Sunday, April 25, 2010

Kekecewaan di Hulu Selangor satu pengajaran

Semalam semasa berada di Markas PAS Kawasan Gombak di Batang Kali saya bertemu dengan sebuah van yang agak lama usianya, yang padat dengan 2 lelaki dan enam wanita. Mereka baru tiba setelah melalui 12 jam perjalanan dari Terengganu. Destinasi mereka ke kawasan pedalaman FELDA untuk bertugas sebagai jentera pilihanraya PAS membantu calon PKR. Melihatkan kegigihan mereka saya terpegun inilah komitmen dan kesungguhan ahli-ahli dan para petugas PAS di Hulu Selangor.

Memang keputusan PRK ini telah pun diketahui sebentar tadi. Calon PKR mewakili Pakatan Rakyat, Dato Zaid Ibrahim tewas ditangan calon BN dari MIC dengan kelebihan 1,725 undi.

Ramai rakan-rakan yang bertumpu di Kuala Kubu Bharu, pusat penjumlahan undi bagi PRK ini kecewa dan sedih dengan keputusan ini. Bayangkan mereka bertungkus-lumus sepanjang tempuh kempen bekerja, mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit, namun tewas.

Walaubagaimanapun sebagai para pejuang kita harus menerima kekalahan ini dengan hati yang terbuka. Allah swt belum mahu mengizinkan kita lagi. Dengan kekalahan ini biarlah kita bermuhasabah diri, melihat, memeriksa, menganl-pasti dan memperbaiki kelemahan kita kerana perjuangan ini belum berkahir.

Sebagaimana rombongan kecil dari Terengganu yang saya sebutkan di atas, ramai para petugas Pakatan Rakyat samada dari PAS, PKR mahupun DAP telah berkorban dalam PRK ini. PRK ini telah melihatkan semangat kerjasama yang kental dikalangan ketiga-tiga ahli dan petugas parti. Walaupun kita tewas, saya percaya Hulu Selangor telah mengajar kita menghargai kerjasama politik ini.

Seluruh kekuatan ketiga-tiga parti di Selangor dari MB, ahli-ahli EXCO, ADUN-ADUN, ahli-ahli Parlimen, ahli-ahli majlis, ketua-ketua kampung, JKKK dan pimpinan dipelbagai peringkat telah memberikan komitmen dan sumbangan besar dalam PRK ini. Ini tidak mengambil kira sokongan dari luar Selangor. Semangat kerjasama ini perlu terus dipupuk dan diperkukuhkan. Biar kita lebih teguh bagi menghadapi cabaran-cabaran seterusnya.

BN mungkin menambah satu kerusi parlimen di Selangor, tetapi ini tidak bermakna mereka boleh dengan mudah menundukkan kerajaan negeri yang ada. Kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Selangor tetap kukuh dan insyallah akan terus bertahan dengan sokongan rakyat.

Pilihanraya kecil ini penuh dengan sogokkan dan janji, penuh dengan fitnah dan adu-domba. Walaupun permata yang berkilau dan bernilai berada di telapak tangan namun rakyat dikaburi lantas mempercayai yang kaca itu lebih berharga. Keputusan di Hulu Selangor memang mengecewakan ramai namun biarlah ia menjadi pengajaran yang paling mahal buat kita semua.

Anda berhak bersedih, tetapi setelah hari kembali siang, bangkit dan terus bekerja untuk mencapai matlamat kita yang lebih besar. Biar Hulu Selangor dan Hulu Selangor sahaja yang terkorban hari ini. Esok kita bina kembali kekuatan, kita tawan kembali Hulu Selangor dan terus melangkah ke hadapan.

5 comments:

Anonymous said...

Saya dari mula lagi tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada pr untuk mempertahankan kerusi parlimen hulu selangor berdasarkan beberapa faktor. Walaubagaimanapun di dalam hati saya mengharapakan kemenangan kepada calon PKR Datuk Zaid.
Ada beberapa faktor yang saya anggap menjadi cabaran yang amat besar bagi Calon PKR untuk memperthankan kerusi Hulu Selangor. Pertama Pada pru yang lalu majoriti yang diperolihi amat tipis dibawah 200 undi. Bayangkan bagaimana kita hendak menghadapi serangan seluruh jentera UMNO/BN pada pilihraya Kecil. Kedua saya mengambil kira tiga Dun yang dimiliki oleh BN dengan majoriti melebihi 6000 undi. Ini bermakna kemenangan PKR kerana undi protes atau pengaruh peribadi Datuk Zainal yang merupakan bekas Tim MB. Bentuk undi sebegini bagin saya tidak berkekalan dan ini terbukti dengan keputusan. Ketiga PKR menghadapi pilihanraya dalam keadaan tidak stabil bila seorang demi seorang MP/Adun keluar pati ini sedikit sebanyak menjejaskan keyakinan Pengundi kepada PKR.
Bagi BN pula walaupun mereka menang tetapi mereka tidak boleh mendabik dada kononya sokongan rakyat telah kembali kepada mereka. Ini jelas PKRmasih mampu bertahan walaupun di asak dengan sebegitu rupa. Penghijrahan segelintir Pemimpin PKR tidaklah memberi impak yang besar hanya meninggarkan sedikit calar. Insyaallah PKR mampu bangkit semula dalam PRU 13 nanti. Kalau dilihat dari keputusan peti-peti undi dikawasan Bandar dan kawasan Cina ini menampakkan jalan yang kelam buat BN untuk menawan Selangor. Selogan 1 Malaysia yang di canagkan oleh Najib tidak mampu menarik sokongan masyarakat cina kepada mereka. Hasil yang mereka dapat di Hulu selangor tidak sepadan dengan pelaboran yang di curahkan di dalam hati mereka sebenarnya tidak gembira. mereka sebenarnya pening memikirkan bagaimana cara memulihkan sekongan semua kaum kepada mereka.
Bagi pendokong PR kita harus bekerja lebih kuat membuka minda orang melayu supaya tidak mudah menerima gula-gula dari BN. PR boleh lawan tetap lawan.

