Misi tawan DUN-DUN Umno di Selangor
Dengan kerjasama PAS Kawasan Puchong, PAS Selangor melalui Lajnah Penerangannya telah melancarkan “Misi Tawan DUN Sri Serdang” baru-baru ini. Ini merupakan sebahagian dari operasi untuk menawan saki-baki kerusi Dun yang masih dalam tangan Umno di Selangor.
PAS bertanding 20 kerusi di Selangor dalam PRU lalu, menang 8 dan tewas 12. Adalah diharapkan dengan operasi bersepadu seumpama ini, usaha untuk memantapkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan cara menawan saki-baki kerusi DUN ini akan berjaya.
Di DUN Sri Serdang Jumaat lepas acara padat disusun bagi menzahirkan kesungguhan PAS ini. Bermula dengan solat Jumaat di Masjid Istiqomah, Kg Seri Langkas,Puchong, PAS Kawasan diketuai YDP Kawasan Ustaz Sufian dengan rombongan negeri diketuai Dato Dr Hasan Ali selaku Pesuruhjaya telah bertemu dengan rakyat jelata di sana selepas solat.
Kemudian rombongan bergerak ke Balai JKP MPSJ Zon 12 di Kg Seri Aman, Puchong untuk makan tengahari dan berdailog bersama Jentera PAS Kawasan, diikuti dengan penyerahan bantuan kepada ibu-ibu tunggal dan rakyat termisikin di kawasan berkenaan. Ahli Majlis MPSJ Zon ini adalah Ustaz Nasir Yusof yang juga TImbalan YDP Kawasan. Ucapan ringkas telah diberikan oleh Ustaz Sufian dan Dato Hasan.
Dari Kg Seri Aman rombongan bergerak ke Surau As Syakirin Taman Puchong Utama untuk solat Asar. Jemaah di surau berkenaan telah mempelawa Dato Hasan untuk memberikan tazkirah ringkas selepas Asar.
Selesai tazkirah rombongan bergerak ke Pejabat JKP MPSJ Zon 20 Taman Serdang Jaya. Ketibaan rombongan disambut oleh ahli majlis kawasan, Sdr Sufari dari PKR. Rombongan kemudiannya dibawa mengunjungi Pasar Malam Taman Industri Seri Serdang, salah sebuah pasar malam terbesar di kawasan berkenaan.
Pengunjung-pengunjung pasar malam dan para peniaga telah mengambil kesempatan bersalam-salaman dan bertegur sapa dengan rombongan khasnya Dato Hasan sendiri.
Menjelang waktu maghrib rombongan bergerak ke Masjid Riadus Sollehen di Taman Serdang Jaya. Dato Hasan telah mengimamkan solat maghrib dan memberi ucapan ringkas diikuti tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Sufian. Ternyata jemaah yang hadir begitu gembira dapat bertemu dengan Dato Hasan hari itu.
Sebelah malamnya suatu ceramah perdana telah diadakan di Stadium Tertutup MPSJ Serdang Jaya. Para penceramah terdiri dari bekas Ketua Umno bahagian PJS Kapten (B) Dato Zahar Hashim dan Dato Hasan sendiri. Pada malam itu Dato Hasan telah menerima hampir 100 borang keahlian PAS yang rata-rata terdiri dari ahli-ahli Umno di DUN Sri Serdang.
Secara keseluruhannya program ini telah berjaya menyuntik semangat kerja yang begitu positif khasnya dari kalangan Jentera PAS Puchong selain menarik minat para pengundi terhadap PAS dan Pakatan Rakyat yang begitu komited untuk menawan kerusi DUN ini yang PAS tewas dengan majority 45 undi.
PAS Kawasan akan terus mengadakan program susulan dengan memberikan penekanan kepada pendaftaran pengundi baru dan keahlian baru. Kita telah berjaya mengenal pasti kawasan-kawasan dalam DUN berkenaan yang perlukan pemerhatian, tetapi dengan prestasi kerajaan Pakatan Rakyat dan komitmen Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Sri Serdang yang digerakkan oleh petugas-petugas PAS dan rakan-rakan PR, tidak mustahil kerusi DUN ini dengan izin Allah swt dapat di tawan dalam PRU akan datang.
