on the sub-committee’s recommendations, the council decided to introduce some new licensing guidelines last year.
“By introducing the guidelines, the MPSJ is educating entertainment outlets to not hire Muslims. The entertainment outlet operators are informed of the guidelines at the end of every year when they renew their licences.”
Roslan said the guideline was to educate the entertainment operators rather than enforcement.
“Even without this guideline, Jais (Selangor Islamic Religious Department) can raid such outlets under the Syariah law,” he said.
Roslan said the directive to ban Muslims from serving liquor affected those working in karaoke outlets, pubs and nightclubs, not those in restaurants and hotels.
“Based on feedback, the MPSJ’s directive does not involve a significant number of Muslims,” he said.
Roslan noted the Selangor government’s move to establish a special fund to help Muslim workers who had to resign from their jobs at entertainment outlets serving liquor was supportive of the action that the MPSJ was taking.
A public outcry erupted last week following the MPSJ’s move to ban Muslims from working at entertainment outlets with liquor licences.
The move has also caused some confusion as state local government chairman Ronnie Liu said in a statement that the state government had advised the MPSJ president to withdraw the new condition, but state executive councillor for Islamic affairs Datuk Dr Hasan Ali said he supported the ruling and described it as fair.
Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim was scheduled to meet all the mayors and presidents of local authorities yesterday to discuss the enforcement of the enactment.
Saya terharu pada kerana menerima SMS dari seorang rakan bekas Ahli Majlis MPSJ dari DAP yang memaklumkan:
Bro, I personallay like your comment on the star metro yesterday. All the best!
Sesungguhnya telah banyak saya laporkan berkenaan kontroversi ini yang sebenarnya bukan pun kontroversi melainkan setelah disensasi dan dibesar-besarkan oleh portal berita Malaysiakini.
Saya akur bahawa tiada niat lain pada diri saya apabila mula mengusaha memasukkan larangan ke atas pekerja Islam bekerja di pusat-pusat hiburan ini, selain kerana saya seorang Muslim berjuang pula dalam sebuah parti Islam yang bermatlamat mahu memartabatkan Islam.
Jika dilihat susur-galur kelulusan garispanduan ini diperingkat MPSJ, dari awal sehinggalah diluluskan pada tahun 2009 saya mematuhi segala proses permesyuaratan, tidak pernah membelakangkan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat peringkat MPSJ, malah mendapat kerjasama dan pandangan semua pihak yang terlibat.
Bagi saya kejayaan memasukkan garispanduan ini adalah satu kejayaan memelihara umat Islam dari tercebur dalam aktiviti yang diharamkan Allah swt. Sebagai ahli PAS saya ditarbiyah untuk memperguna diri apabila diberi amanah bagi mempertahankan Islam dengan cara yang paling berhemah dan bijaksana. Saya percaya saya telah melalui proses itu. Malah kenyataan Tok Guru Mursyidul Am dalam akhbar The Star baru-baru ini bahawa umat Islam haram mencari rezeki di premis yang menghidangkan arak ini jelas membuktikan saya di landasan benar.
Nik Aziz, who is Kelantan Mentri Besar, said he agrees “in principle” that Muslims should be prohibited from working in premises that sell liquor or intoxicating beverages.
He was commenting on the decision by the Subang Jaya Municipal Council to bar Muslims from working in such places in accordance with the Selangor Syariah Criminal Enactment 1995.
Saya tidak sabotaj sesiapa, kerana sabotaj ini bermaksud kerja jahat bagi meruntuhkan sesuatu yang menguntungkan musuh. Saya yakin saya tidak begitu kerana saya “engage” semua pihak peringkat MPSJ bagi mendapatkan kelulusan itu.
