Thursday, April 15, 2010

PAS akan pastikan kemenangan calon PKR di Hulu Selangor

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor telah ditetapkan pada hari Sabtu ini 17 April 2010. Pakatan Rakyat telah pun memutuskan yang PKR akan bertanding sebagai calonnya. Calon PKR, iaitu Dato Zaid Ibrahim telah pun diisytiharkan baru-baru ini.

Hari ini kita menunggu calon BN yang akan diumumkan petang nanti.

Semakin hampir pilihan raya itu maka semakin panaslah suasana politik. Potensi untuk Pakatan Rakyat mempertahankan kerusi ini besar. Pertama kerana rekod pemerintahan dua tahun kerajaan PR Selangor terus meyakinkan dan kedua BN sudah semakin jauh dari hati rakyat di Selangor.

Kita pasti BN akan menggunakan sepenuh dayanya untuk menang, kerana kekalahan BN bermakna berkurublah harapan mereka untuk merampas kembali negeri bertuah ini. Maka segala muslihat dan akal akan digunakan untuk menabur benci dan adu domba terhadap PR Selangor.

Saya lihat bibit-bibitnya sudah bermula, dan PAS dilihat sebagai sasaran untuk membunuh harapan PR.

Baru sebentar tadi seorang rakan wartawan dari akhbar berbahasa Cina menelefon saya. Katanya sebuah portal berita di internet melaporkan yang jentera PAS Selangor di Hulu Selangor lembap. Kononnya ramai orang PAS tidak berpuas hati dengan pemilihan calon PKR.

Malah pagi ini akhbar The Star melalui ruangan Joceline Tan turut membantu mengadu-domba dengan melaporkan kononnya PAS Selangor bawah Dato Dr Hasan Ali tidak akan beri kerjasama kepada PKR lantaran pemilihan Dato Zaid sebagai calon.

Fitnah,fitnah, fitnah!

PAS Selangor sudah mula menggerakkan jenteranya sejak berita kematian Allahyarham Dato Dr Zainal. Pada 1 April lalu PAS Selangor telah mengadakan mesyuarat khas perhubungan negeri berhubung pilihanraya kecil ini yang dipengerusikan Dato Dr Hasan. Seluruh jentera pilihanraya PAS Selangor, Muslimat dan Pemuda telah pun digerakkan.

Pimpinan PAS negeri dari Dato Dr Hasan, ahli-ahli Dewan Harian, Perhubungan, Muslimat, Pemuda dan Ulamak serta wakil-wakil rakyat semuanya sudah naik turun ke Hulu Selangor. Jentera bersama dengan Pakatan Rakyat juga sudah digerakkan.

Siapa yang lembap? Siapa yang tidak beri kerjsama?

Kepada seorang pemberita wartawan berbahsa Inggeris telah saya nyatakan semalam bahawa kerusi Hulu Selangor ini penting bukan hanya buat PKR malah buat DAP dan PAS. Ketiga-tiga DUN di parlimen ini masing-masing ditandingi PKR, DAP dan PAS pada pilihan raya lalu. Sudah pastilah peluang ini mahu digunakan untuk memastikan yang pengundi di ketiga-tiga DUN ini telah kini sedar dan akan memberikan kemenangan kepada PR dalam pilihanraya kecil ini dan pada pilihan raya umum nanti kepada ketiga-tiga parti di ketiga-tiga DUN.

Soal calon adalah hak PKR untuk memutuskan kerana ini kerusi mereka. PAS akan terima siapa sahaja yang menjadi pilihan PKR sebagaimana kita sendiri juga akan putuskan siapa sahaja calon di kerusi-kerusi kita tanpa mahu mana-mana pihak campurtangan pada pilihan raya umum nanti.

Pilihan PKR itulah calon PR dan kemenangan calon PR penting buat PAS.

Kita lihat yang bermasalah sebenarnya adalah BN bukan PR. Umno mahu kerusi ini, kemudian MIC berkeras dan kini Umno mahu taja pula calon dari kalangan MIC, yang rumit dan bermasalah sebenarnya adalah mereka.

PAS akan hadapi pilihanraya ini dengans emangat seolah PAS yang bertanding. Begitulah selalunya pengalaman PAS. Rakan-rakan dalam PR khasnya PKR dan DAP sedia faham akan komitmen PAS di Selangor ini khususnya. Malah hari ini sahaja Dato Dr Hasan punya aturcara padat bersama Tan Sri Khalid dan lain-lain EXCO.

Kepada pengadu-domba dan agen-agen upahan, teruslah dengan aktiviti tidak bermoral anda. Kami punya misi dan amanah besar dalam PR Kecil ini iaitu tidak lain dan tidak bukan memenangankan calon PR.

Hulu Selangor,undilah Zaid Ibrahim!

2 comments:

asas said...

media arus perdana mulakan peranan batu api..maklumlah media adalah talian hayat umno yang terakhir...

hakikatnya,seluruh jentera pas di semua peringkat telah di kerah ke hulu selangor sejak awal lagi..markas2 dan bilik2 gerakan telah dibuka sejak 3 minggu lalu...

petugas..??? tak payah umno nak pertikai petugas dari pas..ribuan baik pemuda,muslimat,nisa',ulama akan turun ke hulu selangor menggerakkan jentera...

misi ini misi mempertahankan maruah rakyat..dan pas akan bersama2 PR meneruskan agenda membela rakyat..

umno yang patut gusar dengan bilik gerakan yang celaru,mahukan petugas perlu dibayar..kita akan menyaksikan berjuta RM akan dibazirkan begitu saja oleh umno dalam tempoh 2 minggu ini...habis PRK ini,percayalah...umno dan pemimpinnya lesap ghaib hilang entah kemana....

Hikmah said...

InsyaAllah, penggerak2 Islam akan mentaati pimpinan selagi mana tidak bercanggah dengan syariat Islam. Andai benar kemenangan PKR adalah kemenangan bagi Islam, marilah kita sama2 bergerak memenangkannya! Jangan sampai waktu ISlam menang, kuta tidak disenaraikan sebagai penyumbang kepada kemenangan itu..!