Tuesday, March 16, 2010

Sudah-sudahlah Wak Khir................

Dalam akhbar Sinar Harian hari ini bekas MB Selangor Dr Khir Toyo dilaporkan berkata bahawa Projek Pemulihan dan Pembangunan Sungai Kelang yang dilancarkan oleh MB Selangor baru-baru ini hanyalah sebagai retorik politik semata-mata.

Projek ini yang merupakan sebahagian dari Pakej Ransangan Ekonomi Negeri Selangor, yang akan melihatkan Sungai Kelang dipulihkan dan turut dibangunkan sebagai kawasan komersil dan riadah.

Namun bagi Khir ini semua retorik. Bukan pertama kali Khir mengeluarkan kenyataan seumpama ini, apa sahaja projek dan rancangan kerajaan Pakatan Rakyat memang tidak pernah menerima komen positif dari beliau, semuanya negatif dan buruk belaka.

Dalam hal ini pandangan Khir tidak penting kerana Khir sekadar seorang tokoh pembangkan kelas kecewa, yang tidak mampu bangkit-bangkit dari kekalahan beliau 2 tahun lalu. Yang penting adalah penerimaan rakyat Selangor. Kesediaan mereka memberikan sokongan dan terus bersama kerajaan Pakatan Rakyat negeri dalam membawa pembangunan kepada negeri ini.

Rakyat mahu lihat Selangor maju, dan dalam waktu yang sama merasai limpahan kemajuan itu. Sebagai golongan kecewa sudah pastilah kejayaan kerajaan negeri ini dibimbangi oleh Khir dan rakan-rakannya.

Sebenarnya yang banyak retorik adalah Khir semasa MB dahulu. Khir pernah isytihar Selangor sebagai Negeri Maju pada 27Ogos 2005 lalu. Diisytiharkannya Dasar Selangor Maju Menuju Wawasan Syumul 2005. Dijajanya bahawa Selangor bawah beliau bukan sekadar menjadi negeri maju dengan dengan kemajuan fizikal tetapi maju dari segi holistik dimana ianya mencakupi kemajuan rohani dan jasmani sehingga terbentuk dan lahirnya masyarakat Madani di Selangor yang dipenuhi dengan insan-insan Rabbani!

Siapa yang lebih retorik?

Selangor Maju 2005 (iaitu 5 tahun lalu) namun Sungai Kelang macam tu juga rupanya. Yang lahir bukan insan Rabbani tetapi pemimpin yang menyalahguna kuasa. Bina mahligai dikawasan perumahan kos rendah, menghabiskan wang rakyat makan angin ke Disneyland kononnya lawatan belajar. EXCO tipu rakyat, wakil rakyat terjebak dengan aktiviti moral.

Siapa yang lebih retorik?

Rakyat Selangor saya yakin mula merasa perubahan drastik dalam tempuh singkat dua tahun kerajaan baru Pakatan Rakyat. Kini mereka merasa puas dengan perubahan yang mereka lakukan pada tanggal 8 Mac 2008 lalu. Saya yakin mereka akan terus bersama kerajaan baru ini. Saya yakin mereka tidak mahu toleh kebelakang lagi. Orang seperti Khir Toyo dan rakan-rakannya tiada lagi tenpat di hati rakyat Selangor.

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum bro...

biarlah si jawa ketua pembangkang tu merapu..maklum lah semua pemimpin umno selangor skang ni tgh 'gila talak'..dah di tolak rakyat negeri s'gor baru la nk akui kelemahan diri itupun masih ade yg masih x sedar diri lg!terus2an SOMBONG!

kita ajar mereka cukup2 dlm PRU 13 ini..biar generasi akan dtg dpt melihat sejarah tercatat yg UMNO lah yg tlh merosakkan bangsanya sendiri!!

LAWAN TETAP LAWAN

TAKBIR!!


..khaled d'kalajingga..

Anonymous said...

Salam, kalau diikutkan sebelum kerajaan Pakatan Rakyat memerintah, memang ada projek tepi sungai yang menggunakan rezab-rezab sungai, tetapi tidak mengambil kira kehendak rakyat dan alam sekitar, lebih kepada unsur komersil dan lebih menguntungkan pihak pemaju...

marhaenr said...

alahai wak khir..

buat semua,memang benar apa yang dikatakan bro roslan..malah di kampung khir sendiri di dun sg panjang..perubahan itu semakin dirasakan.

dan memang umno sedang dalam masalah di selangor.kehabisan idea dan cara untuk menjatuhkan kerajaan PR dengan cara busuk.segala usaha jahat dicuba namun gagal..

sekarang ni yang hanya tinggal ialah usaha fitnah yang keji yang diusahakan umno..

namun rakyat bukan bodoh...setiap program umno semakin dingin..malahan sampai ke tahap takde yang datang!!!

pada wak khir...katalah apa yang kau suka..dalam menitip hari-hari akhir mu sebagai seorang adun...