Saya terpaksa bangkitkan perkara ini semula kerana dalam akhbar The Star hari ini sisipan Metro muka 5 seorang ahli parlimen PAS mendakwa bahawa kerajaan negeri wajar mengambil tindakan terhadap pihak yang terlibat dalam memperkenalkan garispanduan ini kerana ia telah membangkitkan rasa tidak senang dan tidak puas hati kalangan masyarakat. http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2011/1/20/central/7831807&sec=central
Ahli parlimen PAS Selangor itu mendakwa:
“These trouble maker are our party members” (Pihak yang mencari pasal (masalah) ini adalah ahli parti kita)
Turut dilaporkan:
“Once identified action must be taken against these mavericks and saboteurs” (Sejurus dikenal-pasti tindakan mesti diambil terhadap si “maverick” (seorang yang memiliki pandangan sendiri yang berlainan dengan orang lain) dan yang mensabotaj”
Demi Allah sebagai ahli PAS yang diberikan amanah untuk menjadi ahli amjlis perbandaran, saya cukup yakin bahawa tindakan saya adalah kerja dakwah terbaik yang tidak bertentangan dengan pendekatan parti apalagi mahu mensabotaj kerajaan negeri. Sebelum ini seorang lagi ahli Parlimen PAS di Selangor telah memanggil saya meminta penjelasan dan setelah mendapatkan penjelasan mengucap tahniah di atas langkah yang telah diambil malah mengaharapkan ia dapat diperluaskan lagi bagi kes-kes yang lain.
Saya akan pertahankan pendirian saya dan jika benar sebagaimana dakwaan ahli parlimen itu saya rela untuk diambil tindakan disiplin oleh parti, dilucutkan jawatan atau dipecat. Islam mengatasi kepentingan peribadi dan segala-galanya.
Teringat saya pesan Rasulullah s.a.w:
Tidak akan masuk syurga sesiapa yang di dalam hatinya sifat at takabur walaupun sebesar zarrah, seorang lelaki berkata: “Sesungguhnya (bagaimana) seseorang lelaki yang suka agar baju dan kasutnya sentiasa cantik?” Baginda menjawab: “Sesunggunya Allah itu cantik dan suka kepada kecantikkan. At Takabbur itu ialah menolak kebenaran dalam keadaan tinggi diri juga menghina dan mengecil orang lain”. (Muslim)
Mohon lindung dari Allah swt.
Saturday, January 15, 2011
PAS memegang amanah memperkasakan Islam
Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 menyenaraikan beberapa kesalahan yang diistilahkan sebagai jenayah syariah jika dilakukan oleh umat Islam dan hukuman yang boleh dikenakan ke atas pesalah jika sabit kesalahannya.
Enakmen ini telah dilulus dan diwartakan pada tahun 1995 iaitu di bawah kerajaan BN yang diterajui Umno. Namun demikian ia tinggal di atas kertas tanpa sebarang inisiatif untuk memastikan ia dilaksana dan dikuatkuasakan memandangkan Umno tidak meletakkannya sebagai suatu keutamaan. Enakmen ini dijaja apabila berhadapan dengan pengaruh PAS semasa kempen pilihanraya tetapi setelah kempen ia kekal sebagai hiasan dalam kertas.
Kini PAS merupakan rakan kongsi dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. PAS jelas prinsip dan dasar perjuangannya iaitu bermatlamat mahu memartabatkan Islam. Walaubagaimanapun kedudukan PAS dalam kerajaan campuran ini tidaklah mutlak sebagaimana contohnya di Kelantan. Oleh itu capaian keupayaan politiknya terbatas, namun tidak bermakna ia harus diam dan berpeluk tubuh.
Dengan sedikit kuasa yang ada ia perlu berusaha, tidak seperti Umno yang punya kuasa mutlak namun sunyi menikus apabila berhadapan dengan tuntutan Islam.
Perkembangan yang melibatkan MPSJ adalah satu contoh dimana PAS di Selangor akan berusaha secara hikmah, mencari peluang member makna dan keperkasaan kepada Islam dimana sahaja ada ruang.
Enakmen ini telah sedia ada, ia mungkin tidak menepati sepenuhnya tuntutan syariat Islam sebenar sebagaimana termaktub dalam al Quran dan Hadis, tetapi sekurang-kurangnya ia suatu permulaan, suatu ruang terbuka, yang perlu dipergunakan bagi menjelas mesej Islam dan bagaimana Islam berusaha menyelamtkan ummah dari kancah kebinasaan.
