Monday, April 26, 2010

Wajah-wajah ikhlas para pejuang














Nama mereka mungkin tidak dikenali. Tanpa upah tanpa sogokkan mereka datang jauh dan dekat demi perjuangan yang murni. Berbumbungkan matahari dan langit cerah. Tiada badai tiada ribut yang dapat melanda dan mematahkan semangat mereka.

Walaupun kita tumpas semalam namun ianya bukan bermakna kita terus rebah.
Wajah mereka yang ikhlas ini akan terus tampil ke hadapan menjinjing dan menjunjung perjuangan ini. Tan Sri, Dato Seri atau Tok Guru tidak mengenali mereka, tetapi merekalah pembakar obor, perintis laluan yang akan membuka ruang bagi para pemimpin yang ikhlas untuk naik ke atas.
Syabas anda semua, teruskan perjuangan.





1 comments:

Anonymous said...

Jazakumullah khairan kathira kepada semua petugas2 PR di Hulu Selangor. Semoga Allah membenarkan kita merampas kembali Hulu selangor pada PRU 13 nanti, insyaAllah. PUJ9.