Monday, March 01, 2010

Nak keluar keluarlah...........

Sebentar tadi seorang pemberita menghubungi saya bertanya darihal reaksi PAS terhadap 77 orang ahli PKR dan PAS yang didakwa menyertai Umno di Permatang Pauh baru-baru ini.

Dan saya juga dimaklumkan bahawa pagi tadi ahli Parlimen Nibong tebal Tan Tee Beng dari PKR turut mengisytiharkan keluar parti setelah sebelumnya bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohd Fairus dan bekas Setiausaha Agung PKR Salehuddin Hashim (anak bekas ahli parlimen PAS Hashim Gera) turut berbuat demikian.

Saya nyatakan kepada wartawan berkenaan mereka yang keluar parti khasnya dari PAS, kami anggap sebagai sesuatu yang positif. Kerana ia membersihkan parti dari anasir yang mampu merosakkan parti dari dalam jika mereka terus berada dalam parti. Lazimnya orang PAS tidak keluar parti melainkan yang tegar bermasalah. Namun saya meragui juga angka di Permatang Pauh itu jika benar ada ahli PAS kerana lazimnya yang dah PAS tidak akan begitu.

Namun demikian saya tegaskan angka itu terlalu kecil dan kualiti ahli yang didakwa PAS itu pun entah tahap mana, untuk memudaratkan parti dengan tindakan mereka itu saya rasa jauh sekali.

Apa pun saya nyatakan fenomena ini tidaklah mampu mencetuskan gelombang ahli-ahli keluar tak kiralah PAS atau PKR. Malah bagi PAS sendiri di Selangor mulai bulan Mac ini kami sedang siap-sedia menerima ahli-ahli Umno yang dijadualkan berlaku di 20 kerusi DUN yang PAS tandingi di Selangor. Kami akan turun ketiap-tiap DUN dengan diketuai Dato Dr Hasan Ali dan bekas Ketua Umno Bahagian PJS Dato Kapten (B) Zahar Hashim dengan rakan-rakan bekas Umno yang dah pun menyertai PAS. Dijangkakan menderu-deru ahli-ahli Umno akan keluar dan menyertai PAS.

Yang pastinya mereka yang tinggalkan Umno itu rasional kerana banyak sebab dan punca yang boleh mendorong mereka khasnya di Selangor ini setelah 2 tahun kerajaan Pakatan Rakyat memerintah. Tetapi untuk tinggalkan yang baik ini kerana nak menyertai Umno??? Saya tak pasti apa rasionalnya, tambah-tambah pula Umno di Selangor semakin parah dan tenat.

Kesimpulannya disaat PAS menempa kejayaan PAS pasca PRU ke 12 ini tidak masuk akal jika orang PAS mahu meninggalkan partinya, kecualilah orang tadi senteng akalnya........

6 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum bro..

ramai sangat ke yg nk keluar tu? biarkan..biarkan..tp tak kan cuma 77 je..biasanye media umno akan laporkan 'beratus-ratus' ataupun 'ribuan' yg telah keluar parti sertai BN! hahaha...lucu..lucu berita di dlm negara kita ni..

Apapun, sekuat mana PR ketika ini pihak musuh terutama BN akan sentiasa mensensansikan kelemahan yg timbul dlm PR ini. Jadi di harap PR akan terus sentiasa mencari satu persefahaman yg muktamad dengan segera dan dapat menubuhkan PAKATAN RAKYAT yg sah seperti BN. Jadi PRU akan dtg calon2 akan dapat menggunakan logo PR untuk menentang BN.

LAWAN TETAP LAWAN

TAKBIR!!


..khaled d'kalajingga..

marhaenr said...

bro roslan

saya setuju dengan saudara..nampak gayanya umno ni masih gunakan taktik yang sama sejak bertahun2..iaitu kononnya ada ahli2 pas dan pkr yang keluar parti dan masuk umno...taktik ini akan jadi cukup popular dimainkan umno lebih2 lagi bila dah dekat dengan pilihanray, tak kiralah kecil ke atau PRU ke..

sekali imbas, zaman mahathir dulu ini taktik popular..cuma kureng sket masa pok lah..masuk najib, dia guna balik otak dan approach mahathir..syabas..!!

apa yang ramai tak tau ialah umno mensensasikan berita..di kawasan saya,umno umumkan kemasukan ahli pas seramai 100 orang ke dalam umno...bila diselidiki di kawasan yang tersebut, cawangan menafikan cerita itu..malah orang2 kamoung juga tak tau menahu tentang hal itu..bila tiba majlis yang dikatakan kemasukan ahli2 pas itu berlangsung,kita melihat rupanya ahli pas yang dimasukkan ke dalam umno tu ialah ahli2 umno sendiri..dan juga dalam 20 orang budak2 pekida yang berlakon jadi ahli umno...hehehe

itulah yang berlaku dan inilah mentaliti umno di kampung2 di selangor...

hakikatnya,mereka merasa takut sebenarnya..baru2 ini di DUN sungai Air Tawar di mana umno berkuasa lebih 50 tahun..satu cawangan Pas berjaya ditubuhkan dikampung yang penuh dengan ahli umno...dan cawangan pas itu ditubuhkan sendiri oleh ahli2 umno yang telah sedar dan bangun, berkat usaha kerajaan negeri yang menunjukkan prestasi pemerintahan yang jauh lebih baik, adil, telus dan berkebajikan..

dan semakin ramai ahli2 umno di selangor iaitu di kampung2 yang dulunya kuat umno, sekarang ini beransur2 meninggalkan parti melayu yang dilihat dari kacamata orang2 kampung sebagai parti yang sombong dan menjelekkan..

sekarang ini..pemimpin2 umno sibuk ke sana ke mari cuba menyebar pengaruh..malang nasib pemimpin umno ini apabila mereka sudah tidak dipedulikan rakyat dan orang kampung...hatta ADUN2 umno yang masih tinggal di selangor, ke mana mereka pergi tidak dipedulikan oleh orang kampung..

pengajaran pada mereka...jangan hanya tau nak buat kenyataan gah di media2 milik umno, tapi hakikatnya,perangai dan tingkah laku pemimpin umno ini amat jelek di mata rakyat...

Anonymous said...

Sebagai orang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, saya tidak akan sekali-kali meninggalkan PAS. Ini bermaksud orang-orang yaang meninggalkan perjuangan Islam ini adalah merupakan orang-orang yang ... Anda fikirlah sendiri!

ME said...

AWAS...AMNO TETAP AMNO

MeriamBuluh said...

PAS kena keluar satu pekeliling iatu jika ada Adun/MP dari UMNO nak masuk PR elok nasihatkan mereka letak jawatan terlebih dahulu.Kerana perbuatan mereka nanti akan mengecewakan penyokong mereka terdahulu,juga begitu terhadap penyokong PR bila mana Adun/MP PR lompat parti.
Perkara ini mesti di hentikan demi kebaikan semua

guadahlupe said...

salam bro
dpt lah kiranya bro umumkan atau senaraikan tarikh dan tempat yg akan berlangsungnya penghijrahan ahli ameno ke pas dlm bulan mac ni.
Bukan apa , ini utk publisiti dan kempen utk yg masih dok dlm parti ameno.Buat masa ni sya bekerja d parlimen seputih, rumah d parlimen kota raja, mengundi d dun kota anggerik dlm parlimen shah alam