Selangor adalah sebuah negeri yang bermasyarakat majmuk. Kehadiran masyarakat berbilang kaum di Selangor menuntut PAS membawa kaedah yang berhikmah dalam menerap dan memperkenalkan Islam walaupun sekadar dikalangan masyarakat Islam sahaja.
Masyarakat bukan Islam, bukan pasti akan merasa terancam, gelisah dan tidak senang apabila kita mengambil langkah melaksanakan Islam dalam masyarakat. Inilah realiti yang ada, oleh itu kita dituntut agar sentiasa bijaksana, yang penting kita ada usaha dan iltizam.
Seluruh ahli dan pimpinan PAS sedar bahawa dengan amanah yang ada walaupun bukan mutlak, pertanggungjawaban terhadap amanah itu sentiasa berdiri di hadapan. Menang bukan sekadar di dunia tetapi di akhirat kemenangan ini akan dipersoal oleh Allah swt. Oleh itu ruang kemenangan ini perlu diperguna bagi membawa mesej Islam dan mempamirkan keadilannya kepada masyarakat.
PAS Selangor menyumbang dalam berbagai peringkat untuk memartabatkan Islam melalui kerajaan Pakatan rakyat ini. Gaya kepimpinan Islam dikalangan pimpinan masyarakat dari EXCO ke ahli parlimen, ADUN terus ke ahli-ahli majlis, ketua-ketua kampong, JKKK PAS perlu diserlahkan. Program-program Islam termasuklah memerdekakan masjid-masjid dan surau-surau seluruh Selangor, menjadikan masjid sebagai wahana transformasi ummah, menghidupkan institusi pengajian dan pendidikan Islam, membawa keadilan dalam pengagihan zakat dan bantuan, menerapkan unsure Islam dalam aktiviti dan program kerajaan, semua ini dihidupkan hasil kehadiran PAS dalam kerajaan.
Biar ada bezanya antara PAS memerintah dan Umno walaupun kedudukan PAS hanya kecil berbanding Umno dalam kerajaan. PAS mahu ganti Umno, kerana itu PAS perlu serius dan berterusan dengan kuasa yang dipinjamkan oleh Allah swt di Selangor ini untuk menzahirkan keadilan Islam.
Friday, January 14, 2011
Saya adalah Ketua Whip ahli-ahli majlis PAS di Majlis Perbandaran Subang Jaya atau MPSJ. Sebagai ahli majlis saya turut duduk di dalam Jawatankuasa Pelesenan MPSJ. Di awal tahun 2009, jawatankuasa ini memutuskan untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa kecil bagi menyemak garispanduan dan memberikan cadangan-cadangan terhadap garispanduan dan syarat-syarat lssen bagi Pusat Hiburan, Pusat Penjagaan Kesihatan dan Pusat Kafe Siber.
Saya dilantik untuk mempengerusikan jawatankuasa tersebut yang turut dianggotai oleh rakan-rakan dari DAP, PKR dan wakil NGO.
Jawatankuasa kecil ini telah bermesyuarat beberapa kali dan akhirnya pada 10 Jun 2009 kertas cadangan pindaannya telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan MPSJ melalui Kertas Mesyuarat Bilangan 101/06/2009.
Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan pada hari tersebut dipengerusikan oleh Yang Dipertua MPSJ Dato Adnan Mohd Ikshan dan dihadiri oleh kesemua 8 ahli majlis yang menganggotainya termasuk saya dari PAS, 3 rakan dari DAP, 2 dari PKR dan 2 dari NGO.
Salah sebuah cadangan yang dikemukakan pada mesyuarat berkenaan adalah tambahan syarat baru pada syarat-syarat lesen hiburan yang mempunyai lesen menjual minuman keras (lesen hiburan yang termasuk dalam kategori ini adalah kelab-kelab malam, karaoke dan pub) iaitu:
“Dilarang sama-sekali mengambil pekerja yang beragama Islam bekerja di premis ini kerana bertentangan dengan seksyen 18(2) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995”.
Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan telah membincangkan cadangan-cadangan pindaan yang dikemukakan secara panjang lebar dan akhirnya memutuskan untuk meluluskannya tanpa bantahan.