GEMBALA SUARA said...

TAKBIRR ! ALLAHUAKBAR
HIDUP RAKYAT !
REFORMASI !

wan_jtk said...

ABANG ROSLAN, jangan pandang remeh walaupun kemenangan BN kali ni adalah palsu.

Ia adalah satu mesej yang memberi persepsi yang kuat, mampu membuat rakyat selangor beralih arah dari setia bersama PR kepada frust atau mula tertipu dengan kekuatan palsu BN.

Gerak kerja perlu mantap, hilangkan kontroversi, rapatkan ukhuwah yang bersengketa.

Anonymous said...

assalamualaikum bro..

walaupun calon PR tewas, undi yg diperolehi BERTAMBAH!! ini satu isyarat positif dlm PRK ini yg sememangnye amat sukar PR utk berhadapan dgn jentera kerajaan pusat dlm mana2 PRK.

satu lg, parlimen hulu sgor ini mempunyai majoriti kaw luar bandar. Ini lbh menyukarkan PR apabila adanye kaw. rancangan FELDA yg sememangnye menjadi 'lubuk' UMNO! saya akui, attitut masyarakat FELDA ni mmg agak 'pelik' sikit! mmg sukar mereka utk menerima kehadiran parti lain selain umno n BN..saya merupakan anak FELDA, saya amat memahami situasi ini..

apapun SYABAS kpd semua jentera pilihanraya PR terutamanye sukarelawan dr PAS yg bertungkus lumus berkempen siang n mlm utk menjayakan PRK ini. Bukan kemenangan yg kita cari semata2, tetapi komitmen utk memperjuangkan nasib rakyat jauh lbh utama dlm PERJUANGAN kita. Semoga kita terus konsisten dlm PERJUANGAN ini!!

LAWAN TTP LAWAN

TAKBIR!!!

..khaled d'kalajingga...

asas said...

salam

hulu selangor tak boleh dijadikan benchmark kepada pola pengundian. dan be end semestinya tak boleh sombong dengan kemenangan di hulu selangor.

jelas, be end menang kerana undi felda.masyarakat peneroka yang rata2 ditekan,ditipu,diasak majoriti mereka akhirnya akur kepada kehendak umno agar peneroka kekal menyokong mereka.

seperkara penting untuk dilakukan oleh aktivis dan pendokong pr ialah meningkatkan tahap kerja dengan lebih berkesan.mungkin pihak pusat khidmat masyarakat (PKM) bagi DUN hulu bernam boleh mengambil inisiatif lebih dalam menyampaikan mesej dengan lebih berkesan pada masyarakat peneroka. delivery system perlu ditingkatkan.

bagi saya,seminggu berkampung di felda menonjolkan kelemahan jentera kita,baik pkr mahupun pas. dan kelemahan2 ini dapat dilihat berlaku bukan saja dalam masyarakat felda, tapi dimana2 pun kawasan yang mempunyai majoriti melayu kampung,baik di sabak bernam,di tanjung karang, rata2 masyarakat felda tak mengetahui akan ujudnya program2 yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri pimpinan pr. rata2 mengatakan mereka tak tahu menahupun akan ujudnya skim2 pro-rakyat yang dilaksanakna kerajaan negeri.

maka satu cabaran untuk pihak PKM dibawah kerajaan negeri mempergiat usaha dan kerja.diharap pihak penyelaras dun dan jkk mahupun sidang menjalankan program2 bersifat mesra masyarakat dan melibatkan keseluruhan struktur dan organisasi masyarakat,disamping perlunya peruntukan2 khas bagi kegunaan membangunkan belia,dan masyarakat peneroka.

kepada saudara roslan,minta agar menyuarakan masalah yang ujud ini diketengahkan ke pengetahuan pimpinan.