Friday, February 26, 2010

Kejayaan kerajaaan PR Selangor mula menyerlah

Semalam akhbar-akhbar tempatan memberi ruang utama kepada Perdana Menteri apabila beliau mengumumkan yang negara telah pulih dari krisis ekonomi yang berpunca dari krisis kewangan global. Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan yang teguh pada tahun 2010 ini. Jangkaan ini berpunca dari petunjuk memberangsangkan dari keluaran dalam negara kasar untuk suku keempat 2009 apabila berjaya mencatatkan pertumbuhan 4.5%.

Ini berbanding penguncupan -1.2% bagi suku ketiga tahun yang sama.

Menurut PM Malaysia juga terus menerima pelaburan langsung asing (foreign direct investment, FDI). Pada suku keempat, aliran masuk kasar FDI meningkat kepada RM7.2 bilion (S3 09: RM6.7 bilion). Sejumlah besar pelaburan tersebut adalah untuk sektor perkilangan dan perkhidmatan.

Sebagai rakyat Malaysia sudah tentulah kita turut berbangga dengan pencapaian ini. Pastinya perkembangan positif ini adalah sumbangan dari pelbagai pihak bukan sekadar mereka yang berperanan di pusat malah sumbangan dari kerajaan-kerajaan negeri juga tidak kurang besarnya.

Semalam juga sebenarnya terbit berita berhubung pencapaian di Selangor yang diumumkan oleh EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor Teresa Kok, namun tidaklah mendapat ruang yang besar sebagaimana PM. Malah ada akhbar yang tidak melaporkan langsung.

Menurut Teresa jumlah pelaburan disektor perindustrian di negeri Selangor meningkat lipat kali ganda tahun 2009. Sasaran RM4bilion yang disasarkan kerajaan negeri bagi tahun itu telah melebihi jangkaan apabila jumlah yang direkodkan mencecah RM6.76 bilion.

Kerajaan Selangor turut berjaya mencatatkan bilangan projek perindustrian yang tertinggi dalam negara bagi tahun 2009 iaitu 278 projek yang mana 182 darinya merupakan projek baru. Selain itu Selangor juga mencatatkan peluang pekerjaan terbesar dalam negara iaitu sejumlah 22,753 pekerjaan baru!

Pelaburan asing terbesar datangnya dari Singapura dengan 20 projek baru di Selangor berjumlah RM350 juta, mencipta 1,180 peluang pekerjaan bagi anak tempatan. Ini diikuti dengan Jepun sebanyak 17 projek bernilai RM309 juta mencipta 728 peluang pekerjaan. Amerika Syarikat walaupun hanya mempunyai 6 projek di Selangor tahun lalu namun negara itu merupakan pelabur terbesar dengan jumlah pelaburan sebanyak RM1.7 bilion.

Tidakkah pencapaian ini membuktikan kemampuan dan kebolehan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat? Tidakkah ini memberi petanda bahawa kombinasi kepimpinan PAS, PKR dan DAP di bawah teraju Tan Sri Khalid Ibrahim berkeupayaan memacu ekonomi Selangor dan membawa kesejahteraan kepada rakyatnya, walaupun baru diuji?

Siapa kata hanya BN boleh?

Angka-angka ini terbit bertepatan dengan ulangtahun kedua kerajaan negeri Pakatan Rakyat pada 8 Mac 2010 ini. Dengan pencapaian ini dan lain-lain pencapaian disektor pertanian, pembangunan, kebajikan, agama, sosial dan sebagainya saya yakin rakyat Selangor tidak mahu menoleh ke belakang lagi selepas ini. Teruslah memberi keyakinan pada Pakatan Rakyat semoga cita-cita melahirkan sebuah negeri Selangor yang maju, bersih dan berkebajikan akan dapat dicapai dan dinikmati oleh semua.

2 comments:

Anonymous said...

Tahniah atas pencapaian kerajaan negeri, kebanyakan adun serta kepimpinan pakatan rakyat lebih mengutamakan tanggungjawab kepada kesejahteraan rakyat Selangor, berkerja keraslah dari sekarang untuk mengekalkan kemenangan yang ada terutama kepada parti PAS yang diyakini boleh menggantikan Umno sebagai pembela bangsa Melayu khususnya serta bangsa lain dan memperkasakan Islam di Malaysia.

Anonymous said...

assalamualaikum bro..

fakta2 sebegini memang amat menarik dan mengujakan...Tahniah kepada seluruh barisan pentadbir negeri Selangor..

Tp bro, fakta2 tersebut harus di 'highlight' di media2 walaupun PR kekurangan saluran kerana seluruh media utama di kawal oleh puak2 BN, sekurang2nya lidah2 rasmi pembangkang (PR) mesti mensensasikan statistik berkenaan. Barulah seluruh rakyat akan sedar keberkesanan pemerintahan di bawah pakatan rakyat (PR).

Walaupun prestasi cemerlang sehebat manapun tetapi tiada promosi dan hebahan berita, akan merugikan PR sendiri kerana rakyat tidak mengetahui akan segala kejayaan dan kecemerlangannya yang di kecapinya.

TAKBIR!!


..khaled d'kalajingga..