Pada 29 Jun 2009, mesyuarat penuh MPSJ telah diadakan yang dihadiri oleh kesemua 24 ahli-ahli majlis dari PAS, DAP, PKR dan NGO. Kertas cadangan di atas yang diminitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan turut dibentangkan. Ianya diluluskan tanpa sebarang pindaan.
Beberapa persoalan timbul apabila seorang ahli EXCO mempertikaikan syarat baru yang diluluskan oleh pihak MPSJ ini dan kononnya mengarahkan ia ditarik balik.
Bagi memberikan penjelasan ke atas isu ini izinkan saya membuat beberapa penjelasan seperti berikut:
1. Garispanduan baru ini hanya terpakai terhadap pusat hiburan yang menghidangkan arak iaitu kelab-kelab malam, karaoke dan pub, bukannya restoran, pasaraya atau kedai serbaguna sebagaimana sarat terkandung dalam ruangan komen Malaysiakini dan beberapa laman web yang tidak bertanggungjwab
2. Garispanduan ini bukannya memperkenalkan suatu peraturan baru tetapi sekadar mengemaskinikannya berdasarkan enakmen atau undang-undang negeri yang sedia ada. Undang-undang itu adalah Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang mengharamkan orang Islam menjual atau menghidangkan arak
3. Gaispanduan ini terpakai terhadap pekerja-pekerja Islam sahaja kerana arak itu haram dari segi hokum Islam dan enakmen berkenaan, orang bukan Islam bebas dan tidak terikat dengan peraturan ini Cuma dinasihatklan agar tidak mengambil pekerja Islam di premis mereka
4. Memang benar MPSJ merupakan PBT pertama di Selangor yang memperkenalkan peraturan ini tetapi jika ianya tidak pun dibuat, enakmen itu sedia memberi kuasa kepada pegawai dan penguatkuasa JAIS mengambil tindakan
5. Semangat utama garis panduan ini adalah untuk mendidik pemilik-pemilik premis agar mengambil langkah memastikan pekerja Islam tidak lagi diambil
6. Garispanduan ini diluluskan sebulat suara oleh mesyuarat penuh MPSJ diminitkan tanpa direkodkan bantahan mana-mana pihak (Malaysiakini melaporkan seorang ahli majlis yang duduk dalam JK Pelesenan mengatakan beliau tidak tahu menahu darihal peraturan baru ini, untuk rekod En. K. Arumugam (NGO) hanya duduk dalam jawatankuasa pelesenan penggal ini, 2010-2011, beliau bukan ajk pelesenan pada tahun 2009 – sila rujuk minit Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan MPSJ bil. 6/2009
Siang tadi Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, setelah mendengar penerangan oleh EXCO Hal Ehwal Agama, Dato Dr Hasan Mohd Ali, mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan menubuhkan tabung khas bagi membantu pekerja Islam yang bekerja di premis ini agar meninggalkan pekerjaan mereka itu.Sebuah sekretariat yang dianggotai Dato Dr Hasan, YB Rodziah, Dr Halimah Ali dan Dr Yaakob Sapari akan mengadakan perbincangan dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi tujuan ini.
Syabas atas langkah bijak MB Selangor itu. Bagi saya ini menunjukkan yang kerajaan Selangor begitu sensitive dan prihatin dalam hal yang melibatkan kebajikan umat Islam khasnya yang terjebak dalam pekerjaan yang haram dari segi hokum dan enakmen negeri.
Kami di MPSJ sudah pasti bersyukur kerana langkah yang diterokai ini akhirnya kini membuahkan hasil yang baik buat negeri dan seluruh rakyat.
Dengan ini diharapkan tiada lagi kontroversi, dan semua pihak dapat duduk aman dan selamat di Selangor. Apa yang diabaikan oleh pentadbiran yang lalu kini berjaya diambil perhatian oleh pentadbiran baru.
Tidak cukup dengan menabur fitnah terhadap PAS Selangor dan Pesuruhjayanya, hari ini portal berita Malaysiakini menyerang pula usaha untuk memartabatkan Islam di Selangor. Jika bukan kerana mereka punya agenda jahat terhadap PAS dan Islam, mengapakah sekarang dipilih untuk sensasikan pula isu ini?
