Tuesday, February 16, 2010

Masuk Selangor beri salam

Akhbar The Star hari ini melaporkan darihal tindakan Majlis Perbandaran Kelang (MPK) menurunkan papan tanda (bill board) dan kain-kain rentang Majlis Rumah Terbuka Malaysia yang akan dianjurkan oleh kerajaan pusat hujung minggu ini di Pandamaran Kelang yang akan dihadiri oleh Perdana Menteri.

Laporan akhbar tersebut menyebut kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor sebagai angkuh dan mahu menunjukkan kuasa. Manakala EXCO Kerajaan Tempatan Ronnie Liu menjelaskan bahawa papan tanda dan kain-kain rentang berkenaan diambil tindakan kerana tidak memperolehi kebenaran dan permit dari pihak MPK.

Saya difahamkan pihak kerajaan negeri dan MPK tidak langsung dilibatkan dalam perayaan ini.

Saya bersetuju dengan Ronnie malah pihak penganjur termasuklah MCA dan Kementerian Penerangan seharusnya menghormati kerajaan negeri. Kalau mahu anjurkan majlis di negeri Selangor,alangkah manisnya memberi salam terlebih dahulu, ini tidak, terjun dan langgar bagaikan penyamun tidak beradab. Saya percaya jika kerajaan negeri turut dilibatkan, pasti majlis yang lebih besar dan bermakna dapat diadakan, tetapi ternyata pihak BN semata-mata mahu mempolitkkan majlis ini, tambah-tambah Pandamaran, iaitu DUN Ronnie sendiri dipilih sebagai tuan rumah.

Ini bukan kali pertama kerajaan pusat bertindak sedemkian. Pada bulan Ramadhan lalu PM dibawa oleh Umno Selangor masuk ke masjid untuk mengagih-agihkan bantuan penuh dengan kain rentang dan poster termasuk yang berlogo BN dan Umno sekitar pekan Kuang. Saya difahamkan ketika itu Menteri Besar dan EXCO Agama langsung tidak dimaklumkan berkenaan majlis berkenaan.

Inilah perangai BN yang dibenci oleh rakyat Selangor. Salah guna kuasa dan tidak menghormati pihak lain. Setahu saya kerajaan negeri tidak akan menghalang malah akan menggalakkan sebarang program bersama antara kerajaan pusat dan negeri. Negeri Selangor adalah sebahagian dari Persekutuan Malaysia, dan di Selangor rakyat telah memilih dan memberi mandat pada Pakatan Rakyat untuk memerintah.

Hormatilah pilihan rakyat biar kita hidup dalam suasana aman, hormat-menghormati dan mematuhi perturan dan undang-undang yang ada.

Syabas kepada MPK dan YB Ronnie. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ada maruah, dan akan kekal mempertahankan amanah yang rakyat berikan kepada kami.

10 comments:

Anonymous said...

kjaan PR jgn malu2 utk ambil tindakan yg tegas terhadap puak2 umno n sekutunye dlm BN ni yg melanggar undang kjaan negeri...jgn bagi muka kat puak depa nih, bukan reti bahasa malah kurang ajar plak...

dia ingat kat selangor ni dia masih pemerintah ke? main langgar je undang2 sediada...penyokong2 PR pun ikut n patuh undang2 tau walaupun partinye yg menjadi pemerintah!

tp itulah wajah2 sebenar BN, sikap kurang ajar dan sombong terus mengalir di sanubari mereka...mmg patut tumbang kjaan BN nih!

Sebagai pejuang islam, kita harus terus istiqamah di dalam perjuangan. Harus di ingat, dalam berjuang pasti byk dugaan dan rintangan terutama dari musuh2 islam.

TAKBIR!!!



...khaled d'kalajingga...

asas said...

tapi tu la dia...punya la baik kerajaan pr...banyak jugak kes aku tengok depa tak pernah pun ambik permit...tapi kita biarkan saja...ahli2 majlis pun tak kecoh pasal isu kain rentang ni...

bukan pe, kita taknak lah dilihat zalim...begitu juga isu guna dewan, masjid, bangunan orang ramai...banyak yang kita tolak ansur mengenangkan mereka (umno) tu pun juga manusia...kita kasi je depa guna..asalkan syarat dipatuhi dan permohonan dibuat...kita yang memerintah pun kena ikut syarat...

tapi kalau kita ingat2 dulu, waktu umno berkuasa...usahkan kita nak guna dewan orang ramai, nak kuliyah di masjid...nak gantung kain rentang ucapan selamat hari raya pun tak di beri...permit dah diambil,syarat dipatuhi pun tak dikasi...

aku ingat lagi..kami bertekak dengan pegawai majlis daerah kerana mencabut kain rentang ucapan raya pas kawasan, mereka tiada alasan sebab kami dah patuhi peraturan..permohonan dibuat, permit dibayar...tapi cabut jugak...alasan mereka...arahan orang atas...hahhhhhhhh

tu la dia umno ni...sekarang ni dia berkokok keliling kampung kononnya kerajaan pr tak kasi mereka guna kemudahan awam...buat cerita fitnah sebar kat orang kampung...

sebenarnya yang terjadi ialah umno ni tak biasa ikut peraturan..dia sentiasa ingat yang negara dan negeri ni tok nenek mak bapak dia punya...tu pasal dia nak buat ikut suka hati dia saja...

ANAK MUDA P KLANG said...

PENGAJARAN BUAT RAKYAT MALAYSIA,UMNO ITU ADALAH DULU KINI DAN SELAMANYA AKAN MENJADI MAKHLUK PEROSAK KALAU MASEH DIBIARKAN BERKELIARAN DINEGARA MALAYSIA TERCINTA,JADI PRU 13 KITA BUNGKUSKAN SIMPAN DALAM MUZIUM SEBAGAI SATU SEJARAH KEZALIMAN TERHADAP SEMUA MANUSIA DI MALAYSIA.

Ahmad Putra said...

Macam ucapan TG Nik Aziz masa perasmian ECER..

Masuk Berpintu, Keluar Bertangga

Anonymous said...

bro roslan..

paper ari ni siar iklan satu muka surat penuh penerangan tentang isu royalti minyak oleh kementerian penerangan...

PAS tak nak amik tindakan undang2 ke terhadap iklan tersebut yang jelas mengelirukan dan tidak tepat tu?

LAWAN TETAP LAWAN

TAKBIRR!!

..khaled d'kalajingga..

Anonymous said...

membaca seluruh blog, cukup bagus

Anonymous said...

Terima kasih untuk blog yang menarik

Anonymous said...

awal yang baik

Anonymous said...

belajar banyak

Anonymous said...

sangat menarik, terima kasih