Setelah berpuluh tahun PAS khasnya membantah upcara atau majlis seumpama perayaan Hari Pahlawan diadakan di hadapan Tugu Negara, akhirnya kerajaan Persekutuan mengumumkan tidak lagi akan mengadakan majlis seumpama itu kerana menghormati pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Majlis Fatwa ada memutuskan amalan seperti tiupan ‘Last Post’, bertafakur dengan menundukkan kepala, meletakkan kalungan bunga, bacaan sajak, nyanyian dan tiupan ‘Rouse’ yang dilakukan di hadapan tugu dalam upacara menyambut Hari Pahlawan adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.
Semoga segala amalan syirik dan haram lain dapat ditiadakan dan masyarakat dapat dibersihkan dari unsur-unsur yang mengundang murka Allah swt.
Walaubagaimanapun pengumuman Menteri Pertahanan bahawa sebuah dataran akan dibina di Putrajaya bagi diadakan majlis berkenaan (tanpa tugu) bagi saya adalah satu pembaziran. Bukannya kita tidak menghargai majlis memperingati jasa pahlawan-pahlawan kita, tetapi bijakkah dibelanjakan wang rakyat untuk membina sebuah dataran sedangkan kita telah sedia ada banyak dataran, stadium dan seumpamanya.
Di Putrajaya pun telah sedia ada dataran yang digunakan untuk perayaan Hari Kemerdekaan. Gunakanlah sahaja apa yang ada. Islam bukan sekadar mengajar kita menjauhi amalan syirik tetapi juga mengesyorkan kita agar mengelakkan pembaziran tambah-tambah yang melibatkan wang rakyat

3 comments:
Salam....Semoga dapat Umrah yg Mabrur...
Bukan sebab Y. B. ZUl aje ke?
Bukan ke Y.B. Zul yang usul?
Bukan ke Y.B. Zul ulas sebab dia usul dalam dewan kat blog dia ke?
Apa2pun, Alhamdulillah.
Thanks Y.B. Zul...... apa2pun..... ada benda2 nak sampai kat BN.... bagi Y.B. Zul yang usul, insyaALLAH lulus. he3.
Salam. Saya teringat ada juga fatwa tentang kajian Candi-candi di Lembah Bujang,Kedah yang kini jadi Muzium Lembah Bujang di bawah seliaan agensi kerajaan pusat. Kalau tak silap fatwanya benda tu kena musnahkan bila selesai kajian. Tapi sekarang benda tu dok ada lagi, malah diperelok jadi tempat pelancongan- candi, patung dll arca peninggalan zaman Hindu-Buddha dulu. Minta tolong sdr semak.sekian.terima kasih.
Post a Comment