Malaysiakini melaporkan darihal langkah diambil oleh MPSJ (Majlis Perbandaran Subang Jaya) dalam mengawal umat Islam dari bekerja di pusat-pusat hiburan yang turut dilesenkan menjual arak. Langkah MPSJ yang diluluskan tanpa bantahan oleh Mesyuarat Penuh majlis berkenaan tahun lepas itu bertujuan menyelaraskan peraturan PBT berkenaan dengan Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.
Seksyen 18 (2) enakmen itu menyebut: Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Peraturan ini adalah konsisten dengan enakmen negeri, ia tidak sekali-kali terkena ke atas masyarakat bukan Islam tetapi ke atas umat Islam demi membendung mereka dari terjebak dalam aktiviti yang dilarang oleh agama.
Malaysiakini melaporkan bahawa peraturan MPSJ ini menimbulkan resah dan gelisah khasnya dikalangan masyrakat bukan Islam. Mengapa begitu?
Tidakkah ini berkaitan dengan masyarakat Islam sahaja? Tidakkah sepatutnya sebarang usaha untuk menjadikan umat Islam insan yang lebih baik perlu disokong oleh semua. Apabila orang-orang Islam jadi baik, negeri selamat dan semua selamat.
Saya fikir peraturan ini patut disokong oleh semua termasuklah masyarakat bukan Islam. MPSJ tidak mengarahkan premis seumpama ini ditutup cuma jika mahu beroperasi jangan ambil pekerja Islam, bukankah arak itu haram buat umat Islam?
Bagi orang-orang Islam yang haram itu haram dan yang halal itu halal. Tidak ada yang haram yang boleh dihalakan atas apa nama sekalipun termasuklah hak asasi, kerana yang haram bukan lagi hak dalam Islam.
Sebarang tindakan menarik balik atau membatalkan larangan ini hanya akan menguris perasaan dan sensitiviti umat Islam. Ia seolah mencerminkan apa sahaja langkah diambil untuk kebaikan mereka dipandang serong dan tidak dihargai. Semua pihak mesti bertindak rasional dan terbuka. Jangan kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga.
Dan dalam hal ini Malaysiakini telah berjaya mengadu-domba antara umat Islam dan bukan Islam. Inilah satu lagi kerja jahat mereka.
Wednesday, January 12, 2011
Malaysiakini ternyata memiliki agenda untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat dan menjatuhkan Datuk Dr Hasan Ali Pesuruhjaya PAS Selangor. Saya nyatakan ini berdasarkan laporan terkini portal berita itu berhubung sidang akhbar yang diadakan oleh PAS Selangor di Pusat Khidmat ADUN Gombak Setia jam 11.30 pagi tadi. Malaysiakini versi Bahasa Inggeris membawa tajuk:
Selangor PAS now warms to Khusrin (PAS Selangor kini menerima Khusrin)
Saya hadir dalam sidang akhbar tersebut dari awal ke akhir malah memiliki rakaman audio sebahagian besar rakaman sidang akhbar itu. Tidak pernah sepanjang sidang berkenaan Dato Dr Hasan atau mana-mana pimpinan PAS Selangor yang hadir menyatakan bahawa PAS Selangor bersedia menerima Khusrin apalagi membuat pendirian yang bertentangan dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor.
Malah Dato Hasan secara terbuka menyatakan bahawa beliau sepanjang menjadi EXCO Agama dan ketika Khusrin menjadi Pengarah JAIS memang mempunyai banyak perbezaan khasnya dalam hal pendekatan dengan Khusrin. Khusrin kata Dato Hasan sekadar melihat sesuatu isu dalam perspektif seorang pentadbir dan kerana itu banyak bercanggah pandangan dengan beliau.
Kalau dibaca satu persatu laporan yang disediakan oleh Hazlan Zakaria dari Malaysiakini itu tidak nampak pun mana-mana baris secara spesifik Dato Hasan atau PAS Selangor menyatakan yang Khusrin diterima malangnya ia memilih tajuk di atas sebagai modal laporannya dan ternyuata ia suatu fitnah yang amat berbahaya.
