Friday, February 26, 2010

Selak kain YBK

Mereka mahu bermain politik dengan bertaruh pada nasib rakyat misikin. Demi agenda politik mereka sanggup memperjudian masyarakat yang susah. Nampak gaya isu Yayasan Basmi Kemiskinan YBK tidak mungkin reda dalam waktu terdekat.

Setelah Umno Selangor khasnya dengan berani mencabar kerajaan negeri Pakatan Rakyat atas isu ini, kini giliran kerajaan negeri untuk beri penjelasan. Kita kerajaan yang bertanggungjawab atas amanah yang diberi rakyat. YBK mahu kita uruskan agar ia telus dan menepati cita-cita sebenar penubuhannya.

YBK bukan ditubuh untuk kepentingan politik sesiapa. Tidak juga untuk melindungi kepentingan mana-mana pihak. Apalagi untuk menabur kekayaan pada individu dan kelompok tertentu. Berpuaka dan menanggung dosalah sesiapa yang menunggang kemiskinan rakyat untuk memenuhi tembolok mereka.

Rabu lepas (sila rujuk akhbar The Star 25 Feb, 2010 m/s 29) sejurus mempengerusikan mesyuarat EXCO Negeri Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor mendedahkan bahawa anak syarikat YBK iaitu Permodalan Yayasan Basmi Kemiskinan telah melantik dua pemaju iaitu Shah Alam Properties Berhad dan Syarikat Tenaga Ehsan Sdn. Bhd. untuk memajukan sebidang tanah yang dianugerahkan oleh kerajaan negeri ketika itu pada tahun 1995 (ketika itu boss Zainal Sakom iaitu Tan Sri Muhammad Taib adalah MB Selangor).

Menurut beliau lagi mengikut maklumat Permodalan YBK rupanya bukan milik penuh YBK. Rupa-rupanya YBK cuma memiliki 12,500 saham di dalam Permodalan YBK. Saham selebihnya dipegang oleh Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd. (6,200 saham) dan Fajar Synergy Sdn Bhd. (6,250 saham).

Jadi siapakah pemilik Prihatin Ehsan dan Fajar Synergy ini? Soalan ini kita perlu tanya pada ahli-ahli Umno terutama yang bersama berarak, marah-marah ke Bangunan SUK baru-baru ini kononnya menuntut keadilan buat YBK, kononnya kerajaan Pakatan Rakyat mahu merampas hak orang miskin!

Rupanya Pengerusi YBK Zainal Sakomjuga merupakan pengarah Permodalan YBK dan Prihatin Ehsan yang telah mengadai tanah berkenaan untuk RM100 juta!

Tak cukup dengan itu, pejuang rakyat miskin, iaitu Zainal Sakom juga merupakan pemilik saham terbesar dalam syarikat Tenaga Ehsan iaitu syarikat pemaju yang dilantik untuk memajukan tanah berkenaan.

Demikianlah kehebatan Zainal Sakom bukan sahaja beliau terlibat dalam YBK malah segala syarikat yang berkaitan YBK termasuklah yang memunggah keuntungan dari tanah-tanah miliki YBK yang dianugerahkan oleh kerajaan negeri, turut dimiliki oleh beliau! Dan kawan-kawan kita berpenat lelah, berpeluh badan dan ketiak berarak ditengah panas tengahari Jumaat, tanpa mengerti hujung pangkal, menuduh kerajaan Pakatan Rakyat khianat?!

Semalam Tan Sri Khalid dalam Mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat Selangor berjanji akan mendedahkan lagi cerita sebenar disebalik YBK. Biar rakyat Selangor kenal semasak-masaknya mana yang kaca mana yang permata!

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum bro..

Tahniah kerana sekali lagi berjaya mendedahkan tembelang sebenar pemimpin umno yg selama ini di anggap juara di mata orang melayu. Tapi hakikatnya merekalah yg merosakkan bangsanya sendiri.

Tapi bro, sampai la ni tiada sorang pun pemimpin tertinggi umno di selangor walaupun terlibat dgn pelbagai skandal yg di dakwa ke mahkamah!..nak tunggu sampai bila lagi bro? adakah blum cukup bukti...susah benarkah untuk mengumpulkan bukti2 penyelewengan tersebut.

Tak kan nk tggu sampai habis pru13 baru selesai kumpul semua bukti2 penyelewengan tersebut. Ketika itu, sekiranya PR masih berkuasa..alhamdulillah, tapi kalo tidak..bagaimana?

LAWAN TETAP LAWAN

TAKBIR!!


..khaled d'kalajingga..

asas said...

salam

setelah 2 tahun pr memerintah,setakat ni pencapaian amat memuaskan..banyak sekali pembaharuan dibuat..yang paling penting rakyat amat puas hati, even di kampung2 dlm kwsn kubu umno sendiri,satu demi satu cawangan umno mati...

kenapa? sebab org2 kampung khasnya dah sedar selama ni depa ialah mangsa politiking dan penipuan umno..

untuk menutup pekung busuk mereka umno selangor cipta isu..mcm2 isu..dari kepala lembu, sampaila YBK...tapi rakyat buat donno je...

program2 kerajaan negeri dilihat amat telus..contoh bantuan2 yg diberikan amat memuaskan..begitulah yg dinamakan merakyatkan ekonomi..semua pihak berpeluang terlibat secara langsung tanpa diskriminasi..

yg tinggal hanyalah juak2 umno kaki fitnah..ke hulu ke hilir usung fitnah...

bab penguatkuasaan terhadap penyelewengan umno aku rasa takde pe yang boleh dibuat selain pendedahan dan laporan..

banyak yg telah didedahkan, laporan2 dibuat...tapi apa nak kata..agensi penguatkuasaan semuanya pro umno..seboleh2 akan ditutup cerite penyelewengan umno..kerjasama mereka dalam bab menutup kejahatan,jenayah dan penyelewengan umno ni amatlah bagus umpama isi dengan kuku...

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum. Untuk makluman semua, pada selasa 23 Februari yang lalu, Radio 24 milik BERNAMA dalam rancangan Kerusi Panas (KERPAN) telah mengundang Datuk Zainal selaku orang tertinggi dalam YBK Selangor sendiri sebagai tetamunya. Saya sendiri terlepas dari mengikutinya kerana waktu itu adalah waktu saya balik kerja dan saya berada di dalam bas..

Menurut rakan saya yang berkesempatan mengikuti rancangan tersebut, sebenarnya ttak banyak yang dapat diperolehi dari rancangan tersebut melainkan apa yang dihebuhkan oleh mereka sebelum itu. Apa yang menarik menurut kawan saya itu adalah panggilan yang diterima dari pemanggil ke ranccangan tersebut memang tidak memihak kepada Datuk Zainal. Malah ada pemanggil yang dengan secara terus terang mempertikaikan jawatan Datuk Zainal dari segi perlembagaan YBK.

Terdapat juga pemanggil yang meminta agar penerbit rancangan tersebut agar memberi ruang kepada kerajaan Selangor melalui menteri besarnya atau wakilnya untuk memberi penerangan balas sekiranya radio 24 hendak kelihatan adil dan telus. Penerbitnya Saudara Azlan telah berjanji untuk cuba mendapatkan wakil dari Kerajaan Selangor dalam masa terdekat. Kita harap agar Kerajaan Selangor tidak keberatan untuk hadir dan Saudara Azlan mengotakan janjinya. Sama-samalah kita tunggu.