26 Mac ini program yang sama akan diadakan di DUN Sg Air Tawar, Sabak Bernam puladiikuti dengan DUN-DUN lain.
5 comments:
assalamualaikum bro..
TERUSKAN USAHA..
SEMOGA BEROLEH KEJAYAAN..
INSYAALLAH...
TAKBIRR!!
..khaled d'kalajingga..
Tahniah ! Atas usaha-usaha meningkatkan kesedaran ahli-ahli & penyokong PAS serta masyarakat amnya tentang dasar-dasar berkebajikan Kerajaan Negeri Selangor. Memang satu budaya yang baik serta perlu dikembangkan oleh pimpinan PAS dalam usaha mendekati masyarakat dengan mengunjungi tempat-tempat awam seperti masjid, surau dan pasar malam. Alangkah lebih baik jika dapat diselitkan dengan mengunjungi pesakit kronik tanpa mengira bangsa dan agama dalam program mendekati masyarakat ini juga diagendakan.
Seperkara lagi lebih manis rasanya jika semua bekas calon dan pimpinan kawasan yang telah menyumbang bakti mereka dari PAS Puchong mula dasar atau tapak gerakannya dengan 4 cawangan juga turut dilibatkan bersama-sama agar lebih mantap dan sempurna kunjungan Dato' PJ dan rombongan ke dalam masyarakat. Sekurang-kurang bekas calon PAS 2008yang mempunyai pengaruh dan jaringan kemasyarakatan tersendiri dan berupaya mencapai prestasi belum menang dengan meraih 45 undi. Itupun Pengurus Pilihanraya enggan dikira semula jumlah undi pada malam pengiraan undi. Jika pengiraan undi dijalankan dan petisyen keputusan tersebut dimajukan ke mahkamah tidak mustahil DUN Seri Serdang menjadi milik kita dengan niat bukan sombong tetapi berdasarkan trend dan kencenderungan para pengundi yang memihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat.Justeru itu, pasukan peguam yang mantap sangat diperlukan dalam mengukuhkan PAS di dalam arena politik tanahair bukan sekadar membela calon-calon dengan petisyen bagi DUN berpotensi untuk menang dan perbezaan undi yang sangat kecil tetapi juga untuk memberi khidmat guaman dan kaunseling undang-undang percuma kepada masyarakat.
taniah tetapi saya nampak program lebih tertumpu kepada kaum melayu,hakikatnya kalah maj dengan hanya 45 undi saja banyak di bantu oleh kaum bukan melayu.jadi sepatutnya juga program pas wajib melibatkan PKR/DAP dan dewan penyokong pas dan buat juga prog melibatkan di tempat bukan melayu.
Terima kasih pas forever.......
Sebenarnya program sesi petang itu turut melibatkan Kelab Penyokong PAS dan ramai masyarakat India turut hadir.
memang program ini disasarkan kepada semua kelompok pengundi termasuklah bukan Melayu.
Salam untuk semua. Sebagai penduduk di Puchong, memang dah lama saya nak tengok usaha ini dijalankan oleh PAS. Pada pendapat saya, PAS (dan juga ahli Pakatan Rakyat yang lain) tidak mengambil peluang secukupnya untuk membuat usaha sebegini, dikala sedang memerintah negeri Selangor. Jika BN yang memerintah Selangor ini, jangan harap PAS akan dapat peluang ini. Oleh itu, saya berharap agar PAS menggunakan masa yang ada (sehingga pilihanraya akan datang) untuk turun padang bertemu rakyat dan memberi pendedahan kepada rakyat apa perjuangan PAS serta kenapa rakyat perlu menyokong dan mengundi PAS. Buat secara agresif dan maksimakan usaha dan tenaga. InsyaAllah, akan berjaya.
Post a Comment