Sangka saya cuma media arus perdana yang dikuasai Umno dan BN sahaja punya kualiti penulisan tahap tidak bermoral seperti itu rupa-rupanya media alternatif juga ada yang tidak terkecuali.
Akibatnya satu demi satu ruangan komentar di bawah artikel itu menyerang dan memukul Dato Hasan dan PAS Selangor sedangkan hakikatnya tidak ada pun kenyataan sebegitu yang dibuat.
Tahniah Malaysiakini kerana anda kini sudah seangkatan dengan Utusan Malaysia!
Tuesday, January 11, 2011
Saya kagum dengan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tiada-elemen-rasis-dalam-interlok-kata-anwar
yang menafikan akan hadirnya unsur “rasis”dalam karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah hussain berjodol “Interlok” yang disensasikan kebelakangan ini.
Ternyata sebagai seorang pencinta seni dan karya Datuk Seri tidak pernah lupa untuk memberikan penilaian yang adil walaupun ia kini hangat dipolitkkan sehingga mencetuskan ketegangan dan rasa tak puas hati banyak pihak.
Orang-orang politik semua kena baca terlebih dahulu karya besar Bahasa Melayu ini sebelum melompat mengkritik atau menyokong. Jangan sekadar ambil baris tertentu kemudian menjatuhkan hokum, bukankah kita diajar berlaku adil kepada semua.
Utusan Malaysia terus-menerus mensensasikan isu ini sehingga cuba mengadu domba kumpulan sasterawan dengan Pakatan Rakyat, menjadikan ia satu modal politik buat Umno.
Syabas dengan kenyataan bijak Datuk Seri Anwar ini saya harap semua pihak bertenang, dan berlaku rasional.
Friday, January 07, 2011
Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang semalam mengeluarkan kenyataan bahawa kemelut perlantikan Setiausaha Kerajaan negeri Selangor, Khusrin Munawi, yang memintas hak kerajaan negeri sebagai suatu usaha yang tidak bertamadun dan di luar batas demokrasi.
Tambah Tuan Guru rampasan ini jugalah yang mereka telah lakukan di negeri Perak dengan menjadikan rakyat sebagai pertaruhannya.
Saya kira perkembangan ini sesuatu yang amat memalukan dan kerja-kerja jahat pihak Pusat menampakkan betapa mereka terus berusaha membelakangkan demokrasi demi memanjangkan nafsu politik mereka untuk merampas kuasa dari kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat.
Meletakkan seorang Setiausaha Kerajaan yang diragui kesetiannya serta mempunyai rekod yang tidak pernah baik dengan pentadbiran negeri sudah pastilah suatu perancangan jahat untuk menggagalkan kelnacaran pentadbiran kerajaan negeri.
Pusat sering menekankan darihal KPI dan integirit kononnya, tetapi mengapa dalam hal pemilihan Setiasauha Kerajaan Negeri di Selangor ini, calon-calon yang memiliki KPI yang lebih cemerlang, prestasi kerja yang baik, berkaliber dan komitmen kerja yang tinggi dikesampingkan dan yang dipilih adalah seorang yang corot kedudukannya?!
Khusrin dijangka menjadi duri dalam daging pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Kerajaan Negeri perlulah mewujudkan suatu mekanisma bagi memastikan beliau tidak diberikan ruang untuk menganggu dan mengacau aspirasi dan kehendak rakyat dan kerajaan negeri.
Rakyat Selangor kita yakin akan terus menghukum BN dalam PRU askan datang ini lantaran kerja-kerja jahat mereka itu.
Thursday, January 06, 2011
Menteri Besar Selangor dan barisan EXCO kerajaan negeri Pakatan Rakyat hadir dalam majlis angkat sumpah di Istana Kayangan Shah Alam jam 10.00 pagi tadi.
Langkah untuk hadir majlis Ke Bawah DYMM Tuanku itu mencerminkan betapa kerajaan negeri hormat dan taat setia kepada Sultan Selangor selaku payung dan mahkota negeri. Isu persengketaan adalah antara kerajaan negeri dan KSN, kerajaan Pusat dan Khusrin.
Iktiraf tak iktiraf Khusrin selaku SUK lantikan Pusat adalah hak kerajaan negeri, kerajaan yang mendapat mandate dan kepercayaan dari rakyat Selangor.
Seronok tengok Umno dah pandai mengamalkan politik jalanan, berdemo ke sana ke mari, tak kah itu menjejaskan kehidupan masyarakat, mengancam ketenteraman dan menganggu perniagaan?
Wednesday, January 05, 2011
Seingat saya tidak pernah dalam sejarah hidup menyaksikan mahkamah koroner mengembalikan satu keputusan seperti ini. Dalam kes mendiang Teoh Beng Hock yang dijumpai mati di kaki Bangunan Masalam, Shah Alam 16 Julai tahun lalu, mahkamah yang bersidang memutuskan “Teoh tidak membunuh diri atau dibunuh”!
Kalau keputusannya Teoh membunuh diri maka ketahuilah kita yang Teoh telah terjun dari tingkat 5 Pejabat SPRM secara sukarela. Kalau keputusannya Teoh dibunuh maka ketahuilah kita yang ada sesesorang atau sekumpulan orang yang telah menolaknya jatuh dari tingkat 5. Masalahnya di sini kata koroner – membunuh pun tidak, bunuh diri pun tidak. Bermakna Teoh mati entah tidak diketahui kerana apa??!!
Ini bukan soal agama atau bangsa, bukan juga soal anutan politik. Seorang warganegara Malaysia yang bertugas di Pejabat EXCO meninggal dunia tanpa diketahui punca dan sebabnya, bayangkan jika beliau itu adalah anak atau adik atau saudara-mara kita, pasti kita akan risau dan marah. Pasti kita mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku. Pasti kita mahukan keadilan.
Hati kecil saya bimbang yang keputusan ini terpaksa dibuat kerana sebab-sebab tertentu. Saya berhak mengemukakan syak wasangka kerana saya pasti saya bukan keseorangan dalam hal ini.
Gelaplah Malaysia kerana keadilan telah digerhanai dengan keputusan ini.
Takziah dan simpati kepada keluarga mendiang, keadilan wajib dituntut.
Penuh ruangan media arus perdana dilimpahi dengan kontroversi perlantikan SUK yang baru di Selangor. Dalam pada itu para spekulator dan para pencetus adu-domba tak henti-henti mahu menangguk di air keroh. Perkataan durhaka dan biadap murah-murah dilontarkan di sini-sana.
Sementara itu bukan hanya rakyat di Selangor malah seluruh Malaysia dihadiahkan dengan kenaikan harga petrol dan minyak tanah mulai tengah malam tadi. Harga petrol RON97 naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter. Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Dis lalu, menjadikan RM2.30 seliter.
Begitulah nasib kita, sorong papan tarik papan jawatan SUK itu hal dan urusan kerajaan, bebanan kenaikan harga minyak ini adalah bebanan hidup yang terpaksa ditanggung suka tak suka oleh keseluruhan rakyat pengguna. Ini bukan sorong papan tarik papan, ini kehendak kerajaan Barisan Nasional yang memerintah di Pusat. Rakyat sedang sibuk mengikis dan mengorek apa sahaja simpanan yang ada menanggung beban sesi sekolah baru, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan hadiah baru ini setelah tak sampai sebulan harga minyak naik.
Maka tanggunglah atas kepala bahu kita bebanan tambahan ihsan dari kerajaan BN.
Rakyat mahu dilekakan dengan isu kontroversi di Selangor, tak sedar rupanya kocek mereka terbakar angkara BN.
Terima kasih BN
Sunday, January 02, 2011
2011 tiba dalam keadaan Selangor berhadapan dengan krisis terbesar setakat ini dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat yang baru berusia 2 tahun 10 bulan itu, iaitu isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Saya katakan “setakat ini” kerana sejak berjaya menelentangkan Umno dan BN di Selangor, pada PRU lalu, kerajaan ini tidak pernah sunyi dari pelbagai gangguan dan “sabotaj” luar dan dalam.
Kerajaan ini dibina dan dibangkitkan atas runtuhan kerajaan Umno BN melalui mandat besar dan berani dari rakyat Selangor. Umno yang sedang tidur lena dan kekenyangan ketika itu tetiba dikejutkan dari tidur asyik dan menggirukannya, tergamam bangkit terkejut, “kita kalah, kita hilang kuasa, kita bukan MB lagi!”.
Sampai hari ini Umno berterusan menyangkakan apa yang berlaku itu sekadar mimpi ngeri tetapi hakikatnya ia benar, ia laknat yang mereka tanggung lantaran kepincangan dan ketempangan mereka terhadap amanah rakyat selama ini.
Hari ini negeri termaju dan antara terkaya dalam Negara ini mahu digagalkan melalui cara-cara tidak demokratik. Apa sahaja asalkan rebah kerajaan ini dan dapat bangkit dan bernyawa semula ketuanan Umno di bumi Selangor ini.
Kerajaan Selangor terus memikul amanah ini walau kadangkala terpaksa mengheret dirinya melalui pelabagai halangan dan rintangan.
Kita telah menyaksikan penubuhan JKKKP ataupun Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan menyaingi JKKK negeri yang sah untuk kacau ganggu kelicinan pentadbiran negeri peringkat akar umbi. Kita juga berhadapan dengan segelintir kecil pegawai-pegawai kerajaan yang tidak professional, masih bercinta dengan Umno walaupun Umno di Selangor bukan kerajaan lagi.
Seorang Yang Dipertua Majlis Daerah contohnya bertugas seolah Umno masih “Tuan” nya. Segala pandangan dan teguran ahli-ahli majlis daerah berkenaan tidak dipedulikan. Segala kehendak dan kemahuan “Tuan-tuan” Umno nya dipatuhi dan ditaati.
Bagi yang seperti ini 2011 ini sepatutunya MB dan pentadbiran negeri rihatkan sahaja mereka ini. Mereka tidak iktiraf dan hargai kemahuan rakyat, mereka ini adalah duri dalam daging kerajaan pilihan rakyat!
Mana-mana pegawai kerajaan tak kiralah Penghulu, Pegawai Daerah, Yang Dipertua Majlis, Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah (PAID), Pengarah-pengarah yang tidak boleh professional, tidak boleh memisahkan antara ketaatan pada kerajaan yang memerintah dan kasih sayang pada Umno, bolehlah buat pilihan samada mahi berpolitik sepenuh masa atau kekal sebagai seorang kakitangan yang baik.
Selain itu kapitalis air di Selangor turut menunjukkan taring mahu menggagalkan kerajaan negeri. Projek penswastaan air di zaman BN dahulu kini menjadi beban besar pada rakyat. Kerajaan negeri yang prihatin dan berjiwa rakyat ini mahu mengambil-alih pengurusan air di Selanor, tetapi kapitalis air yang tidak bersukur itu mahu menentang dan mencabar.
2011 ini zaman untuk bertegas. Apa sahaja perubahan mesti melalui proses demokrasi, tunggulah pilihanraya mendatang, tetapi di luar tempoh itu ruang dan peluang mesti diberikan kepada kerajaan yang telah diberi mandat. Sebarang gangguan dikira “sabotaj” dan penderhakaan terhadap kerajaan ke Bawah DYMM Tuanku yang diangkat oleh rakyat.
Berbalik kepada isu SUK tadi, saya setuju dengan cadangan beberapa pakar undang-undang bahawa kiranya usaha murni kerajaan negeri iaitu menaikkan pegawai yang paling layak dan berkaliber di Selangor ke jawatan terkanan awam itu berhadapan dengan jalan buntu, maka kerajaan negeri perlu bawa perkara ini ke mahkamah. Inilah kehendak kerajaan dan rakyat negeri ini. Insyallah keadilan akan terserlah di sana nanti.
Semoga Allah membuka jalan, Amin. 2011 kerajaan ini mesti semakin berani dan ke hadapan menggalas kehendak dan amanah rakyat.